PAS Parit mempersoalkan kenyataan calon BN, Ismail Safian yang kini baru sedar dan mendedahkan kejahilannya tentang kehidupan dhaif penduduk Bukit Gantang apabila beliau berkata banyak rumah penduduk daripada golongan miskin yang sudah tidak sesuai lagi untuk didiami.
Ketua Penerangannya, Rafie Kasini Hj Bahari menyifatkan kata-kata demikian sudah terlambat dan selama berpuluh tahun BN menguasai Bukit Gantang, kehidupan rakyatnya terabai dan baru sekarang mereka sedar bahawa pengundi di sini tidak mendapat kemudahan terbaik.
"Ini satu lagi bukti, Ismail tidak peka sebagai pemimpin Umno selama ini dengan nasib rakyat. Sewaktu BN menang di sini, apa mereka buat?" tanya beliau.
Rafaei berkata, untuk membawa perubahan dan pembaharuan di kawasan Bukit Gantang terutamanya dalam soal pendidikan, kesihatan dan perumahan, pengundi harus menolak BN dan memilih Pakatan Rakyat agar dengan tekanan ini, BN terpaksa tunduk dengan kehendak semasa dalam membangunkan rakyat.
"Macam kawasan lain yang dikuasai BN, tak banyak perkara dilakukan. Mereka sudah selesa. Rakyat tak bangkit lawan mereka (BN). Jadi buat apa buat pembangunan?" ujar beliau yang ditemui sebelum perarakan calon di Taiping.
Bagi beliau, kenyataan calon BN itu tidak ubah sebagai helah untuk memancing undi semata-mata. Mereka sedar, pengundi Bukit Gantang sudah marah, sudah benci dan muak dengan gelagat pemimpin BN yang kemaruk dengan kuasa dan mengumpulkan harta.
Paling lucu tegas Rafei lagi, Ismail seolah-olah baru terjaga dari mimpi apabila berkata penduduk di Bukit Gantang juga berhak mendapat kemudahan infrastruktur seperti klinik kesihatan dan hospital, khidmat doktor pakar, bantuan kesihatan serta kos perubatan yang lebih rendah.
Malah, Ismail juga berkata penduduk di Bukit Gantang berhak menikmati kemudahan terbaik sebagaimana yang dinikmati oleh penduduk kawasan lain melalui kerajaan BN.
Semua dakwaan Ismail, kata Rafie disebut sendiri oleh Ismail kepada pemberita semasa berkempen di Kampung Baru, Pulau Pasir Hitam yang terletak kira-kira 45 minit menaiki bot dari jeti Kuala Trong dan disiarkan oleh media tempatan.
Pada pilihan raya kecil pada 7 April ini Ismail, 49, dicabar calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, 52, dan calon Bebas Kamarul Ramizu Idris, 42.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan