KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, April 05, 2009

Demi menang, Zahid Hamidi halalkan kempen tiga gadis genit yang menghairahkan di Bukit Gantang!

Menteri Agama Umno, Zahid Hamidi terpaksa berdolak-dalik dengan kempen konsert yang memperagakan tiga gadis gedik yang memberahikan di Bukit Gantang!

SEORANG pensyarah UIAM ytang enggan namanya disiarkan membidas dakwaan Zahid kononnya tarian dan nyayian rancak anak remaja Cina pada Majlis Makan Malam Perpaduan di Kg Kuala Sepetang itu adalah budaya Cina.

Katanya, Dato' Seri Zahid Hamidi sebagai menteri yang menjaga agama Islam cuba "melarikan diri" dari realiti itu tetapi terpaksa menghina masyarakat Tionghua apabila menyifatkan acara itu sebagai "budaya Cina".

Kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan calon BN, Ismail Saffian pada majlis tersebut - sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang telah menimbulkan kontroversi.

Majlis itu dihidangkan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas menteri mnejaga agama Islam itu dan calon BN selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihan raya kecil parlimen itu.

Menurut Malaysiakini, tiga artis Cina berseluar pendek dan singlet biru itu menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut.

Sebelum beredar, para wartawan menemuinya untuk meminta penjelasan berhubung ucapannya sebelum itu. Dalam sidang akhbar, beliau ditanya mengenai keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian bagi menarik pengundi Cina.

Beliau, yang juga ahli parlimen Bagan Datoh, menegaskan bahawa ia "harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina."

"Di kawasan saya, saya bukan memenangi hati orang Cina dengan tarian rancak begini. Tetapi kita mesti hormat, ini adalah satu kebudayaan orang Cina.

"Di kawasan saya ada 20 peratus pengundi Cina, saya juga pergi ke tokong Cina dan menghadiri majlis pengkebumian orang Cina.

"Saya tahu bagaimana hendak menghormati keluarga orang Cina dan orang mudanya," tegas Zahid, yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Perak.

Tiada ulasan: