KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, April 05, 2009

Tamatkan riwayat pemimpin (calon BN Bukit Gantang) yang subahat kuburkan bahasa Melayu


TELAH terbukti, dengan menggunakan jalan raya juga pihak kerajaan masih membisu dan tidak berhasrat untuk menghapuskan PPSMI maka apalah yang dapat diharapkan oleh rakyat di negara ini melainkan menukar kerajaan melalui pilihan raya.

Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said telah beberapa kali sebelum ini mengulangi pendiriannya, jika dengan menggunakan jalan raya pihak kerajaan masih mempertahankan PPSMI, rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasib bangsa diseru mengaplikasikan bantahan mereka pada kertas-kertas undi, ketika pilihan raya diadakan.

Kekuatan rakyat kata Pak Samad ada pada kertas undi dan pemimpin yang sanggup berusaha untuk menguburkan bahasa wajar ditamatkan riwayat politiknya.

Sasterawan tersohor itu mengutuk kepimpinan Umno yang dianggap akan menguburkan bahasa Melayu kerana tidak prihatin dengan nasib bangsa dan bahasa. Beliau menegaskan, pemimpin Umno sekarang langsung tidak mempedulikan nasib bahasa Melayu yang semakin menguncup dan akan hilang.

"Mereka ini semua merupakan penguncup Bahasa Melayu, kemudian nanti akan menazakkan bahasa dan satu masa nanti mereka akan menguburkan Bahasa Melayu," tegas beliau yang mesra dipanggil Pak Samad.

Tegas beliau lagi, seharusnya pemimpin Umno yang kononnya memperjuangkan ketuanan Melayu mendaulatkan bahasa ibunda bukan berusaha mempertahankan dasar yang boleh menamatkan riwayat bahasa kebangsaan itu.

Beliau turut meluahkan rasa kecewanya dengan sikap Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Hussein yang cuba mempertahankan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

1 ulasan:

Kampung Kelawar berkata...

Pilihanraya ini terlalu penting dan merupakan batas sempadan samada Bahasa Melayu terus berkubur atau didaulatkan.Kalau UMNO-BN menang pastinya ini petanda hapusnya Bahasa Melayu dan pemimpin UMNO makin sombong dan angkuh.Mereka akan bersultan dimata dan beraja dihati dan menganggap orang Melayu merupakan kerbau dicucuk hidung.Mereka akan buat apa yang mereka fikirkan yang menguntungkan kronis mereka tanpa memikirkan lagi kepentingan dan keselesaan rakyat.Kerana bahasa merupakan isu yang penting dan maruah bangsa dan negarapun mudah saja rakyat dikicuhkan.Kalau UMNO-BN kalah semua pilihanraya ini,inilah yang sebaik-baiknya.Baru mereka membuka mata dan sedar rupanya rakyat(kita)lebih berkuasa dari mereka.Kalau kita tidak menginsafi hakikat ini,merana sepanjang masalah kita.Merungut hingga keakhir hayatlah orang Melayu.