KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, April 05, 2009

Isu pemberian tanah jadi propaganda BN puter-belit pengundi di Bukit Gantang


ISU pemberian tanah kepada masyarakat Cina Perak oleh Menteri Besar Perak Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin yang diungkit dalam kempen Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang oleh BN sebagai tidak memahami undang-undang dan hanya untuk permainkan pengundi di Bukit Gantang.

Ia ditegaskan bekas Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan Kerajaan Perak, Mohd Zainuddin Mohd Yusof. Katanya, isu tersebut sudah berkali-kali dijelas Menteri Besar, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan anggota Exconya.

Beliau yang dihubungi berkata, pemimpin BN ternyata tidak faham isu tersebut. "Sebenarnya bukan pemberian milik. Cuma status geran yang sedia ada yang dimiliki orang Cina (Kg Batu) dan orang Melayu (Kg Tersusun) seluruh negeri Perak yang melibatkan 149, 000 lot," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lubuk Merbau.

Jelas beliau, tanah melibat orang Melayu 102,000 lot yang membabit 349 kampung tersusun di Perak di mana hampir semuanya melibatkan orang Melayu dan 134 kampung Cina di seluruh Perak.

Zainuddin berkata, kerajaan tukarkan status tanah dan tawarkan sama ada hendak dijadikan geran kekal ataupun tidak. Ini katanya, untuk membolehkan berlakunya nilai tambah ke atas lot tanah yang dimiliki penduduk.

"Bukannya pemberian milik baru. Tidak seinci pun melibat tanah baru," tegasnya.
Beliau berkata, sudah tiga generasi masyarakat Cina di kampung-kampung baru tinggal di situ semasa zaman 'emergency' di tahun 40-an dulu.

Menurutnya, cuma status saja untuk membolehkan tanah tersebut dijadikan geran kekal agar nilainya meningkat. Apabila memiliki geran kekal sudah tentu mereka kena membeli premium yang tinggi. Geran kekal itu katanya, boleh digunakan sebagai geran sandaran kepada bank untuk perbaharui rumah atau mendapatkan modal perniagaan.

"Jadi kita melakukan nilai tambah ke atas tanah yang tidak ada nilai melalui dasar mewujudkan Private Financing Incentive (PFI). Maknanya di segi nilai tanah itu kerajaan menggantikan geran kekal atau selama-lamanya kepada 149,000 lot," jelas beliau.

Dasar tersebut kata Zainuddin, membolehkan kerajaan negeri menjana pendapatan sekitar RM1.5 bilion di samping kampung-kampung baru dan kampung tersusun akan menjelma sebagai pusat pembangunan baru.

Orang Melayu pun ujarnya, dapat menikmatnya kerana sebanyak 349 kampung tersusun terlibat. Kampung tersusun pula ujarnya, akan bertambah dari semasa kesemasa sedangkan kampung-kampung bukan Melayu (Kampung Baru) hanya sebanyak 134.

"Nilai kampung baru tidak bertambah sebab kampung tersebut digezet sebagai kawasan darurat. Sebenarnya tidak ada seinci pun pemberian milik tanah baru cuma konvensyen status tanah itu yang seimbang dengan seksyen 76 Kanun Tanah Negara Akta 65. Itu kedudukan yang kita buat," jelasnya.

Kuasa untuk memberi milik kataya ada tersebut dalam Seksyen 42 Kanun Tanah Negara Akta 65 juga.

"Dengan itu apabila Dato' Seri Najib Tun Razak yang memegang jawatan Pengerusi Majlis Tanah Negara persoal isu itu saya hendak jelaskan sebenarnya Majlis Tanah Negara tidak berkuasa untuk memberi hak milik tanah.

"Tetapi peranannya untuk membentuk dasar mengenai aspek hak penggunaan tanah bagi tanah-tanah lombong, pertanian dan perhutanan di bawah Artikel 91 Perlembagaan Persekutuan," tambahnya.

Dengan itu katanya, motif yang dibangkitkan oleh Umno khususnya di Bukit Gantang sebagai jentera propaganda untuk menimbulkan kebencian kepada Pakatan Rakyat, kononnya orang Melayu terabai, derhaka dan sebagainya.

"Itu yang dimain-mainkan mereka dengan mengharapkan simpati dan menimbulkan persepsi yang negatif tetapi bagi orang yang bersekolah dan tahu undang-undang serta perlembagaan perkara ini tidak timbul," katanya.

Tiada ulasan: