KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, April 05, 2009

SPRM "takut" siasat dakwaan jenayah rasuah beli Adun Perak terhadap Najib


SEHINGGA kini, tiada sebarang tindakan diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Timbalan Perdana Menteri ekoran Akuan Bersumpah yang dibuat oleh Ketua Bahagian KeADILan Ipoh Barat, Fauzi Muda.

Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin telah membuat laporan kepada SPRM pada 3 Februari lalu bertempat di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Dalam laporan tersebut, Dato' Seri Najib Tun Razak didakwa cuba menyogok Adun Pakatan Rakyat Perak supaya melompat parti.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohd mendesak agar SPRM segera menyiasat Presiden Umno itu yang didakwanya telah menyalahgunakan kuasa dan mengamalkan rasuah untuk memastikan BN berjaya menubuhkan kerajaan di Perak.

Bagaimanapun, Speaker Dun Perak dan beberapa Adun Pakatan Rakyat pula yang minat disiasat oleh badan itu berbanding cabaran dan dakwaan Fauzi yang dianggap serius. Mohamad Noor kesal, sikap acuh tak acuh SPRM menyiasat individu penting negara dan ini boleh dianggap sebagai tidak telus dan berkepentingan.

Pada 2 Februari lalu, Ketua Bahagian KeADILan Ipoh Barat, Fauzi Muda mendakwa bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak tahun lalu telah mencuba untuk memujuknya supaya melobi dua ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Rakyat di Perak supaya melompat parti.
Fauzi mendakwa, telah ditawar sejumlah RM50 juta bagi perkhidmatannya itu dan untuk membayar mereka yang berjaya dipujuk melompat parti.

Fauzi turut mendakwa baru-baru ini ditawarkan pula RM5 juta untuk dirinya serta RM5 juta seorang untuk mendapatkan keduadua Exco kerajaan Negeri Perak daripada PKR iaitu Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) supaya melompat parti.

Beliau mendakwa kononnya BN turut berjanji akan menggugurkan tuduhan rasuah ke atas Mohd Osman dan Jamaluddin iaitu dakwaan menerima rasuah berhubung kelulusan permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta di Sri Iskandar, Perak Tengah.Perbicaraan kes rasuah mereka akan didengar di Mahkamah Sesyen di ditangguhkan.

Fauzi mendakwa BN turut berjanji bahawa Jamaluddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Koperasi, Pertanian dan Perladangan serta Mohd Osman, yang juga Pengerusi Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan, akan dikekalkan sebagai Exco negeri jika BN memerintah semula di Perak.

Tiada ulasan: