KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, April 05, 2009

Jentera Umno Bukit Gantang lumpuh akibat masih tidak puashati dengan calon

OLEH kerana tidak mahu Bendahari Agung Umno yang juga calon BN Bukit Gantang pada pilihan raya umum lalu, Dato' Seri Azim Mohd Zabidi bertanding semula pada pilihan raya kecil ini, maka Ismail Safian dipertaruhkan oleh bakal Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

Namun, kepimpinan Umno Bahagian itu yang diketuai Dato' Rosli Husin tidak menyangka nama musuh ketatnya, Ismail Safian yang pernah menentangnya sebagai Ketua Umno Bahagian sebelum ini, dipilih sebagai calon sekalipun nama Timbalan Ketua Umno Bahagian, Kamalullail Sulaiman disebut-sebut.

Sehingga kini, jentera pilihan raya tempatan dikatakan "lumpuh" akibat rasa kecewa dengan pencalonan Ismail, sekalipun anak tempatan tetapi tetap dianggap "musuh dalam selimut" dalam Umno bahagian itu. Isu mahukan "anak tempatan menjadi calon" telah dijaja sendiri oleh Rosli kerana tujuan asalnya ingin menyekat kemaraan Azim.

Bagaimanapun, Isa dikatakan memberi laluan kepada Ismail untuk menentang Rosli pada pemilihan Umno sebelum ini tetapi tewas. Melalui hubungan Isa dengan Najib inilah, dikatakan nama Ismail muncul di Bukit Gantang semula.

Datuk Mohd Isa Ismail adalah bekas Setiausaha Sulit Najib sewaktu Najib menjadi Menteri Pelajaran dan pernah menjadi Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda Umno pada era beliau. Hubungan baik itu digunakan Isa untuk menaikkan Ismail.

Selain Kamalullail, Rosli sendiri dikatakan begitu ghairah untuk menjadi calon dan beliau adalah pemimpin BN yang menang di DUN Trong, sedangkan tiga lagi calon BN tewas termasuk Azim (Parlimen) dan dua lagi DUN, Cangkat Jering dan Kuala Sepetang.

Menurut sumber, jentera Umno yang sedang bergerak sekitar Bukit Gantang terdiri dari pelbagai jentera dari luar dan adalah dipercayai, masalah dalaman berkenaan calon pilihan telah meretakkan hubungan sesama mereka di peringkat bahagian.

Ini dapat dirasakan, kata satu sumber, pemimpin Umno bahagian termasuk ketuanya, Rosli tenggelam dalam arus kemaraan calon BN, Ismail dan para pemimpin Umno yang lain.

Rosli dikatakan benar-benar "bengang" dengan Ismail yang dilihat bakal menumbangkan beliau di Bukit Gantang pada pemilihan Umno akan datang jika beliau menang pada pilihan raya ini.

"Yalah, kalau dia (Ismail) menang, dah tentu Rosli akan disingkirkan selepas ini. Tengok dia jadi calon melalui Mat Isa yang rapat dengan Najib. Nanti Najib jadi PM, Ismail tentu boleh cantas Rosli dengan mudah," kata seorang pemimpin Umno ketika ditemui di Pasar Changkat Jering.

1 ulasan:

Din Muneh berkata...

teman nak ingatkan kamalullail @'Lun' di kampung dulu. mike tak payoh le nak lebih2 bejuang di tempat orang. kampung mike kampung lalang, padang rengas pun mike tak boleh naok yakin pada oghang. Orang kampung tahu sejarah mike kat kampung. balik kampung pun jarang2.Sebab tu di mana2 pun dalam ameno ni tak akan bebaik kalu dah gile kuase. maap ye "Lun".