KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, April 06, 2009

Menteri Besar Perak yang "haram" fitnah calon PAS rampas tugas imam masjid

KETUA Penerangan PAS Perak, Misbahul Munir Masduki menyangkal tuduhan Menteri Besar Kudeta BN Perak, Datuk Dr. Zamry Abdul Kadir yang menuduh calon PAS bagi Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar telah merampas tugas imam di Masjid Simpang dan ianya satu fitnah bagi mencalarkan imej calon PAS itu.

"Tuduhan yang dilemparkan Zamry itu tidak berasas sama sekali, sebenarnya Ir Mohamad Nizar diminta oleh imam yang bertugas di masjid itu untuk menjadi imam solat Maghrib, malah Haji Nizar menjadi makmum solat hajat anjuran Umno dan imamnya juga imam dari Umno," katanya ketika ditemui di Markaz PAS Air Kuning.

Walaupun Nizar diminta memberikan tazkirah tetapi beliau tidak berbuat demikian kerana menghormati bantahan dari orang Umno, jelasnya.

Pada 29 Mac lalu, calon PAS bertembung dengan calon BN, Ismail Safian serta Timbalan Presiden Umno, Datuk Mahyudin Yasin serta Datuk Zamry di Masjid Simpang.

"Sebagaimana amalan biasa sebelum ini, apabila Hj Nizar berjamaah di mana-mana masjid di Perak, imam bertugas ketika itu akan memberi peluang kepada Nizar menjadi imam dan memberi sedikit tazkirah. Peluang ini juga diberikan oleh imam bertugas untuk Nizar mengimami solat. Dan beliau tampil ke hadapan mengimami solat yang makmumnya calon BN, Timbalan Presiden Umno yang baru, Zambry Kadir dan lain-lain ahli Jamaah," jelas Misbah.

Setelah selesai wirid dan doa, Umno pula menganjurkan solat hajat yang diimami oleh imam Umno sendiri. Nizar turut menjadi makmum tanpa sebarang masalah.

Selepas itulah Imam bertugas memberi peluang Nizar memberi sedikit tazkirah untuk tafsiran ayat yang dibaca dalam rakaat pertama, tetapi dibantah oleh Umno yang ada di masjid tersebut.

Demi menjaga keharmanonian, kata Misbah, Nizar tidak bangun memberi tazkirah sebaliknya bersetuju sama-sama membaca Yasin sehinggalah selesai.

"Pada saya sepatutnya dua-dua diberi peluang jadi imam. Solat Maghrib Nizar menjadi imam. Isya' Ismail Shafian pula menjadi imam. Begitu juga tazkirah, lepas Haji Nizar memberikan tazkirah beri peluang pula Ismail Shafian menyampaikan tazkirah. Pendengar boleh menilai sendiri tazkirah yang disampaikan. Itu baru demokrasi namanya," katanya.

Tiada ulasan: