KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, April 06, 2009

Tuduhan BN Nizar rampas mikrofon, calon PAS jelaskan kisah sebenar di Masjid Simpang


LAPORAN TV3 dan tuduhan pemimpin BN terhadap calon PAS Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kononnya beliau merampas kuasa masjid sekaligus 'mencelah' ketika majlis membaca Yassin dan solat hajat di Masjid Simpang anjuran Barisan Nasional (BN) adalah tidak benar sama sekali.

Sebaliknya, kata Nizar, beliau telah diundang oleh Imam Masjid Simpang untuk berucap menjelaskan ayat-ayat yang dibacakan semasa mengimamkan solat Maghrib.

"Saya dijemput oleh imam supaya mentafsirkan ayat-ayat yang saya bacakan selama 20 minit sebelum itu... saya juga sejak awal telah diminta supaya tidak menyelitkan elemen politik sebab masjid bebas politik.

"Jadi, saya diminta membuat tafsiran ayat-ayat yang saya bacakan sebelum itu... ketika takzirah... jadi saya tidak merampas mikrofon untuk berucap, cuma memenuhi kehendak imam," kata beliau ketika ditemui di Markas PAS Bukit Gantang baru-baru ini.

Nizar menegaskan, apabila beliau diberikan mikrofon untuk menyampaikan tazkirah ringkas ada pihak yang membantah dengan alasan ia bukan tempat untuk berpolitik.

"Bagi mengelakkan suasana kecoh, saya memutuskan untuk tidak meneruskannya dan kemudian meninggalkan masjid... apa terjadi selepas itu saya tidak tahu," katanya.

Nizar mengakui bahawa beliau sejak awal, ketika memasuki masjid, telah dimaklumkan tentang kehadiran pemimpin Umno termasuk Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali pula berkata, pihaknya sudah mengambil pendirian untuk tidak menggunakan masjid sebagai tempat kempen politik.

"PAS hanya akan menggunakan masjid untuk tujuan agama," kata beliau pada sidang media pagi berikutnya.

Tiada ulasan: