PEMIMPIN utama Umno dan para menteri BN yang teruja untuk menyambut kemenangan calon BN Bukit Gantang, Ismail Safian dilaporkan telah bergerak meninggalkan pusat penjumlahan undi.
Mereka termasuklah Tan Sri Muhyiddin Yassin, MB "haram" Dr Zamry Abdul Kader, Timbalan Pengerusi BN Perak yang juga Naib Presiden Umno yang baru, dan ramai lagi pemimpin BN yang pada awalnya cukup yakin calon PAS, Nizar Jamaluddin dapat ditumpaskan.
Ia ditandai dengan kempen-kempen BN dengan mencurahkan pelbagai projek dan wang untuk membeli undi di Bukit Gantang secara melampau. Yakin dengan sokongan orang Melayu itu, BN benar-benar percaya mereka dapat menguasai semula Bukit Gantang.
Namun, akhirnya keputusan Bukit Gantang dan Bukit Selambau menjadi referendum rakyat terhadap Perdana Menteri yang baru, Najib Tun Razak; BN dan seluruh kepimpinan baru Umno sejak diundurkan Pak Lah secara terhormat awal bulan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan