KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, April 30, 2009

Presiden, Timbalan Presiden PAS perlu kalangan ulama - kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat

Dua calon Timbalan Presiden, Mohd Sabu dan Husam Musa, masing-masing Naib Presiden bakal menentang Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang akan mempertahankan jawatan pada pemilihan PAS Jun ini


PRESIDEN dan Timbalan Presiden dalam PAS perlu dipilih daripada kalangan ulama demi masa depan parti itu, kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamad Daud, lapor Bernama hari ini.

"Kita mahu jawatan nombor satu dan dua dalam PAS kekal disandang oleh kalangan ulama," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai pencalonan beberapa pemimpin tertinggi PAS menjelang muktamar agung itu dan lebih menarik tawaran beberapa pemimpin bukan kalangan ulama menawarkan diri bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.

Antara mereka yang menawarkan diri untuk jawatan itu adalah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Mohamad berkata jika kedua-dua jawatan itu tidak diberikan kepada pemimpin bertaraf ulama, beliau khuatir keadaan itu akan merosakkan PAS pada masa depan.

Justeru, beliau tetap mempertahan kepimpinan ulama dalam barisan kepimpinan PAS pada pemilihan di muktamar agung parti itu di Shah Alam, Selangor, Jun ini.

Ditanya mengenai saf kepimpinan yang ada sekarang, Mohamad berkata kedudukan itu wajar dikekalkan tetapi bagi jawatan Naib Presiden dan seterusnya boleh diserahkan kepada pemimpin daripada kalangan profesional atau ulama.

"Tak perlu pertikailah untuk jawatan lain itu. Jawatan lain tidak penting, kecuali untuk nombor satu dan dua," katanya.

3 ulasan:

special task force berkata...

ust mohamad daud, komen ust tu telah menolak kemampuan pemimpin lain dalam PAS. kalau bukan dari kalangan ulama. macam mana pula husam dan mohd sabu. dari kalangan ulama yang ada sekarang siapa lagi yang boleh bawa PAS ke depan macam mot sabu dan husam. golongan ulama boleh bawa PAS atas landasan hujah ust nampaknya telah ditolak oleh ali PAS seluruh malaysia apabila cadangan untuk bersama UMNO ditolak oleh mereka. kecuali nik aziz, masih nampak memperjuangkan hasrat ahli PAS. Islam tak pilih sesiapa yang paling penting pemimpin tu beriman dan faham perjuang yang islam tuntut.

Hakim Akbar berkata...

aku ingat pas dah jauh tersasar tentang kepimpinan ulama. patutnya siapapun boleh jadi pemimpin. sebab ia diawasi dan dipantau oleh majlis syura.

tetapi, oleh kerana majlis syura tidak berfungsi telus, ada ajknya yang berkepentingan dalam jk pusat, fungsi bertindan maka kewibawaan majlis syura tidak dapat dirasai.

kalau mohd sabu atau husam jadi timbalan presiden, patutnya tidak menimbulkan masalah. tapi kalau kenyataan ustaz daud diambil kira, maknanya penteraan husam dan mad sabu adalah salah untuk rebut jawatan timbalanm presiden itu.

ini ada yang tak kena. sekalipun presiden dan timbalan presiden akan jadi ajk majlis syura, tapi jika husam atau mad sabu jadi timbalan sudah tentulah dia hanya jadi ajk yang turut hadir. itu tidak jada masalah.

kenapa nak timbulkan perbezaan atau kelas-kelas macam itu dalam parti.

apa kata bagi semua kerja-kerja parti yang dilakukan oleh mereka yang bukan ulama kepada ulama buat? mampukah mereka? berdayakah mereka? kebanjiran bukan Islam ke dalam pas adakah disebabkan mereka syok dengan ulama-ulama yang mereka tak pernah tegur sapa, tak pernah kenal, tak pernah temui mereka?

harap pertimbangkan... makin kusut aku dengan pelbagai karenanh dalam pas ini!

Tanpa Nama berkata...

Saya amat tidak setuju dengan Husam bertanding untuk Timbalan Presiden kerana beliau:

1.Salah seorang yang mengelilingi dan menghampiri TG Nik Aziz untuk mempengaruhi kepada perubahan 16 Sept yang lalu.
2.Beliau suka melawat ke kawasan2 dengan mempengaruhi keupayaan kewangannya.
3.Beliau tidak suka mengikut "musyawarah", lebih suka bergerak sendiri ikut kemahuannya.
4.Beliau terlalu meletakkan dirinya di tahap atasan dan memberi jurang perbezaan dengan orang bawahan.

Ringkasnya Husam tidak layak untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden....

Berikan sokongan kepada Ulama....