Dato' Seri Nizar Jamaluddin baru sebentar tadi diumumkan sebagai pemenang kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti yang meningkat 2,789 dengan memungut undi 21,860 undi. Keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya pada pukul 9:45 malam di Wisma Perbandaran Taiping.
Calon Barisan Nasional, Ismail Saffian memperoleh 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.
Selepas keputusan rasmi diumumkan kira-kira 20,000 penyokong PAS yang berhimpun di luar dewan meraikan kemenangan calon parti itu dengan membakar bunga api di kawasan tersebut.
Nizar berucap kepada para penyokong sambil memuji kerja-kerja SPR yang penuh dedikasi sepanjang pilihan raya berlangsung. Walaupun ada percubaan pegawai SPR untuk melarang Nizar berucap, namun akhirnya mereka turun dari pentas itu dan membiarkan Nizar meneruskan ucapan kemenangannya.
Dalam ucapan penerimaan Nizar berkata ini kemenangan kepada rakyat Perak dan Malaysia secara keseluruhan. Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ketika ditemui berkata pihaknya telah menjangkakan keputusan hari ini.
Katanya ia juga signifikan dari sudut landskap politik Perak dan nasional khususnya selepas krisis politik Perak yang bermula Februari lalu.
KLIK JOM FOLO DI SINI
Selasa, April 07, 2009
Sah! SPR istiharkan Nizar pemenang kerusi Bukit Gantang dengan menambah majoriti 2,879 undi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan