KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Jun 18, 2009

Kerajkaan Perpaduan: Rais ibaratkan PAS tanam tebu tepi bibir

PUTRAJAYA: Pertikaian di kalangan anggota pakatan pembangkang termasuk sebilangan kepimpinan PAS terhadap idea kerajaan perpaduan menunjukkan mereka umpama 'menanam tebu di bibir' mengenai soal perpaduan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr. Rais Yatim (gambar) berkata, kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas idea Presiden partinya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menyerlahkan 'muka sebenar' sebahagian besar pemimpin Melayu pembangkang yang tidak jujur memperjuangkan Islam sebagai agama harmonis dan perpaduan.

"Dan tentu sekali Parti Keadilan Rakyat (PKR) merasakan jika PAS mempelopori idea ini, maka ia menampakkan parti itu (PKR) sudah muflis dan meleset dari segi idealisme berjangkauan jauh.

"Dalam hal ini, saya tetap dengan pandangan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa merupakan kategori pemimpin yang berpandangan jauh sedangkan yang lain hanya mengamalkan politik populis. Langkah Abdul Hadi itu langkah negarawan yang layak diberi penghargaan," kata beliau kepada Utusan Malaysia, 12 Jun lalu.

Rais mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang membidas golongan dalam PAS yang terus mempertahankan cadangan Abdul Hadi untuk membentuk kerajaan perpaduan sambil menyifatkan mereka sebagai 'Boneka Umno'.

Malah beliau yang sebelum ini lantang menolak idea kerajaan perpaduan sejak ia dicetuskan oleh Abdul Hadi menggambarkan cadangan itu sebagai ilham Umno sendiri.

Mengulas lanjut, Rais yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengakui banyak pihak 'terasa' jika kerajaan perpaduan akhirnya direalisasikan, maka ramai kalangan mereka akan turut kehilangan tempat.

"Tapi matlamat perjuangan kita bukan yang itu sebaliknya lebih penting lagi mahu memastikan orang Melayu berjaya dalam perjuangan dua arena iaitu agama dan kenegaraan," katanya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sedih, jika pimpinan PAS terus tidur dan berdengkur dalam pertelingkahan kerajaan perpaduan
PERTAMA

Umum mengetahui bahawa wirid Nasaruddin tentang Kerajaan Perpaduan ini ditentang oleh ahli dengan diketuai oleh Mursyid al-'Am sendiri. Secara tidak langsung, kelihatan seperti Mursyid al-'Am mempunyai masalah dengan Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agong yang baru.

KEDUA

Presiden atau Timbalan Presiden atau Setiausaha Agong yang baru itu sewajibnya menemui Mursyid al-'Am dengan kadar yang segera supaya salah faham atau salah tafsir itu dapat diperbetulkan sebelum munculnya bibit bibit perpecahan.

Sedih. Ini tidak berlaku.

KETIGA

Apabila Mursyid al-'Am telah bersuara, sepatutnya pimpinan yang muda umurnya memohon mengadakan perjumpaan bagi menjernihkan suasana. Bukan soal siapa salah siapa betul. Soalnya yang muda lebih manis jika mengalah.

Sedih. Ini tidak berlaku.

KEEMPAT

Dewan Ulama PAS Pusat sepatutnya awal awal lagi menjadi pendamai dalam hal ini. Malangnya, sunyi sepi tidak berbunyi. Walaupun ahli bawahan sudah kelihatan seperti dilanggar garuda sifatnya akibat daripada penangan wirid Nasaruddin ini, namun Dewan Ulama PAS Pusat tetap nyenyak tidur.

Sedih. Ini yang berlaku.

KELIMA

Pandangan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ust Nasaruddin Hassan Tantawi. Mungkin tergerak hatinya untuk menjadi pendamai apabila keadaan semakin panas. Kita hargai keprihatinan ulama muda ini dam sepatutnya ulama tua malu dengan beliau.
Mungkin kerana berada di dalan keadaan dilemma, diluah mati Nasaruddin, ditelan mati Mustapha, maka Ust Nasaruddin Hassan Tantawi pun meminta kita semua menghormati pandangan Presiden.
Ini yang agak kurang tepat. Sepatutnya, Ust Nasaruddin Hassan Tantawi menganjurkan muzakarah tidak kira secara terbuka ataupun tertutup di antara individu individu yang terbabit dengan Mursyid al-'Am.

Sedih. Ini tidak berlaku.

KEENAM

Ke mana hilangnya Naib Naib Presiden PAS? Yang bersuara hanya Ust Tuan Ibrahim Tuan Man sahaja. Ke mana Hj Mahfuz Omar? Ke mana Hj Salahuddin Ayub? Tidak terfikirkah anda untuk menjadi pendamai? Atau anda lebih selesa mengambil pendekatan tunggu dan lihat?
Jemaah dan porak peranda dah nie. Apa lagi yang hangpa tunggu? Apa lagi yang hangpa nak lihat? Janganlah tidur !! Tugasan pertama pun dah gagal.

Sedih. Ini yang berlaku.

KETUJUH

Tahniah kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustzh Nuridah Salleh. Hanya beliau yang mencadangkan supaya semua yang terlibat bertemu dengan Mursyid al-'Am dengan segera supaya kekeruhan yang semakin menghitam ini dapat dijernihkan.

Namun, siapakah Ustzh Nuridah Salleh untuk menjadi pendamai kerana beliau seorang muslimat dan muslimat ada batasannya. Apa apa pun, tahniah dan tabik hormat layak diberikan kepada Ustzh Nuridah Salleh kerana beliau faham erti berjemaah.

KELAPAN

Kecenderungan pimpinan PAS meluahkan perasaan dan ketidakpuasan hati kepada mana mana media sahaja haruslah dijauhi. Kita amat memahami kekangan yang dihadapi oleh wartawan Harakah untuk menyiarkan artikel atau rencana berkaitan bantahan kepada wirid Nasaruddin ini.
Namun, ini tidaklah bererti pimpinan PAS boleh beralih kepada media musuh yang sememangnya menunggu untuk menyanyikan lagu yang rata ratanya bersifat haramjadah itu.

Sedih. Ini berlaku.

KESEMBILAN

Yakinilah bahawa ahli ahli bawahan akan berhenti bercakaran jika pimpinan yang dilantik dan dipilih menerusi muktamar lalu bangun dari tidur.

Sedih. Jika pimpinan terus tidur dan berdengkur.

Tanpa Nama berkata...

I'm gone to inform my little brother, that he should also pay a quick visit this weblog on regular basis to get updated from newest reports.

Look at my web page New Bingo Sites