KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Jun 18, 2009

Ustaz Halim Abdul Rahman dedahkan kerajaan perpaduan tidak pernah dibincang dalam Majlis Syura, JK Pusat dan Lajnah Politik!

KUALA LUMPUR: Ketika berucap di Dewan Rakyat pada 17 Jun (semalam), Pengarah Pilihan Raya PAS yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman mendedahkan isu kerajaan perpaduan tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana peringkat yang beliau menjadi anggotanya sebelum ini termasuklah Majlis Syura Ulama, Jawatankuasa PAS Pusat dan Jawatankuasa Politik PAS.

Beliau mendedahkan perkara itu ketika memberi respons kepada soalan Ahli Parlimen Putatan, Marcus Mojinggoh yang bertanya tentang isu kerjasama PAS-Umno yang membabitkan pembentukan kerajaan perpaduan.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat yang baru itu, menegaskan kenyataan Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa yang mengalu-ngalukan reaksi Perdana Menteri terhadap cadangan Presiden PAS untuk membentuk kerajaan perpaduan dianggap sebagai kenyataan peribadi dan bukan mewakili PAS sepenuhnya.

Berita lanjut akan menyusul. Kemaskini jam 11 pagi.

Ketika menjawab soalan dari ahli Parlimen BN Putatan, Marcus Mojinggoh di Dewan Rakyat, Ustaz Halim (PAS Pengkalan Chepa) menyatakan, adapun kenyataan balas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa adalah kenyataan peribadi dan bukan mewakili parti.

Untuk makluman, Ustaz Halim berbahas hari ini dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pindaan 2009.Isu kerajaan perpaduan dijawab selepas memberi respon kepada Marcus yang bertanyakan isu tersebut dalam perbahasan semalam.

Beliau merujuk pertanyaan beberapa ahli Parlimen BN yang mahu penjelasan mengenai kenyataan Ustaz Nasharudin yang dilaporkan berkata beliau positif ke atas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mengenai isu kerajaan perpaduan.

Kenyataan Ustaz Halim kemudian disambut oleh beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat, antaranya Lim Kit Siang (DAP Ipoh Timur) yang menyifatkan kenyataan Najib adalah hanya untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat sahaja.

Kit Siang seterusnya menyatakan, kenyataan Najib itu sebenarnya tidak terkesan kepada Pakatan Rakyat, sebaliknya hanya umpan sahaja. Semalam, Timbalan Presiden PAS, dilaporkan menyambut baik kesediaan Najib mengadakan perbincangan mengenai isu kerajaan perpaduan.

Kata Nasharuddin, itu merupakan reaksi serius pertama dari perdana menteri terhadap cadangan kerajaan perpaduan itu. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dapat bercakap bagi pihak PAS tetapi perlu membawa perkara itu kepada presiden dan pihak parti. Namun begitu, katanya, PAS terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana pihak.

Terdahulu, Najib Razak berkata beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disuarakan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau tidak menolak sebarang kerjasama yang boleh memberi kebaikan untuk negara.

"Umno sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk mendengar dan menimbang apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh PAS," katanya selepas merasmikan Persidangan Menteri-menteri Pelajaran Negara-negara Komanwel ke-17 di ibu negara semalam.

Ditanya sama ada beliau yakin dengan cadangan itu, Najib berkata ini adalah satu titik permulaan tetapi beliau perlu juga melihat terlebih dahulu bentuk kerjasama yang sesuai antara kedua-dua parti itu.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berikut transkrip kenyataan Tok Guru Nik Aziz mengenai isu kerajaan perpaduan yang kini begitu kontroversi hingga menjadikan PAS bercelaru hingga ke akar umbi. Malah tiada pimpinan tertinggi PAS yang mampu menjelaskan apa yang dikatakan kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Presidennya, Tok Guru Abdul Hadi Awang. Ikuti ulasan Mursyidul Am PAS ini:

“Isu (kerajaan) perpaduan ini bukan datang daripada PAS tetapi lontaran daripada peribadi tertentu. Bukan daripada PAS. Kalau YAB PM sebut PAS setuju, itu tak betul.

Itu lontaran daripada peribadi dan juga tidak masuk dalam kertas agenda (mesyuarat) parti (PAS) sendiri. Parti PAS sendiri tak ada agenda mesyuarat (mengenai kerajaan perpaduan). Dan juga tak masuk dalam agenda mesyuarat Pakatan (Rakyat).

Jadi, dengan sebab itu Pakatan pun tak tahu. PAS sendiri tidak (ada pendirian) rasmi. Maka bagaimana nak sebut PAS (setuju)? Tak boleh. (Ini adalah) lontaran peribadi orang tertentu.

(Pertama), benda ni (perlu) ada mesyuarat parti. Yang kedua, (mesyuarat) Pakatan. Kalau PAS setuju, Pakatan setuju, itu lainlah masalahnya. Tapi, PAS pun tidak dibincang, Pakatan pun tidak dibincang. Mana boleh kita nak kata benda ni (PAS setuju)?

Sebab itu saya kata, ini kerja… ini kerja boneka Umno. Saya ulangi lagi, ini kerja boneka Umno.

Kalau semua setuju, Pakatan setuju, PAS setuju, maka semua akan (dilantik) jadi anggota kerajaan. DAP juga akan jadi menteri, PKR juga akan jadi menteri, PAS juga akan jadi menteri. (Ini) baru benar-benar perpaduan. Ini bukan perpaduan, ini perpecahan.

Umno sekarang berpesta. (Ber)pesta bahawa PAS sudah masuk perangkap mereka. PAS sama PAS dah kalut. PAS dan Pakatan dah bergaduh. Jadi, PAS sama PAS dah pecah, bercelaru. Bukan pecah, bercelaru. PAS dengan Pakatan pun dah jadi celaru. Jadi, ini (idea kerajaan perpaduan), Umno dah berjaya. Berjaya memecahbelahkan orang PAS.

Alhamdulillhah, dapat dibendung melalui kenyataan saya, bahawa (kerajaan perpaduan ini) tak dapat diterima. Ini orang, boneka Umno, sudahlah.

Kalau benar Timbalan (Presiden PAS) Nasharuddin, kalau benar dia nak setuju (kerajaan perpaduan), lebih baik dia masuk Umno terus. Biar, baik dia masuk Umno, terang. Dia letak jawatan di Bachok, dia bertanding (semula atas tiket BN).

Apa dia buat sampah ni? Menyusahkan orang. Dia tak tahu bagaimana susahnya saya. Datang (jumpa), telefon, datang jumpa sendiri (dan) menangis-nangis, sebak-sebak. (Ada) orang Kelantan dan luar Kelantan datang jumpa saya, sebak.

Setengah orang tu datang tak boleh nak bercakap depan saya, sebak. Apa ceritanya (ini semua)? Dia masuk Umno senanglah daripada duduk dalam PAS nak menenggek. Dalam PAS tak boleh (menenggek begini). Tak dak moral kita panggil (kalau buat begitu).”

Abu Razeen 2 berkata...

TGNA sbg insan memang boleh tersilap menjawab soalan pemberita yg mungkin macai umno ditugaskan utk provoke.

komen U. Azizan agar TGNA panggil U. Nasha beri penjelasan adalah lebih tepat bagi orang yg beriman dan bertaqwa.

" wahai org2 yg beriman bila datang org fasiq bawa berita hendaklah kamu sahkan berita itu...........".

Tidaklah turun darjat Tok Guru mengaku kesilapannya dan tidaklah turun kredibiliti U. Nasha jika difitnah atau disusahkan oleh org2 fasiq.

Tanpa Nama berkata...

Sedih, jika pimpinan PAS terus tidur dan berdengkur dalam pertelingkahan kerajaan perpaduan
PERTAMA

Umum mengetahui bahawa wirid Nasaruddin tentang Kerajaan Perpaduan ini ditentang oleh ahli dengan diketuai oleh Mursyid al-'Am sendiri. Secara tidak langsung, kelihatan seperti Mursyid al-'Am mempunyai masalah dengan Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agong yang baru.

KEDUA

Presiden atau Timbalan Presiden atau Setiausaha Agong yang baru itu sewajibnya menemui Mursyid al-'Am dengan kadar yang segera supaya salah faham atau salah tafsir itu dapat diperbetulkan sebelum munculnya bibit bibit perpecahan.

Sedih. Ini tidak berlaku.

KETIGA

Apabila Mursyid al-'Am telah bersuara, sepatutnya pimpinan yang muda umurnya memohon mengadakan perjumpaan bagi menjernihkan suasana. Bukan soal siapa salah siapa betul. Soalnya yang muda lebih manis jika mengalah.

Sedih. Ini tidak berlaku.

KEEMPAT

Dewan Ulama PAS Pusat sepatutnya awal awal lagi menjadi pendamai dalam hal ini. Malangnya, sunyi sepi tidak berbunyi. Walaupun ahli bawahan sudah kelihatan seperti dilanggar garuda sifatnya akibat daripada penangan wirid Nasaruddin ini, namun Dewan Ulama PAS Pusat tetap nyenyak tidur.

Sedih. Ini yang berlaku.

KELIMA

Pandangan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ust Nasaruddin Hassan Tantawi. Mungkin tergerak hatinya untuk menjadi pendamai apabila keadaan semakin panas. Kita hargai keprihatinan ulama muda ini dam sepatutnya ulama tua malu dengan beliau.
Mungkin kerana berada di dalan keadaan dilemma, diluah mati Nasaruddin, ditelan mati Mustapha, maka Ust Nasaruddin Hassan Tantawi pun meminta kita semua menghormati pandangan Presiden.
Ini yang agak kurang tepat. Sepatutnya, Ust Nasaruddin Hassan Tantawi menganjurkan muzakarah tidak kira secara terbuka ataupun tertutup di antara individu individu yang terbabit dengan Mursyid al-'Am.

Sedih. Ini tidak berlaku.

KEENAM

Ke mana hilangnya Naib Naib Presiden PAS? Yang bersuara hanya Ust Tuan Ibrahim Tuan Man sahaja. Ke mana Hj Mahfuz Omar? Ke mana Hj Salahuddin Ayub? Tidak terfikirkah anda untuk menjadi pendamai? Atau anda lebih selesa mengambil pendekatan tunggu dan lihat?
Jemaah dan porak peranda dah nie. Apa lagi yang hangpa tunggu? Apa lagi yang hangpa nak lihat? Janganlah tidur !! Tugasan pertama pun dah gagal.

Sedih. Ini yang berlaku.

KETUJUH

Tahniah kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustzh Nuridah Salleh. Hanya beliau yang mencadangkan supaya semua yang terlibat bertemu dengan Mursyid al-'Am dengan segera supaya kekeruhan yang semakin menghitam ini dapat dijernihkan.

Namun, siapakah Ustzh Nuridah Salleh untuk menjadi pendamai kerana beliau seorang muslimat dan muslimat ada batasannya. Apa apa pun, tahniah dan tabik hormat layak diberikan kepada Ustzh Nuridah Salleh kerana beliau faham erti berjemaah.

KELAPAN

Kecenderungan pimpinan PAS meluahkan perasaan dan ketidakpuasan hati kepada mana mana media sahaja haruslah dijauhi. Kita amat memahami kekangan yang dihadapi oleh wartawan Harakah untuk menyiarkan artikel atau rencana berkaitan bantahan kepada wirid Nasaruddin ini.
Namun, ini tidaklah bererti pimpinan PAS boleh beralih kepada media musuh yang sememangnya menunggu untuk menyanyikan lagu yang rata ratanya bersifat haramjadah itu.

Sedih. Ini berlaku.

KESEMBILAN

Yakinilah bahawa ahli ahli bawahan akan berhenti bercakaran jika pimpinan yang dilantik dan dipilih menerusi muktamar lalu bangun dari tidur.

Sedih. Jika pimpinan terus tidur dan berdengkur.

Ex-UMNO berkata...

Di ingatkan kepada semua penyokong2 PAS supaya terus berjuang menentang kezaliman. Sudah lebih 50 tahun kita berjuang menentang puak2 yang tamak, tidak jujur dan menindas rakyat dengan sesuka hatinya. Selama ini mereka cuma pentingkan diri dan kaum keluarga nya sahaja.

Berkat sabar dan gigih berjuang, musuh kita sudah semakin lemah dan hampir menyerah kalah. Kita kena terus berjuang hingga keakhir hayat sehingga mencapai kemenangan.

Perjuangan kita sudah hampir mencapai matlamatnya. - hancurkan UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Sebelum ini tiada siapa yang tampil memberi keterangan secara jelas tentang "kerajaan perpaduan" kepada ahli PAS keseluruhannya. Akibatnya seluruh ahli jadi gelabah dan terkeliru antara kenyataan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
dengan Tuan guru Nik Aziz.

Sekarang semuanya sudah jelas dengan penerangan dari Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman bahawa kerajaan perpaduan hanyalah impian Tuan Guru Abdul Hadi/Nasharuddin/Mustaffa dan beberapa kerat penulis upahan UMNO.

Siapa boneka UMNO dalam parti PAS...? Jika kita telah mengenalinya jangan lagi memberi sokongan kepada mereka. Sebenarnya mereka telah mengkhianati amanah ahli setelah diberi peluang menerajui pentadbiran parti.

Apa yang akan anda lakukan sekiranya Nasharuddin masih menggulangi cadangan "kerajaan perpaduan...?" Biarkan dia bercakap seorang diri seperti orang gila.

Tanpa Nama berkata...

sape yang tak taat dan tak patuh pada pimpinan? sape yang teraburkan paku payung kat jalan raya dengan idea kerajaan perpaduan ni?

kalu nik aziz orang no 1 pas sebab dia mursyidul am pas, ngapa harun din yang jadi timbalan tak taat dan tak patuh? Nasa? Hadi?

ulama tak hormat sebabnya dah semua orang tahu. skuka menipu dan berbohong. tak percaya. lihat ini!

1. tok guru nik abduh tuduh pembantu nik aziz sesat di sisi tuhan.

2. tok guru harun taib pada muktamar selamba badak tuduh hassan adli masuk umno.

3. tok guru daud iraqi tuduh husam main politik wang masa kempen pempilihan baru ini.

4. tok guru harun din tuduh husam sebagai musuh dalam selimut sebab berkawan dgn anwar. pas tu guna ayat quran jawab kononnya musuh tu ialah anak isteri kamu.

5. tok guru harun din sedia bubar pas untuk satukan pas dan pkr dengan jadikan anwar ibrahim sebagai presiden.

6. tok guru hadi awang kata sudah bincang dengan pkr dan dap tentang agenda kerajaan perpaduan tapi akhirnya pkr dan dap menafikan.

7. tok guru nasharuddin kata tiada niat bawa pas masuk bn-umno tapi alu-alukan reaksi positif najib tentang kerajaan perpaduan. kalau nama kerajaan mestilah kongsi kuasa. orang kampung kata mausk umnolah tu.

8. tok guru mustafa ali kata hentikan polemik kerajaan perpaduan tapi dia dan kumpulannya terus mempromosi ieda hadi awang itu.

banyak lagilah kalau nak sebut. ini dalam lingkaran kerajaan perpaduan. jangan salahkan orang sebab tak hormat ulama.

mamat bin kulop