KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Jun 10, 2009

Malaysiakini dakwa Tok Guru Nik Aziz adakan "pertemuan sulit" dengan beberapa pemimpin anti Kerajaan Perpaduan!

KUALA LUMPUR: Dalam kehangatan perdebatan idea kerajaan perpaduan yang diutarakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mursyidul amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat memanggil pertemuan sulit bagi menepisnya, dedah Malaysiakini hari ini.

Menurut sumber-sumber, Nik Aziz memanggil beberapa pemimpin parti itu yang dilihat menentang idea kerajaan perpaduan dan muqabalah dengan Umno, antaranya, bekas naib presiden Datuk Husam Musa dan penggantinya Datuk Mahfuz Omar.

Mesyuarat itu yang diadakan di Rumah Kelantan, Jalan Stonor di ibu negara pagi kelmarin juga bersetujui mendesak Abdul Hadi menjelaskan pendirian dan tafsiran beliau berhubung perkara itu.

"Setakat yang kita tahu, kerajaan perpaduan itu maksudnya ingin duduk bersama Umno. Ini yang kita tentang. Kita harap presiden dan timbalannya (Nasharuddin Mat Isa) boleh membuat penjelasan," kata sumber.

Jumaat lalu, dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dasarnya, Abdul Hadi berkata, beliau yakin idea kerajaan perpaduan akan difahami dan diterima semua pihak suatu hari nanti.

Bagaimanapun, pada malam keesokannya, ketika menyampaikan ceramahnya sempena muktamar tahunan PAS itu, Nik Aziz menyifatkan idea Abdul Hadi itu sebagai "mengarut".

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, sumber-sumber berkata, idea Abdul Hadi itu perlu diperjelaskan supaya pemimpin lain dalam PAS tidak curiga dan tertanya-tanya maksud sebenarnya.

"Sekarang kita lihat hanya presiden dan Ustaz Nasharuddin sahaja yang bercakap mengenainya. Orang lain tidak tahu apa (butirannya)," kata sumber-sumber itu.

Sumber yang lain memaklumkan bahawa pertemuan itu dibuat ekoran kerisauan Nik Aziz terhadap potensi PAS bergabung dengan Umno apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan bersifat terbuka terhadap idea itu.

Utusan Malaysia sehari selepas majlis perasmian muktamar memuatkan laporan itu di muka depan akhbar tersebut. Kedengaran juga ura-ura bahawa Nik Aziz "merajuk dan kecewa" dengan tindakan Abdul Hadi dan ingin membuat tindakan drastik dengan meletakkan jawatan sebagai mursyidul am.

Bagaimanapun, sumber-sumber itu berkata bahawa ura-ura itu tidak benar. Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS pusat yang baru dipilih Dr Hatta Ramli ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung pertemuan Isnin itu.

"(Pertemuan) itu bertanya khabar sahaja," katanya, sambil ketawa. Bekas bendahari agung PAS itu dikatakan turut hadir dalam pertemuan itu.

Sementara itu, di Pahang, seorang Naib Presiden PAS yang baru, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Abdul Hadi akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu kerajaan perpaduan. Katanya, kenyataan akan memperjelaskan secara terperinci kerjasama antara PAS dan Umno berhubung isu kerajaan perpaduan, lapor akhbar Sin Chew Daily.

"Presiden akan mengeluarkan kenyataan mengenai isu itu. Semuanya akan diuruskan oleh presiden," katanya.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalaulah benar yang PAS akan bersemeja dengan umno, ia akan mengecewakan banyak pengundi bukan muslim. Saya dan kakak saya mengundi PAS kerana tak terima umno. Fikirkanlah baik2, apakah mungkin PAS sudah terlalu kuat dan tak perlu sokongan lain.

Mohamad Shafri Shamsudin berkata...

Nampaknya anda lebih menjaga hati orang bukan islam lebih dar menjaga perjuangan kerana Allah. Alasan yang berbagai telah diberi. Kalau anda semua rasa menjaga heti bukan Islam lebih penting dari dakwah yang patut anda sampaikan kepada orang lain ternyata anda telah sesat dalam perjuangan. Islam adalah hak semua. Ahli Umno juga berhak untuk mendapat Islam yang syumul, Jangan kerana itu pintu rundingan terus ditutup. Kalau kita berfahaman begitu kita memang telah sesat jauh. Ust Fadhil Noor sendiri bekerja sama dengan Umno dalam hal-hal tertentu. Mengapa sekarang tidak boleh. Adakah hanya nak menjaga perasaan ust Nik Aziz yang tersa perit ketika bersama Umno nak dijadikan alasan. Rasulullah terima ujian lebih dari itu. Dia tetap membuka pintu rundingan dengan sesiapa pun walau yahudi sekali pun. Adakah Umno itu tidak patut kita selamatkan mereka? Adakah nak jaga undi Cina yang bukan Islam maka kita lupa kewajipan kerana nak pertahan kuasa. Kemenangan ini adalah ujian buat semua. Kalau menang pilihanraya jadi matlamat maka anda telah sesat. Kewajipan Anda untuk memanggil masuk Umno kedalah Rumah Pas. Kalau anda kunci bagaimana mereka nak masuk. Andalah yang akan dipersoalkan oleh Allah nanti. Lupakanlah perasaan perit ketika bersama Umno. Dalam perjuangan sebenarnya adalah manis tetapi kalau sesiapa rasa perit bermakna dia tidak dapat merasai kemanisan ketika berjuang. fikirkanlah.

Tanpa Nama berkata...

KENAPA MUSUH PAS ADALAH SAUDARA SESAMA ISLAM?

KONONNYA KITA TIDAK MEMUSUHI UMNO, TETAPI KITA MENGHENTAM DAN MEMPERLECEHKAN UMNO. SERTA KITA PERNAH MEMBUAT FITNAH KEPADA MEREKA. (betulkah Antantuya, Najib yang bunuh?... kenapa kita lebih rela menempah pintu neraka jika kita beriman kepada Allah, jika kita menuduh najib yang bunuh... mana bukti.... jangan kita membuat andaian yang cenderong kepada andaian Syaitan)

---Timah Penang---

Tanpa Nama berkata...

Kenapa SEKARANG baru nak berunding? Bagi sebab-musabab yang jelas dan konkrit barulah pengikut tak keliru dan celaru macam kena gas pemedih mata ?

PASif

Tanpa Nama berkata...

Assalam'mualaikum dan salam sejahtera,

Saya cadangkan agar SEMUA ULAMA isi jawatan dalam PAS. Kami mahu ulama tampal poster, ulama buat ceramah, ulama anjur demontrasi, ulama buat rundingan NGO, ulama kukuhkan kerjasama dgn Umno; pendek kata orang bukan ulama tak payah susah-susah nak sibuk dalam PAS sekarang.

Tak payah ke hulu ke hilir buat kerja parti. Kita bagi ulama buat. Pemuda pun kata, kini giliran mereka nak buktikan ulama boleh buat semua kerja.

Mat Sabu tak payah penuhi ceramah seluruh Malaysia. Rehat saja di rumah atau isi ceramah di masjid surau dan kawasan rakan taulan. Buat apa susahkan badan.

Begitu juga Husam. Tumpu saja di Kelantan. Biar ulama cari duit untuk projek Kompleks PAS Pusat di Bangi tu. Biar ulama yang buat kerja kali ini.

Sudah terang lagi bersuluh. Ulama memang nak wujudkan benteng antara ulama dan profesional. Mereka yang gilakan kuasa, tengok usul ulama untuk dapatkan kerusi presiden, timbaln dan satu kerusi naib presiden untuk ulama... bukti kegilaan itu.

Jangan bimbang. Kita bagi ulama memimpin. Biar mereka buktikan bukan setkat baca doa dan imam solat tapi boleh jadi hulubalang, penglima perang, pemimpin genius, ketua bijaksana; pendek kata macam ulama warasatul anbiya' yang disebut oleh nabi saw.

Orang JIM dalam PAS, orang Umno yang dah masuk PAS, orang lain-lain fahama dalam PAS boleh basuh kaki undur dan duduk tengokj sahaja ulama buat kerja.

PAS boleh pinda perlembagaan, tukar Parti Islam SeMalaysia jadi Parti Ulama SeMalaysia. PAS kepada PUS pula.

Mari kita yang bukan ulama tubuh parti baru yang guna perlembagaan sama seperti PAS. Kita ramai pemimpin. Bukan semua ulama atau ustaz setuju dengan Kerajaan Perpaduan. Bukan semua setuju dengan Hadi dan Nasharuddin.

Mohd Nasha Abdul Halim
Lorong Haji Taib, KL

Tanpa Nama berkata...

Assalam'mualaikum dan salam sejahtera,

Tok Guru Nik Aziz boleh jadi Presiden. Dia berani dan tegas. Walaupun kumpula pro muqabalah tuduh dia macam-macam. Sisa-sia usianya itu mesti dimanfaatkan untuk kesinambungan perjuangan Islam di negara ini.

Ulama kita cukup pelik. Yang anjur solat dua imam, tak makan sembelih Umno, nikah dua kali, kafir-mengkafir ialah dari kalangan ulama Terengganu.

Mereka seperti Tok Guru Harun Taib, Tok Guru Hadi Awang, Tok Guru Mustafa Ali, Tok Guru Latif Mohamad Besut, Tok Guru Ghazali Losong, Tok Guru Bakar Chik, Tok Guru Bakar Abdullah, Tok Guru Wan Mutalib dll.

Kini mereka inilah yang beriya-iya mahukan bekerjasama dengan Umno dan kongsi kuasa atas nama Kerajaan Perpaduan. Pelik bin ajaib. Amanat Haji Hadi sudah terbalik.

Kalau bukan bekerjasama, macam mana Kerajaan Perpaduan boleh dibentuk? Kerajaan ini hanya boleh dibuat dengan orang yg pegang kuasa macam Umno. Ia tak boleh buat dengan PKR atau DAP. Ia tak boleh berlaku dengan NGO.

Sebab itu, cakap tak serupa bikin PAS begitu ketara. Hadi baik, Nasa baik, Harun taib dan Haron Din baik kata, "kita mengadakan muqabalah atau muzakarah dengan semua pihak termasuk Umno (Parti lawan".

Tetapi mengapa usul Dewan Muslimat untuk haramkan SIS diluluskan. Kenapa tidak aktifkan muzakarah atau muqabalah? Hantar ulama yang hebat-hebat pathkan hujah SIS. Ranapkan hujah SIS. Ulama muslimat, ulamah muda dan ulama tua yang handal-handal dalam PAS kan ramai.

Muqabalah ini terkandung dalam ucapan dasar tapi usul itu jelas bercanggah dengan prinsip yang diperjuangkan.

Kalau dgn DAP yang kafir itu boleh bermugabalah, NGO yang kafir juga boleh bermuzakarah, mengapa SIS diharamkan, dimatikan, ditolak ketepi? Pelik ni...

Sebabnya, hujah bermuqabalah dengan semua pihak itu membawa makna hanya untuk Umno sahaja. "Semua pihak" hanya untuk kelabui mata ahli PAS dan orang lain.

Tetapi, orang PAS sekarang tidak bingung lagi. Mereka celik. Ahli tak takut dan gentar dengan isu "wala'" dan "siqah" yang diutarakan oleh Haron Din. Itu isu lama. Itu isu untuk menyelamatkan diri pimpinan yang bersalah.

Mohd Nasha Abdul Halim
Lorong Haji Taib, KL

Tanpa Nama berkata...

Assalam'mualaikum dan salam sejahtera,

Ahli PAS boleh taat dan patuh pada pimpinan yang jujur dan amanah. Bukan pimpinan yang terang-terang menipu dan berbohong macam Haron Din. Hujah diapun pada muktamar minggu lalu dangkal ketika jawab kecaman Husam.

Ahli PAS jangan bimbang. Kita bagi sahaja kepada Haron Din tentukan nasib dan masa depan PAS. Kemasukannya dalam haraki kepimpinan cukup menampakkan kelaiann sikap PAS terhadap Umno. Soal dia Haron Din lebih Umno dari pemimpin Umno itu soal dia. Tapi dalam PAS, Haron kena ikut kehendak PAS bukan PAS kena ikut kehendak dia.

Tapi nampaknya, dia nak bawa PAS berkongsi kuasa dengan Umno. Hadi setuju. Nasharuddin setuju. Harun Taib dan Cikgu Pa setuju.

Cumanya, mereka sedang berfikir macam mana nak bagi seluruh ahli PAS setuju dgn syor itu? Ada AJK PAS Pusat minta Presiden jelaskan dalam Mesyuarat AJK sebelum sebelum muktamar tentang apa yang dikatakan Kerajaan Perpaduan.

Tok Guru Bakar Chik dan Tok Guru Harun Taib minta supaya Presiden bagi penerangan kepada AJK semua. Tapi dihalang oleh Cikgu Pa. Belum masanya. Kita cool dulu.

Dalam muktamar ke55 tak berbangkit isu Kerajaan Perpaduan. Tapi dalam sidang media Hadi dan Nasharuddin beriya-iya melahap isu ini dengan penuh ghairah. Media melaporkan. Media tidak menokoh tambah. Itulah yang disebut mereka.

Bila jadi bising. Semua orang cakap. PKR dan DAP nafi mereka tahu hal itu... tenggelam punca pula Presiden. Mula kata itu idea yang dilontar kepada umum. Cara layanannya macam ia suatu agenda khusus PAS menuju perkongsian kuasa dgn meninggalkan PKR dan DAP yang ada tahaluf siasi.

Ustaz Ahmad Awang ketika menggulung perbahasan mengesahkan ada dikalangan pemimpin PAS kat pentas itu, yang mahu membawa PAS berkongsi kuasa dengan Umno.

Katanya, tuan-tuan jangan tak percaya, ada pemimpin kita yang mahu PAS kongsi kuasa dengan BN. "Saya tak mahu sebut siapa, tapi ada," katanya sambil mengesahkan pemimpin itu menelefon beliau sewaktu krisis awal pembentukan Kerajaan Perak. Pemimpin PAS itu mahu Ahmad Awang fikirkan kongsi kuasa dengan Umno Perak.

Paling teruk, setahun yang lalu semasa rundingan dgn Pak Lah, jawatan menteripun sudah diagihkan. Jawatan MB negeri-negeri tertentupun katanya sudah diagihkan. Koata bertanding kerusi Parlimen dan Dunpun telah ditetapkan. Inilah yang menjadi kemarahan dalaman pemimpin tertentu yang tak sebulu dengan ulama.

Lagi teruk, semua pertemuan dan rundingan sulit dalam gelap tidak dilaporkan kepada Dewan Harian dan JK PAS Pusat. Moderator rundingnya Nasharuddin dan Haron Din.

Bila isu ini panas pada muktamar tahun lalu, dikatakan pula mendapat persetujuan atau kelulusan Majlis Syura Ulama. Tetapi sehingga kini, Dewan Harian dan JK PAS Pusat tidak dimaklumkan apa isi pertemuan atau rundingan itu.

Kini, perpecahan kian ketara. Ahli-ahli bawahan sudah disindir sinis oleh rakan taulan. Ahli macam hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PAS.

Ini menyebabkan Cikgu Pa terpaksa tutup isu Kerajaan Perpaduan ini pada sidang media 9 Jun lalu. Dia minta pemimpin PAS termasuk Hadi dan Pakatan tidak membangkitkan isu ini lagi. Hentilah.

Soalnya, siapa yang memulakannya? Siapa yang gatal mulut bercakap dengan media isu ini? Dulu kata sudah ditarik balik tetapi masa muktamar ligat semula isu ini dihidupakan? Siapa yang menghidupkannya?

Fikir-fikirkan lah wahai ahli-ahli PAS sekalian. Dunia tanpa sempadan sukar untuk menutup apa jua maklumat dan kritikan sulit terhadap pimpinan parti. Lambat laun, ia akan meletup juga tembelang buruk pimpinan. Wassalam.

Mohd Nasha Abdul Halim
Lorong Haji Taib, KL

Tanpa Nama berkata...

Yang ni macammana Safari?

Haron Din kata ahli-ahli kena wala' dan siqah dengan pimpinan yang telah dilantik.

Tahukah dia, bahawa Haron Din sekarang tidak wala' dan tidak siqah dengan Tok Guru Nik Aziz yang jadi ketua dia dalam Majlis Syura Ulama?

Mursyidul Am orang no satu dalam PAS. Macam mana Hadi dan Nasa, Cikgu Pa, dll yang tidak sigah dan wala' dengan Mursyidul Am?

Ahli-ahli juga patut persoal juga dengan mereka di atas yang tidak wala' dengan ahli-ahli di bawah. Kita bagi angkat mereka untuk lawan Umno bukan kerjasama dgn Umno.

Kalau tak faham kita ajar mereka pada PRU 13 dan pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 nanti. Insyaallah baru mereka tahu!