KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Jun 09, 2009

Khairy mula ghairah dengan Kerajaan Perpaduan, ajak PAS hidupkan semula muzakarah!


PETALING JAYA: Sambil dua kali menegaskan agar PAS "never say never", Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengajak PAS menghidupkan semula muzakarah dengan Umno khususnya susulan perkembangan muktamar tahunan parti Islam itu yang berakhir Ahad lalu.

Mengambil kira persekitaran semasa dalam PAS yang memperlihatkan ada kumpulan yang menyokong muzakarah dengan Umno-BN, beliau berkata, kini adalah "masa untuk memulakan proses tersebut."

"... yang saya berharap dan saya yakin dengan memulakan usaha muzakarah tersebut, suasana yang disebutkan oleh (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang baru) (Dr. Mujahid (Yusof Rawa) tadi akan jadi lebih kondusif," kata beliau ketika muncul dalam program Astro Awani beberapa hari lalu..

Kedua-dua mereka muncul sehari selepas berakhirnya Muktamar Tahunan PAS Ke-55 di Shah Alam Ahad lalu. Isu kontroversi idea kerajaan perpaduan menjadi tumpuan sepanjang Muktamar Tahunan PAS Pusat dan sayap-sayapnya minggu lalu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika merasmikan Muktamar PAS Ke-55 Jumaat lalu menggesa kerajaan perpaduan dibentuk bagi menyelesaikan masalah dalam negara secara menyeluruh.

Bagaimanapun, saranannya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan itu bukan saja dipertikaikan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), malahan ahli-ahli dan bekas pemimpin kanan parti itu sendiri.

Tiada ulasan: