KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Jun 11, 2009

Umno juga mahu Kerajaan Perpaduan diperjelaskan kepada ahli-ahlinya


KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Umno perlu diberi penerangan yang jelas mengenai cadangan perbincangan kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS, kata ahli Parlimen Tuaran, Datuk Abdul Rahman Dahlan. Oleh kerana itu, katanya, perbincangan mengenai perkara tu tidak semestinya perlu dilakukan segera, lapor Malaysiakini hari ini.

Walaupun mengalu-alukan perbincangan tersebut, Abdul Rahman berkata Umno perlu menjelaskan perkara itu kepada ahli-ahlinya terlebih dahulu. Secara umumnya, beliau berkata, kerajaan perpaduan PAS-Umno boleh membawa kepada kestabilan orang Melayu dan politik negara.

"Kalau orang Melayu bersatu, politik negara juga akan stabil kerana orang Melayu merupakan majoriti di Malaysia," kata beliau yang juga bekas setiausaha Pemuda Umno itu.

"Tetapi jika ada parti dalam komponen Pakatan Rakyat membantah, tentu berlaku akan sesuatu dalam pakatan tersebut," katanya ahli Parlimen Tuaran itu ketika dihubungi Malaysiakini semalam. Manakala Setiausaha Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Syed Ali Ahasbshee pula mahu Umno berhati-hati dan jangan terlalu ghairah dengan usul kerajaan perpaduan itu.

Ketika ini, katanya Umno sedang dipulihkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan melakukan transformasi politik dan perubahan di semua peringkat dengan mendapat respon positif daripada rakyat pelbagai kaum.

"Sebelum salam daripada PAS itu disambut, Umno sewajarnya perlu melihat kepada sejarah lampau. Dan merenung ke dalam diri apakah waktu ini Umno terlalu terdesak sehinggakan terpaksa bertongkat kepada pokok yang belum tentu kukuh dan diragui akan kekuatannya," katanya.

Tiada ulasan: