KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Jun 24, 2009

Pengkebumian Kerajaan Perpaduan pada 22 Jun 2009, harap tidak hidup semula!





KUALA LUMPUR: Isukerajaan perpaduan sudah tamat. Umno tidak boleh memanipulasikan lagi isu ini untuk kepentingannya di Manek Urai. Segala sokongan lunak dan laporan indah dari media kuasannya, sudahpun berakhir.

Harapan Umno dan pemimpinnya untuk melihat PAS kecundang di Manek urai, terburai sebaik sahaja Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan bersama, menolak kerajaan perpaduan yang diidam-idamkan oleh Umno.

Kenyataan itu cukup kuat didokongi bersama, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Ia diputuskan pada 22 Jun dalam satu mesyuarat yang diadakan di Bangunan Parlimen.

Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang. Majlis Pimpinan menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan Umno/BN yang disifatkan fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak Umno untuk menggugat Pakatan Rakyat.

Umno cukup kecewa dengan keputusan itu. Namun, kekecewaannya makin parah apabila menjelang senja, tarikh yang sama, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Nik Mat bertindak secara negarawan menarik balik kenyataannya yang mahukan Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan Ahli Parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Keputusan Majlis Pimpinan Pakatan pada tengahari itu, yang menolak kerajaan perpaduan ditegaskan lagi oleh Mursyidul Am PAS dengan persetujuan sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta.

Kesemuanya ini, adalah kejayaan besar PAS menangani isu dalaman yang membadai, pada tempoh yang singkat dengan semangat ukhwah seperti yang diajar oleh Islam. Hasil perbincangan dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di Pejabat Agung PAS itu, satu keputusan nekad diambil bagi meredakan fitnah yang membara dilancarkan oleh Umno untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

Dengan semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan beberapa isu politik semasa, seperti yang ditangguk oleh media perdana, pertemuan 10 pemimpin utama PAS itu akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

Mereka kembali bertaut, mengerat ukhwah bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

Keinginan Umno untuk melihat Tok Guru Nik Abdul Aziz "berperang" dengan Ustaz Nasharuddin Mat Isa berjaya ditepis melalui pertemuan singkat dan penuh makna ini. Selaku Mursyidul Am PAS, beliau menarik balik segala kenyataannya terhadap Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Bachok dengan satu ikatan, ianya (gesaan keluar PAS dan letak jawatan Ahli Parlimen Bachok) tidak berbangkit lagi.

Sebelum ini, media massa kuasaan Umno mengambil kesempatan memperbesar-besarkan isu ini, dengan beberapa usaha menerbitkan semula keratan-keratan akhbar lama yang mereka simpan, bertujuan menjadikan ianya senjata menyerang kembali PAS.

Walaupun, kebanyakkan pemimpin Umno menyahut secara terbuka kesediaan mereka berjumpa untuk memperkatakan isu kerajaan perpaduan ini tetapi, hakikatnya mereka semuanya belum boleh dikatakan bersetuju untuk memulakannya. Ini terbukti, respons Najib Tun Razak apabila Pakatan Rakyat menolak agenda kerajaan perpaduan ini.

Kini, Manek Urai menjadi bebanan Umno. Isu kerajaan perpaduan sudah tidak boleh lagangkan lagi. Jika dulu, media massa kuasaan Umno akan dijadikan ‘senjata’ untuk memerangkap pemikiran pengundi kini, ia sudah tidak mungkin berlaku.

Malahan, mereka yang membaca media itu sudah tidak menelan bulat-bulat apa yang mereka baca, sebaliknya sekadar dijadikan rutin harian, sebelum merujuk kepada sumber-sumber lain terutama media baru seperti internet, barangkali bahannya dihantar oleh anak-anak mereka.

Untuk membuktikan Umno kembali pulih, segala usaha dilakukan bagi memperlihat Pakatan Rakyat berpecah. Jika keadaan ini tidak dieksploitasi, seolah-olah Umno seperti sudah tidak wujud lagi di maya pada ini.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MAKA BERGEMBIRALAH SYAITAN dan IBLIS MENDENGAR KEPUTUSAN INI.

MAKA
DIMANAKAH SYIAR ISLAM SEBAGAI KUASA PENYELAMAT UMAT MANUSIA.

Atuk Banjar Masin berkata...

Orang melayu/Islam harus sedar PAS bukan lagi parti yang memperjuangkan Islam.

Perjuangan PAS hari ini se mata2 untuk berkuasa. Nik Aziz, Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang semuanya ber cita2 untuk ke Putera Jaya.

Perjuangan Islam dalam PAS sudah terkubur apabila PAS sanggup bersengkokol dengan DAP.

DAP serpihan dari PAP yang memerintah Singapura sekarang. Prinsif parti itu ialah menyamaratakan semua kaum dan bangsa.

Tetapi lihat sekarang, apa dah jadi kepada melayu Singapura, melayu Singapura sudah kehilangan kuasa politiknya secara total.

Tanpa Nama berkata...

Kuat gilanya Tok Gajah jelmaan syaitan ini. Tiada kaitan langsung. Kalu berhujah guna telinga gajah besar batang nibung pun, tak zahirkan diri, siapa peduli.

Kamu berselindung untuk menuduh, mencerca, mengadu-domba. Sedap jari kamu menaip bait-bait perkataan dan huruf.

INGAT! Allah melihat apa yang kamu buat sekalipun pengunjung blog ini tidak tahu kamu, tidak kenal kamu. Allah Maha Besar, Allah Maha Kaya, Allah Maha Mengetahui.

Mamat Kerdil

serupasekala berkata...

UNTUK SANTAPAN JIWA DAN MUHASABAH DIRI KISAH BENAR SILA LAWATI
http://serupasekala.blogspot.com UNTUK DOWNLOAD CERAMAH USTAZ ABU BAKAR BIN ABD AZIZ DARIPADA JOHOR BERTAJUK KONTROVERSI MAYAT BERULAT.

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 berkata...

kalian kata Umno itu parti suci, penuh dengan tatasusila dan adab-adab melayu, menghormati melayu, memperjuangkan melayu, tetapi bila kalian tengok video yang kami sertakan ini, nescaya tanggapan mulia kalian kepada Umno pasti akan berubah seratus peratus..

sila copy & paste/click url ini:

http://pemudakemehe1.blogspot.com/2009/06/siri-iii-cara-orang-umno-layan-ahli-pas.html

sungguh hina Umno melayan orang PAS bukan?

dari:
Pemuda PAS Kemahang 1
www.pemudakemehe1.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Dalam cerita UG, kita pandang adalah fitnah umno/bn....tetapi selain itu juga bagaimana berpunca dari dalam...kita tak kaji...TGHA menjadi mangsa.....sebenarnya idea ini bukan dari TGHA.....2 orang yg berperanan bersungguh2 iaitu Ustaz Nasha dan Mustapha Ali....kejap cakap A, kejap cakap B....kejap cakap C....akhirnya yang menjadi mangsa TGHA dan TGNAA

Kalau kita cakap itu strategi pemimpin...lain kali kita bincang....tapi sekarang kita tak sedar 2 orang nie.....adakah di "plan"kan utk menggodam PAS dari dalam? mungkin tak benar...tapi kita check.....Dan saya menyokong kedua TGHA dan TGNAA ...kerana mereka berdua dapat menyelamatkan keadaan...

Kenapa Ustaz Nasha di plan utk melawan keluar Ustaz Hassan Shukri....bukankah Ustaz Hassan Shukri juga Ulama? kenapa perlu berlawan sesama ulama..kalau masa tu Ustaz Hassan masih mampu dan waras...jadi digunakan hal Kohilal utk menjatuhkan dia...kenapa pula Ustaz Harun Taib berlawan utk ganti Timbalan Presiden sessi 2007, kenapa ulama perlu berlawan dengan ulama lagi....dan kenapa kali ini pula Husam dan Mohamad Sabu bertanding untuk berlawan dengan Ustaz Nasha?

Sejak bila TV3, Utusan Malaysia berminat dan membela serta memberi ruang kepada Ustaz Nasha nie.....kita kata kita tak percaya dan boikot kedua media tu?

Tapi duri dalam daging sebenar...kita kena siasat...bukan untuk memecah belahkan parti atau ahli2 kita....sebab kita bercakap kerana kita sayangkan parti kita....adakah betul ada atau tidak?....kenapa Ustaz Nasha sekarang hilang....dah berapa hari tak datang parlimen? Dia ke mana? hanya muncul dalam sessi jumpa TGNAA masa tarik balik dakwaan hari tu.....lepas tu hilang, mesyuarat AJK Pas Pusat pun tak hadir.....kenapa takut? kalau berani kerana benar...muncullah....segala apa yg berlaku tak perlu takut sebab dia benar....berhujah lah dengan kenyataan kebenaran....kalau TGNAA salah (sebab ada orang kata TGNAA dah nyanyok macam penghujung hayat Imam Bukhari).....

Dan kenapa pula setiausaha akhbar TGHA dipecat? mana pergi Roslan SMS....apa kaitan mereka berdua.....? Kenapa Roslan SMS dikeluarkan dari YDP Kelana Jaya oleh ahli2 di kawasan itu?

Dalam kemenangan PR2008 dan PRK akhir2 ini kita dimenangkan oleh ALLAH dengan cara ALLAH mengubahkan hati2 Cina dan India kepada menyatakan sokongan kepada kita...(tak kiralah kalau ini strategik politik mereka) tetapi boleh ke jadi kalau bukan kuasa ALLAH untuk mengubah hati2 mereka? dan sekarang nie hati mereka mula kendur kepada kita, kita tak dapat nafikan....pergilah buat study dan tanya kepada Cina dan India satu Malaysia....mereka udah mula "cuak" dengan PAS...."hati mereka terluka dan kepercayaan mula kurang" atas cerita UG ini....

Adakah ini kita katakan kesilapan strategik kepimpinan (Ustaz Nasha atau Mustapha Ali) yang ahli tak faham apa maksud sebenar UG ini.....atau ianya di "plan" kan oleh orang luar yang lebih pandai ber "strategik" untuk memporak-perandakan PAS?

Strategik apa yg digunakan? kerja amal jamaei apa yg dia ikut.....?Tarbiyah marhalah takrif dan takwin mana yg dia guna....kerana dia .....PAS telah porak peranda sekejap.....?

Kalau betul kesilapan Ustaz Nasha....dia kena dan wajib untuk letak jawatan.....demi memulihkan imej PAS dan meredakan kekalutan serta pandangan serong kepada PAS....dia boleh jadi ahli biasa....pulihkan imej dirinya dulu baru nanti dia naik semula....

Wallahu A'lam

Semuga kita menjadi orang yg berfikrah dan beramal......

Kemaafan dipohonkan pada semua..yang tersentuh dan terguris....

Salam Perjuangan Demi Memartabatkan Islam

Allahu Akbar, Allhu Akbar, Allahu Akbar

Tanpa Nama berkata...

YANG ANA BIMBANG USTAZ NASA AKAN JEJAKI USTAZ NAKHAEI DALAM MASA TERDEKAT NI?

DIA SUDAH DITAWARKAN SEBAGAI PENGERUSI FELDA GANTI TEMPAT YUSUF NOOR OLEH NAJIB.

SUDAH LIMA KALI NASA DAN HARON DIN BERBINCANG DGN NAJIB. TGHH JADI MANGSA UG SAJA. ITU BUKAN SEBENARNYA. SEBENARNYA, MEREKA YG NAK JAWATAN MASUK BN TU.

TENGOKLAH NANTI. NASAPUN TAK DATANG PARLIMEN. DAN TAK AKAN DATANG SAMPAI TAMAT PARLIMEN 2 JULAI DEPAN.

HATI-HATI....

PENGHUNI LORONG HJ TAIB
KUALA LUMPUR

Khalifah Allah berkata...

Idea kerajaan perpaduan datang dari presiden PAS dan di sokong kuat oleh naib-nya. Ia juga secara tidak langsung disokong kuat oleh perwakilan2 PAS yang mewakili ahli2 PAS, terbuktinya dengan kemenangan mereka di pemilihan PAS yang lepas.

So jangan kita cuba bermain madah dengan memutar belitkan kenyataan. Hakikatnya kebanyakkan penyokong PAS & UMNO mahukan perpaduan. Tetapi segelintir anjing bangsat dalam PR ni lah yang merosakkan agama, bangsa dan negara.

Tanpa Nama berkata...

to khalifah allah:

mengundi mereka hingga mereka menjadi pemimpin di jawatan sekarang bukan bermakna ahli-ahli pas sokong kerajaan perpaduan.

tiada disebut dalam muktamar tentang kerajaan perpaduan. baca ucapan dasar semula.

yang sebut TGHA jer dalam sidang media. itu yang meletup.

tak kena tuduhan itu. sdra kata: "Ia juga secara tidak langsung disokong kuat oleh perwakilan2 PAS yang mewakili ahli2 PAS, terbuktinya dengan kemenangan mereka di pemilihan PAS yang lepas."

kalau isu kerajaan perpaduan dibincangkan dalam jk pusat, atau majlis syura atau lajnah politik barulah boleh kata secara tka langsung ahli terlibat.

mengapa anda begitu kecewa kjaan perpaduan tak jadi lihat isi hati anda yang melampau itu: "So jangan kita cuba bermain madah dengan memutar belitkan kenyataan. Hakikatnya kebanyakkan penyokong PAS & UMNO mahukan perpaduan. Tetapi segelintir anjing bangsat dalam PR ni lah yang merosakkan agama, bangsa dan negara."

suara Nik Aziz adalah majoriti dalam pas untuk tolak kjaan perpaduan. jika rasa ada peimpin atas sana yg genius, pintar, kuat dan gagah, sila hidupkan semula agenda ini.

insyaalah kami ahli-ahli bawah, akar umbi akan "cantas" kamu dan kebumikan terus.

biar pas bersih dari anasir boneka umno. kalau nak umno, masuk umno tiada siapa yg marah. silakan.

mohd rauf yusof
larkin, johor dt

Abdullah Ngah berkata...

Ketua penerangan PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad berkata kerajaan perpaduan TKO. Bermakna tidak mati boleh hidup semula bila bila masa sahaja.Lain jika KO yang pasti tidak akan berbangkit semula.