KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Jun 09, 2009

DAP persoal bagaimana parti itu dibabitkan sebagai setuju dengan konsep Kerajaan Perpaduan?


PULAU PINANG: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta PAS memberi penjelasan kepada rakan dalam gabungan pembangkang berhubung cadangan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, penjelasan itu penting kerana DAP tidak pernah dimaklumkan atau bersetuju dengan penubuhan kerajaan perpaduan yang antaranya memerlukan kerjasama dengan Umno.

"PAS kena beri penjelasan berhubung perkara itu dan setahu saya ia tidak pernah dipersetujui, malah PAS tidak pernah membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi yang lepas.

"Apa kerajaan perpaduan yang PAS maksudkan? Sehubungan itu, mereka kena jawab dalam mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi akan datang," katanya kepada pemberita selepas majlis mengangkat sumpah jawatan Yang Dipertua MPPP yang baru, Tan Cheng Chui di sini.

Katanya, mesyuarat itu dijangka diadakan dalam masa terdekat iaitu semasa persidangan Parlimen yang akan bermula minggu depan. Abdul Hadi ketika merasmikan Muktamar PAS Ke55 minggu lalu menggesa supaya kerajaan perpaduan dibentuk bagi menyelesaikan masalah dalam negara secara menyeluruh.

Bagaimanapun, saranannya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan itu bukan saja dipertikaikan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), malahan bekas pemimpin kanan parti itu sendiri.

Tiada ulasan: