KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Jun 18, 2009

Bolehkah dipercayai pujian Lee Kuan Yew kepada Kelantan itu ikhlas?

KUALA LUMPUR: Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew diharap ikhlas dalam melahirkan pandangannya tentang pemerintahan telus PAS di Kelantan yang kini sudah berjalan 18 tahun dan perbandingannya dengan wajah Barisan Nasional (BN) yang diselaputi korupsi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman menegaskan kesediaan Lee Kuan Yew bertemu dengan kepimpinan PAS membuka satu era politik baru Malaysia yang tidak harus dipandang ringan memandangkan selama ini beliau tidak pernah bersangka baik dengan PAS.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Johor berpendapat, jika kerjasama dapat dijalinkan seterusnya, Kuan Yew mesti bersikap jujur dengan negara jiran serta menangani beberapa isu yang tertunggak secara adil.

"Sikap angkuh yang ditunjukkan Kuan Yew laksana Israel di Asia mesti dihentikan. Protes Singapura terhadap pembinaan Jambatan Bengkok menggantikan Tambak Johor yang sesak wajar dihentikan.

"Kami mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Najib mendahulukan perbincangan untuk meneruskan pembinaan Jambatan Bengkok yang sangat mendesak ketika ini dengan Singapura daripada isu jambatan ketiga yang diuar-uar dari Pengerang ke Singapura," katanya.

Dalam pada itu, Mazlan mahu hubungan dua hala Malaysia-Singapura yang berat sebelah diperbaiki walaupun perasaan rakyat Malaysia terguris dengan isu Pulau Batu Putih dan Iskandar Malaysia yang tidak akan padam sampai bila-bila.

Sehubungan itu katanya, sungguhpun beliau mengalukan pertemuan bersejarah Lee Kuan Yew dengan pimpinan PAS, PAS Johor khususnya sentiasa berwaspada dengan agenda tersirat mantan Perdana Menteri Singapura itu.

1 ulasan:

Abdullah Ngah berkata...

Allah larang percaya kepada mujrimun. Pertama mereka adalah musuhNya yang nyata.

Kalau kita percaya dengan mujrimun, akan terjadi macam Palestin yang buat perjanjian Oslo ke.

Ia juga akan terjadi macam Turki yang percaya kepada Mustafa Kamal Alttatuk di lantik sebagai duta di Prancis.

Percaya punya percaya akhir Turki Jatuh ketangan mujrimun hingga ke hari ini.

Macam juga dengan Singapura yang percaya dengan Lee Kuan Y.

Bukan setakat percaya malah ada yang memuji Lee baik pandai baca jawi. Akhir Singapura jatuh ke tangan mujrimun.

Samalah juga dengan orang kita yang percaya dengan ketua menteri Pulau Pinang yang mahu ikut Umar Abdul Aziz.

Bukan setakat itu sahaja malah ada yang ucap "alhamdulillah" atas sebab mujrimun mahu ikut Umar Abdul Aziz.

Inilah akibat kita percaya dengan mujrimun yang dilarang oleh Allah.

Kita juga kena ingat bahawa umat Islam terbahagi kepada 73 puak. Oleh itu tidak hairanlah jika ada yang kata Allah tidak larang percaya kepada mujrimun.

Ada juga ulamak yang kata begitu, tetapi ingat, akan kata kata Rasulullah SAW bahawa ulamak itu terbahagi kepada dua. Satu, yang baik dan satu yang jahat.

Apatah lagi dengan orang bukan ulamak yang apabila bercakap dan bertindak menggunakan hawa nafsu yang dilarang oleh Allah.

Umar RA pernah berkata suatu hari nanti ulamak juga turut menggunakan hawa nafsu.Ingat.