KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Jun 08, 2009

PAS kemukakan gagasan politik Islam pimpin perubahan


SHAH ALAM: Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu bersedia menawar diri untuk memimpin perubahan dan memikul amanah kepimpinan negara selepas pilihan raya umum ke-13.

Sambil menekankan ucapan dasarnya bertemakan "Islam Memimpin Perubahan", Ustaz Hadi berkata, PAS terus-menerus komited untuk mendefinisi dan mentakrif perubahan yang akan berlaku berdasarkan kerangka rujukan Islam bersifat universal.

"Berdasarkan kepada latar belakang politik yang kelam-kabut dan iklim dunia yang semakin parah suasana geopolitiknya pada waktu ini, maka marilah kita sama-sama mengorak langkah untuk terus mara dengan memimpin rakyat dan negara ke arah perubahan hakiki menerusi tema muktamar kali ini iaitu 'Islam Memimpin Perubahan'.

"Kita memimpin untuk merubah masyarakat yang menyanjung tinggi materialistik dan semakin rosak ini kepada ma'aruf. Kita bukan sahaja mencegah kemungkaran, tetapi juga menyokong perubahan ke arah kesejahteraan rakyat dan kekuatan Islam," katanya pada Muktamar Tahunan PAS Ke-55 selama tiga hari yang bermula 5 Jun.

Ustaz Hadi menambah, PAS ingin memimpin perubahan dengan membawa satu gagasan politik Islam yang akan menyatukan kaum di negara ini dengan keadilan sejagat.

Dalam pada itu, beliau menggariskan enam strategi, antara lain mahu menampilkan satu imej dan citra sebagai parti Islam yang sentiasa bersedia untuk berdepan dengan apa jua cabaran semasa dan mendatang.

Beliau berkata, PAS perlu menampilkan satu pendekatan imej yang bersifat 'usuliy' dari segi prinsip-prinsip perjuangan, 'mu’asirah' dari segi kepimpinan dan organisasi-jentera, 'istiqbaliy' dari segi persiapan dan kesediaan untuk menggempur senario perjuangan masa depan.

Selain itu, beliau yang menerajui PAS sejak 2002 berkata, beliau mahu semua peringkat ahli parti memperkukuhkan ukhuwwah, mahabbah dan persaudaraan dalam saf jemaah khususnya di peringkat kepimpinan serta aktivis parti sehingga ke seluruh akar umbi.

"Arahan ini juga termasuk memperkukuhkan Kelab Penyokong PAS sehingga kebersamaan mereka dalam perjuangan PAS dapat terus diperkasakan," katanya.

Malah, Ahli Parlimen Marang itu berkata, pihaknya ingin memimpin perubahan dalam negara ini dengan Islam.

"Semua petugas parti perlulah mencari formula dan ruang yang ada untuk menonjolkan kepimpinan Islam dalam segenap segi kehidupan dengan cara yang penuh hikmah dalam menangani harapan rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya serta terus kekal dengan iltizam disiplin yang tinggi supaya tidak goyah oleh perancangan jahat musuh," kata beliau.

Tiga strategi lain yang diketengahkan Presiden PAS itu ialah:

i. Melaksanakan mesej dakwah secara muwajahah silmiyyah, dengan bersedia berdialog, bermuzakarah dan berdebat dengan sesiapa sahaja demi merealisasikan tema Islam Memimpin Perubahan.

ii. Terus-menerus memperkasakan parti dan mempersiapkan kepimpinan PAS bagi menangani cabaran persaingan yang semakin sengit dari segi tuntutan intelektual dan mendepani permasalahan negara dalam konteks global. Para pimpinan ulama PAS juga perlu berani berijtihad bagi menangani polemik-polemik baru dalam urusan perundangan dan kancah politik yang serba mencabar ini.

iii. Mengeratkan persefahaman dan keserasian setiakawan dan kelancaran bekerja di semua peringkat dalam Pakatan Rakyat sehingga benar-benar dapat menyerlahkan kredibiliti dan perpaduan Pakatan Rakyat khususnya di semua negeri-negeri yang kita tadbir bagi bersiap sedia untuk menempah kejayaan yang lebih besar dalam pilihan rata umum ke-13.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya satu keluarga sebagai pas akar umbi memang keciwa dgn ustaz nasha dipilih sebagai timbalan presiden,tak nampak pun apa yang dia buat,cuma ingat masa dia datang kajang dgn mercedesnya,dah lah lambat tak dak tokoh pemimpin,tapi ini memang betul,saya bimbang pas akan merudum jika ustaz nasha kat atas,saya surirumah sepenuh masa yang guna tel secara pakej bertukar2 fikiran dgn sahabat2 dan kami sepakat tak ngundi pru akan datang,jadi tolong dengar rintihan kecewa kami,kalau pas tak buat sesuatu pasti kami boikot pru nanti.maaf tak reti nak susun ayat.tapi betul2 geram,sebab banyak sangat perkara tentang ustaz nasha yang tak sedap di dengar.bukan kami terpengaruh dgn cerita tapi kami alami sendiri masa perjumpaan raya.

Tanpa Nama berkata...

SALAM, kepada semua golongan terutamannya ulama muda dalam PAS, agar berhati2 dalam memberikan pandangan dengan menggunakan NAS agar ianya tepat dan jelas mengikut sifat dan asbabnya agar tidak terkurang dan tersasar natijahnya.. ingatlah teguran T Murshidur PAS, dan harap dapat mengemukankan MAAF kepada pimpinan dan perwakilan..

alhusseyn berkata...

Apasal Presiden tidak ambil kesempatan dlm ucaptama menjelaskan ttg Kerajaan Perpaduan supaya dpt memberi peluang kpd perwakilan membahaskannya.Kini isu Kerajaan Perpaduan terus menghantui ahli-ahli peringkat grassroot dan rakan-rakan Pakatan Rakyat terus memerhati langkah kita dengan kesangsian.

yes berkata...

Memang geram dengan tindak tanduk Nasha dan Hj Hadi. Perak sedang huru hara, mereka pula mahu bercakap dengan UMNO.

Macam mana saya nak percaya dengan mereka berdua yang pernah berbincang dalam gelap dengan pak Lah dulu.

Kepada pemimpin Pas yang lain, harap ambil perhatian agar mereka berdua ini tidak meneruskan hajat mereka kalau tidak tentu ramai ahli akar umbi akan meninggalkan Pas.

Kalu pemimpin boleh berkempen kami yang di bawah juga mampu berkempen dengan cara kami sendiri. Jangan perkecilkan suara kami. Cuma pada masa ini kami menaruh harapan pada ramai lagi pemimpin yang di atas bergiat untuk menyokong pendapat Tok Guru Nik Aziz dan cuba mengubah pemikiran dua ........ UMNO ini.

Kalau mereka rasa tak sesuai lagi nak menentang UMNO tinggalkan saja Pas. Rasa nya Najib akan bagi tempat dalam kabinetnya pada dua .... ni. Jangan gunakan platform Pas untuk keuntungan sendiri.

Sebal berkata...

Salam, good bye-bye lah utk PAS bila PAS bergabung and bersama dgn umno walaupun dgn apa hujah pun..dlm hal ni.,, gue ikut TGNA..lah..walaupun dari segi teori..UG ok..tapi dari segi applycationnye..nanti UMNO yang contraol sebab..apa..sebab ...GOV workers and yang berkaitan dgn nye..penyokong UMNO...nanti bila dah kuat dia akan tendang PAS and mana-mana parti yang bersama dlm UG..gue ingat kajian HUSAM,,berkenaan UG ni..hanya 3 gOV aje..Africa Selatan..dah berkecai pu..Indonesia,,PARTI ISLAM seperti PKS..merosot undi dia pada pilihanrauya yang lalu sebab maybe UG dgn Demokrat..dlm hal ni..gue berburuk sangkalah dgn pimpinan PAS sebab depa bukan maksumm,,ni dia senarai kabinet UG

PM - NR
TPM 1 - HH
TPM 2 MY
TPM 3 NSMI

Menteri--bravo..bravo..semua bolih buat rmh besar, kete besar,, business besar..ops tu sampai takat pilihanraya 13/// mula PH 13...semua PAS and uMNO tanding sendiri..makanye..PAS kalah teruk..yang tinggal hanya..kelantan.dgn kelebihan simple mmajoti 1 kursi..

Kesian PAS dgn perjuangan ISLAM nye TAPI salah d perkiraan POLITIK dari pimpinannye..PAS terpaksa,,merangka-rangka semula dgn new leader??..so tunggu 20 tahun lagi utk tumbangkan umno..tu klo dpat..lepas ni..gue mau start new schedule usrah utk anak-anak gue..go to NGO dakwah only..not to PAS..maybe say no to PAS and UMNO..go for business and dakwah..only and jagalah diri sendiri and keluarga dari d sambar api neraka...kerana gue udah jadi ahli atas pagar...gue terkeluar dari kepatuhan kepada RAIS..gue patuh pada apa yang islam saran and suruh aje...patuh pada rais bila kita jadi ahlinye aje..kena joint para habib-habib ajelah nampaknye..sebab..habib ni citer dakwah and ilmu aje..no politik..sebab islam datang ke sini pun dgn dakwah,,,bukan dgn politik...and yang bawapun para habib-habi dari hadramaut..

yem sungkai berkata...

saya sedih, setelah perak dipermainkan oleh umno haji hadi boleh berkata untuk bekerjasama dengan umno. mungkin dia sama merancang kejatuhan pr diperak. hj hadi puntak pernah nampak memberi sokongan moral kepada ir nizar terutamanya d mahkamah,

Mohamad Shafri Shamsudin berkata...

Apa kamu semua merepek ni. Bila pula TGH Abdul Hadi dan Ust Nasha nak bawa PAS bergabung dengan UMNO. Janganlah kita menjadi duri dalam daging. TIDAK TIMBUL LANGSUNG PAS AKAN SERTAI UMNO. UG adalah idea TGH Abdul Hadi yang dilontarkan kepada ahli PAS. Yang telibat dalam Kerajaan PERPADUAN INI ADALAH UMNO, PKR, DAP, PAS dan MP bebas. Itu pun jika mereka bersetuju. Idea yang dilontarkan ini adalah untuk rakyat. Semua ahli MP apabila didalam dewan akan bertindak menjadi wakil kepada rakyat dan bukan lagi parti yang mereka wakili. Segala perbincangan adalah untuk kesejahteraan rakyat . Boleh membangkang tanpa terikat dengan parti. JADI BILA PULAK PAS AKAN SERTAI UMNO. JANGAN DENGAR FITNAH DARI PUAK YANG TIDAK PUAS HATI DAN SENGAJA MEMUTAR BELITKAN TENTANG KERAJAAN PERPADUAN. Kita berjuang kerana ALLAH. Kalau berjuang kerana emosi kita akan sesat. Untuk menyampaikan dakwah kita mestilah membuka pintu rundingan dengan semua parti. Tanamkan sifat kasih sayang bukan membenci dan bermusuh antara satu sama lain. kalau kita tutup pintu macamana orang nak masuk dan bagaimana kita nak ajak mereka masuk rumah kita. Kita sepatutnya mengajak semua ahli parti yang lain masuk PAS dan memahami dasar perjuangan PAS. KEPADA YANG KALAH TERIMA LAH KEKALAHAN DENGAN HATI YANG TERBUKA. BERSATULAH KITA. BUKAN ASYIK NAK BERTEKAK SESAMA SENDIRI. BANYAK KERJA LAIN YANG BELUM BERES DILUAR SANA. TGH Abdul HAdi dan ust Nasha tidak ada kuasa membolehkan PAS sertai Umno. Itu kita kena faham. Setiap keputusan diawasi oleh Majlis Syura. Jadi sesiapa yang mengatakan ust Nasha akan bawa PAS kedalam Umno adalah satu fitnah yang jahat.

Mohamad Shafri Shamsudin berkata...

Apa kamu semua merepek ni. Bila pula TGH Abdul Hadi dan Ust Nasha nak bawa PAS bergabung dengan UMNO. Janganlah kita menjadi duri dalam daging. TIDAK TIMBUL LANGSUNG PAS AKAN SERTAI UMNO. UG adalah idea TGH Abdul Hadi yang dilontarkan kepada ahli PAS. Yang telibat dalam Kerajaan PERPADUAN INI ADALAH UMNO, PKR, DAP, PAS dan MP bebas. Itu pun jika mereka bersetuju. Idea yang dilontarkan ini adalah untuk rakyat. Semua ahli MP apabila didalam dewan akan bertindak menjadi wakil kepada rakyat dan bukan lagi parti yang mereka wakili. Segala perbincangan adalah untuk kesejahteraan rakyat . Boleh membangkang tanpa terikat dengan parti. JADI BILA PULAK PAS AKAN SERTAI UMNO. JANGAN DENGAR FITNAH DARI PUAK YANG TIDAK PUAS HATI DAN SENGAJA MEMUTAR BELITKAN TENTANG KERAJAAN PERPADUAN. Kita berjuang kerana ALLAH. Kalau berjuang kerana emosi kita akan sesat. Untuk menyampaikan dakwah kita mestilah membuka pintu rundingan dengan semua parti. Tanamkan sifat kasih sayang bukan membenci dan bermusuh antara satu sama lain. kalau kita tutup pintu macamana orang nak masuk dan bagaimana kita nak ajak mereka masuk rumah kita. Kita sepatutnya mengajak semua ahli parti yang lain masuk PAS dan memahami dasar perjuangan PAS. KEPADA YANG KALAH TERIMA LAH KEKALAHAN DENGAN HATI YANG TERBUKA. BERSATULAH KITA. BUKAN ASYIK NAK BERTEKAK SESAMA SENDIRI. BANYAK KERJA LAIN YANG BELUM BERES DILUAR SANA. TGH Abdul HAdi dan ust Nasha tidak ada kuasa membolehkan PAS sertai Umno. Itu kita kena faham. Setiap keputusan diawasi oleh Majlis Syura. Jadi sesiapa yang mengatakan ust Nasha akan bawa PAS kedalam Umno adalah satu fitnah yang jahat.