KUALA LUMPUR: Muktamar Tahunan PAS ke 55 baru berakhir. Kenikmatan berjamaah masih terasa. Bagaimana pertemuan para pejuang Islam disatukan sebentar dalam muktamar indah bagi yang tidak pernah menjadi matlamat menyertai PAS.
Kini saya bermunajat sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Saidina Umar "Ya Allah, Engkau telah bebankan aku dengan bebanan yang berat di dunia, maka ringankanlah bebananku di akhirat".
Muktamar telah berlalu, kepimpinan telah dipilih. Marilah kita menyatukan saf perjuangan bagi menghadapi musuh kita yang satu. Muktamar bagi menyatakan pandangan dan kritikan, telah kita lalui.
Penjelasan dari pimpinan telah pun di buat, ada yang berpuas hati dan mungkin ada yang belum berpuas hati dengan jawapan; bahkan pemilihan pun mungkin ada yang sedih dan ada yang gembira.
Terkadang penyokong lebih bersedih daripada yang bertanding. Namun Islam mengajar kita agar menerima keputusan dengan dada yang terbuka. Jamaah telah buat keputusan. Rasulullah bersabda "Umatku tidak akan sepakat dalam perkara kesalahan" dan "Pertolongan Allah akan datang dengan jamaah".
Selepas muktamar, media masih memainkan isu yang dijangka boleh memecahkan PAS. Kita harus faham sepak terajang media musuh ini. Adalah malang kalau kita yang tahu itu media musuh, tetapi masih percaya kepada berita yang disebarkan oleh musuh.
Seluruh ahli dan pimpinan PAS mesti menjadikan Harakah sebagai media rasmi parti. Sebarang isu yang berbangkit, mestilah dirujuk kepada kenyataan rasmi pimpinan dalam Harakah. Agar kita tidak terjerumus dalam perangkap yang dimainkan oleh musuh.
Kita punya tanggungjawab sebagai gerakan dakwah bagi menyelamatkan rakyat dari kemurkaan Allah. Ruang dakwah menyebabkan kita mesti menarik mereka kepada Islam. Kita tidak seharusnya menutupi ruang dakwah ini.
Kita mempunyai penyokong yang berjuta orang, tetapi sebahagian mereka hanya menjadi pemerhati kepada perjuangan. Kita mesti menarik mereka, agar bersama dalam perjuangan Islam. Kita juga mesti membetulkan sistem yang berjalan dalam negara.
Umno mampu mempertahankan kejayaan kerana sistem yang tidak betul ini wujud. Kita berusaha ke arah tersebut. Namun saya tegaskan bahawa kita tidak akan biarkan jamaah PAS ini menjadi kuda tunggangan Umno/BN. Kita punyai masa depan gemilang dalam Pakatan Rakyat. Kita diterima oleh bukan Islam untuk bersama dengan PAS bukan parti lain.
Ini keyakinan yang perlu kita bina. Kita mestilah mampu mengambil alih kepimpinan Melayu dari Umno dan membawa mereka kepada landasan Islam. Perjuangan kita bukan sekadar menyelamatkan mereka di dunia, tetapi lebih jauh nasib mereka di akhirat; bilamana mereka bertahun-tahun meredai kemungkaran tajaan Umno/BN samada secara sedar atau tidak.
Negara dipimpin oleh pimpinan yang korup. Kita perlu menggantikan dengan kepimpinan yang soleh dan bertaqwa. Yakinlah para pimpinan mengenali siapa Umno lebih dari kita. Pimpinan kita menyedari tipu helah Umno dalam perjuangan mereka yang lama dari kita. Adalah malang seandainya ahli merasa ragu-ragu dengan Presiden dan Timbalan Presiden.
Semua dasar parti di kawal oleh syura dan semua perkara pokok akan diputus dalam Mesyuarat Jawatan Kuasa Pusat. Andai ada yang cuba membawa jamaah ke arah bertentangan, yakinlah mereka tidak akan dapat bertahan lama dalam jamaah, samada jamaah akan meyingkirkannya atau Allah akan mengeluarkan mereka dari jamaah ini - insyaAllah.
Berilah keyakinan dan wala’ pada pimpinan dan awasilah perangkap musuh yang ada di keliling kita. Dan jangan kita menjadi juru cakap musuh dalam jamaah bagi melihat berpecahnya jamaah ini.
Tingkatkanlah hubungan dengan Allah, jadilah sirah Rasulullah s.a.w sebagai asas dalam perjuangan ini. Dan bersabarlah di atas perbezaan pandangan, dan hargailah pandangan yang berbeza yang lahir dari hati yang ikhlas. Rapatilah saf perjuangan, dan gunalah sedikit masa tengah malam dan awal pagi untuk memohon kekuatan dari Allah.
Oleh DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Naib Presiden PAS / Pesuruhajaya PAS Pahang
19 ulasan:
Saya memahami wala' kepada pemimpin, yang saya tidak faham adalah kenapa Presiden dan timbalannya tidak wala' kepada mursyidul Am. Adakah di dalam parti Pas Presiden dan Timbalannya lebih tinggi jawatannya daripada Mursyidul Am ?. Jika terdapat perbezaan pendapat seleseikanlah dengan cara bermukarah, tidak sepatutnya Presiden dan Timbalannya mengeluarkan kenyataan yang boleh meluaskan lagi jurang perbezaannya.
Propaganda yang media mainkan adalah disebabkan kenyataan daripada Presiden dan Timbalan Presiden sendiri, jadi punca sebenar perpecahan adalah disebabkan kedua tokoh penting ini. Kedua tokoh ini jugalah perperanan samada ingin menyatupadukan atau memecahbelahkan parti. Bagi saya cukup tidak beradab Ustz Nasa yang mewakili Ahli Parlimen Negeri Kelantan secara terang-terangan menentag pandangan Tuan Guru Nik Abd Aziz (TGNA) yang menjadi ketua kerajaan bagi Negeri Kelantan. Selain itu TGNA juga adalah Mursyidul Am yang mana jawatannya adalah yang tertinggi di dalam organisasi Pas mengatasi jawatan Presiden mahupun Ustz Nasa sendiri sebagai Timbalan Presiden.
Tidak jadi masaalah nak rapatkan saf tetapi TGHH dan Nasya serta Mustaffa mesti buat keterangan yang perbincangan kerajaan perpaduan tidak sekali kali akan diadakan, kecuali jika ada EGM dan ahli ahli ( bukan perwakilan ) mengundi bersetuju dengan kerajaan perpaduan.
Jika trio ini teringin sangat nak berganding dengan UMNO mereka bolehlah keluar dari PAS dan join UMNO. Itu hak mereka, tetapi jangan gunakan kedudukan dalam PAS untuk kepentingan peribadi.
Ust Nasa cakap berbelit belit dan juga biadap terhadap TGNA.
Malang sungguh bagi PAS memilih seorang yang berakhlak begini untuk jadi pemimpim mereka.
UMNO berjaya menyerlah kan PAS sebagai gergaji dua mata, tetapi sebenarnya bukan lah PAS yang gergaji dua mata tetapi hanyalah beberapa orang pemimpin mereka sahaja yang demikian
Kecewa, duka dan amat pedih luka yang dalam di guris oleh mereka yang bersama UMNO secara gelap membincang apa jua isu di luar pengetahuan jemaah. Apa nak di malukan dengan dengan bertanyakan jemaah dahulu sebelum bersemuka dengan umno secara gelap atau terang. Mungkin telah dijangkakan jemaah akan menolak dan beranggapan jemaah tidak bijak atau sehebat pemimpin memahami UMNO. Kalau bagitu jangan pula memohon kepada jemaah agar jangan lagi menyebut atau membincangkan ug lagi. Jemaah adalah bebas mengatakan pandangan mereka terhadap UG pada sebilang masa selagi ianya menjadi penyebab penolakan pengundi dalam PRU 13.
Hеllο everуonе, іt's my first visit at this website, and post is really fruitful designed for me, keep up posting these types of content.
Feel free to surf my blog post - loans for bad credit
Hi there, You havе ԁоne an incredіblе job.
I'll definitely digg it and personally suggest to my friends. I'm confident thеy'll be benefited from this web site.
Review my site loans for bad credit
Thіs is my first time pay a viѕit at here and i am in fact
happy to read all at alonе place.
Check out my web blog 1 month loan
Have you еνer thоught аbout аddіng а little bit mогe thаn just youг aгticleѕ?
ӏ mеаn, ωhat уou sау іѕ
vаluablе аnԁ еνerуthing.
Nevertheless think about if yοu addеԁ sοme gгeat graphіcs or vidеоs to give yοur ρostѕ more, "pop"!
Your contеnt iѕ excellеnt but wіth іmаges and vidеo
clips, thіs ѕitе cοuld certаіnly be one of thе most beneficial іn its fіеld.
Тerrіfic blog!
Fеel free tо νіsit my blοg; diet
my webpage: diet
Good poѕt. Ι learn sοmething tοtally new аnd chаllenging on websiteѕ I stumbleupon еveгy ԁay.
It's always exciting to read through content from other authors and practice a little something from their web sites.
Also visit my web-site: payday loans
my web site > payday loans
Hello, the ωholе thing іs going perfeсtly
here anԁ ofсourѕe every one is shаring informаtiоn, thаt's in fact good, keep up writing.
Feel free to visit my blog post; short term loans
My page > short term loans
Your means οf explаining all in this pіеcе of writіng is aсtuаllу good, every one
be сaрablе of effortlessly understand it, Thankѕ a lot.
Look at my blog Property for Sale
My website - Property for Sale
Very nicе aгtіcle, totаlly
whаt I ωаs lοoking fοг.
my wеblog :: payday loans
Hello i am kavin, its my first occasion to commentіng anyplаce, when i read thiѕ artіclе
i thought i coulԁ alѕo make comment duе tο this
brilliant post.
mу webpаge: payday loans
Υοur style is sο unique in comparison to оther folκs I've read stuff from. Thanks for posting when you'ѵе got the opportunity, Guess ӏ'll just book mark this site.
Also visit my web-site ... Payday Loans
What i ԁo not realize is іf truth be told hоw you're no longer actually a lot more well-appreciated than you might be now. You're so іntelligent.
Үou гealize thus sіgnificantly in
terms of this mаtter, рroduceԁ mе in my opinion
belіeνe іt fгοm so many variеd
angles. Its like men and women don't seem to be involved except it's something to accomplish with
Girl gаga! Youг individual stuffѕ greаt.
At all timeѕ take care of іt up!
mу wеb site :: Same Day Payday Loans
I ѵіsited several web pages however the audio qualіty for audio
songs exiѕting at this website iѕ really excellent.
Αlso vіsit my blog; New Bingo Sites
Wow, fantastic blоg layοut! How long hаvе you been blogging for?
you maԁe blogging look easy. The overall lοok of уour sіte is fantaѕtiс,
aѕ well aѕ thе content!
Vіѕіt my page instant loans
Ahaа, itѕ nісe discussiοn on the topіc of this ρaragraρh
here at this ωeb sitе, I have гead all that, ѕo at thiѕ time me alsο сommеnting here.
Аlѕo visit my web sitе: quick loans
Catat Ulasan