KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Jun 18, 2009

Benarkah isu Kerajaan Perpaduan mainan media kuasaan Umno?


KUALA LUMPUR: Timbul satu kegilaan baru di kalangan pengamal media massa arus perdana sekarang. Mereka mengeksploitasi isu kerajaan perpaduan yang dicadangkan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abd Hadi Awang, dalam Muktamar ke 55 PAS baru-baru ini, ulas penulis prolifik IDRIS SAMAD.

Bagi mereka, inilah masanya yang boleh dikira cukup sesuai, jika PAS dapat berbaik-baik dengan Umno, ketika Umno hampir-hampir kehilangan kuasa, selepas keputusan PRU 12, Mac 2008.

Mereka yang mengendalikan media massa ini, sudah sampai ke satu tahap risau yang tidak boleh dibendung lagi. Sering lenanya di tengah malam, terganggu dek kehilangan kuasa Umno dan mereka akan mengendali akhbar sisipan sahaja ketika itu.

Seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, beliau bersikap terbuka dan mengucapkan terima kasih kepada cadangan Tuan Guru Abd Hadi, tetapi Najib sendiri mengakui tidak tahu apakah sebenarnya bentuk kerajaan perpaduan dan sedia dengan kesediaan PAS membuka pintu rundingan dengan Umno.

Ketika Najib masih belum tahu apa yang dimaksudkan Tuan Guru Abd Hadi, media massa arus perdana menyerang rakan-rakan Pakaran Rakyat, supaya mereka yang tidak memahaminya, jangan mengganggu ‘hasrat Tuan Guru Abdul Hadi itu’.

Kenapa hari ini media massa arus perdana beria-ia sangat menyokong idea dan gagasan Presiden PAS ke arah kerajaan perpaduan? Apakah mereka mahukan ianya terjadi bagi menyelamatkan Umno yang sudah tenat? Atau adakah kerana mereka membayangkan Umno akan dapat bernafas semula jika ‘idea ini berjaya dilaksanakan?’

Apabila DAP membantah, bukan sedikit dari kalangan anggota MT Umno yang menyerang DAP. Malahan, apabila ada cadangan dari anggota Pakatan Rakyat supaya PAS memikirkan semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat, media massa arus perdana akan menjadikan berita itu sebagai berita utama.

Apakah Umno terfikir untuk menjayakan hasrat ‘kerajaan perpaduan’ ini jika mereka masih kuat dan utuh? Adakah sesiapa dari kalangan Umno yang masih memperdulikan Muktamar Tahunan PAS jika mereka tidak menghadapi masalah dengan susutnya sokongan pengundi kepada BN dalam PRU 12 yang lalu?

Persoalan ini sengaja ditimbulkan kerana Umno selama ini yang dilihat terlalu angkuh. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri awal-awal melontarkan pandangannya tidak bersetuju dengan ‘cadangan’ satu parti sahaja di Malaysia.

Kenyataan Dr. Mahathir itu dibuat ekoran idea Presiden PAS ke arah ‘pembentukan’ kerajaan perpaduan.

Tidak hairanlah bila Dr. Mahathir berkata demikian kerana selama-lamnya, Dr. Mahathir yang pernah dipecat dari Umno suatu ketika dahulu, pernah menumpang di pentas PAS untuk berucap, merupakan salah seorang pemimpin Umno yang memang tidak pernah mahu berbaik-baik dengan PAS.

Itulah sebabnya, dalam era kepimpinannya selama 22 tahun, Dr. Mahathir didakwa memujuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai Umno kerana bimbang Anwar akan berbaik-baik dengan PAS, jika pun tidak menyertai PAS.

Dr. Mahathir dikatakan nampak, jika Pas mempunyai gandingan tokoh-tokoh yang hebat, PAS mampu menjadi saingan Umno dan Umno tidak ada pilihan lain, kecuali berbaik-baik dengan Pas untuk mengekalkan kuasa.

Hari ini, buat pertama kali, media massa arus perdana memberi ruang yang cukup luas kepada laporan muktamar sedangkan selama ini, semua kegiatan politik PAS tidak akan mendapat tempat dalam media ini kecuali, yang negatif.

Strategi untuk menyejuk hati pemimpin-pemimpin PAS ini cukup ketara baru-baru ini walaupun ada pemimpin-pemimpin tertentu dalam PAS, tetap menjadi sasaran media pro Umno, kerana mereka berpandangan, jika pemimpin-pemimpin tertentu menang, idea kerajaan perpaduan akan terbantut.

Pelbagai pihak, khususnya dari kalangan universiti disusun untuk bercakap peri pentingnya menjayakan kerajaan perpaduan itu.

Malahan, apa yang ada dalam pemikiran Presiden Pas, masing-masing belum mengetahuinya tetapi mereka menjadikan perbezaan pandangan antara Presiden PAS dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai berita besar.

Dalam masa yang sama, media massa ini mahu memberi gambaran bahawa pemikiran ‘baru’ Tuan Guru Abdul Hadi memang tidak dapat diterima oleh ‘pemikiran’ orang lama Tuan Guru Nik Aziz. Jesteru mereka memperbesar-besarkan ‘perbezaan’ ini dengan menyokong Presiden dan menentang Muursyidul Am.

Namun, media massa arus perdana kini bukanlah media massa yang boleh lagi berbuat sesuka hati, dengan hasrat mahu mengelirukan rakyat. Rakyat sudah mula menilai kandungan berita mereka. Mereka membaca tetapi untuk terus percaya, sama sekali tidak.

Itulah sebabnya, dalam beberapa siri pilihan raya kecil, jika dibaca apa yang dilaporkan media massa arus perdana, tiada satu pun kawasan yang boleh dimenangi calon-calon dari Pakatan Rakyat. Namun, keputusannya, nyata berbeza.

Lebih-lebih lagi dengan adanya media alternatif dan ceramah-ceramah yang dijalankan pemimpin PAS tanpa mengira musim pilihan raya atau pun tidak, media massa arus perdana ternyata keletihan di dalam ‘melawan gerakan’ ini.

Akhirnya, mereka memilih untuk menyokong idea yang mereka sendiri tidak begitu pasti lagi, iaitu kerajaan perpaduan. Isunya, mereka bukan mahukan ia betul-betul berlaku tetapi jika dengan mainkan isu ini, Pakaran Rakyat akan berpeccah, itu pun sudah merupakan satu kejayaan besar mereka (media massa arus perdana) untuk membantu Umno.

Mereka nampak, tanpa memecahkan ‘ikatan’ Pakaran Rakyat, memang mustahil Umno boleh bangkit semula dalam PRU 13 yang akan datang. Oleh sebab itu, adalah lebih baik mereka menjadikan isu pembentukan kerajaan perpaduan ini sebagai satu usaha permulaan memecahkan ‘gabungan’ ini.

Jika PAS dan para penyokong Pakaran Rakyat tidak berhati-hati mereka akan ‘terperangkap’ dengan jerta media ini. Namun, ramai yang yakin, saf kepimpinan PAS yang baru dipilih dapat menjadi ‘satu badan’ yang sentiasa mengawasi keinginan yang membuak-buak media massa arus perdana ini.

Mana mungkin mereka membenarkan PAS masuk perangkap yang mereka pasang kerana ‘pengalaman’ berkawan dengan Umno tentunya ada dalam kamus ingatan pemimpin PAS.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berikut transkrip kenyataan Tok Guru Nik Aziz mengenai isu kerajaan perpaduan yang kini begitu kontroversi hingga menjadikan PAS bercelaru hingga ke akar umbi. Malah tiada pimpinan tertinggi PAS yang mampu menjelaskan apa yang dikatakan kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Presidennya, Tok Guru Abdul Hadi Awang. Ikuti ulasan Mursyidul Am PAS ini:

“Isu (kerajaan) perpaduan ini bukan datang daripada PAS tetapi lontaran daripada peribadi tertentu. Bukan daripada PAS. Kalau YAB PM sebut PAS setuju, itu tak betul.

Itu lontaran daripada peribadi dan juga tidak masuk dalam kertas agenda (mesyuarat) parti (PAS) sendiri. Parti PAS sendiri tak ada agenda mesyuarat (mengenai kerajaan perpaduan). Dan juga tak masuk dalam agenda mesyuarat Pakatan (Rakyat).

Jadi, dengan sebab itu Pakatan pun tak tahu. PAS sendiri tidak (ada pendirian) rasmi. Maka bagaimana nak sebut PAS (setuju)? Tak boleh. (Ini adalah) lontaran peribadi orang tertentu.

(Pertama), benda ni (perlu) ada mesyuarat parti. Yang kedua, (mesyuarat) Pakatan. Kalau PAS setuju, Pakatan setuju, itu lainlah masalahnya. Tapi, PAS pun tidak dibincang, Pakatan pun tidak dibincang. Mana boleh kita nak kata benda ni (PAS setuju)?

Sebab itu saya kata, ini kerja… ini kerja boneka Umno. Saya ulangi lagi, ini kerja boneka Umno.

Kalau semua setuju, Pakatan setuju, PAS setuju, maka semua akan (dilantik) jadi anggota kerajaan. DAP juga akan jadi menteri, PKR juga akan jadi menteri, PAS juga akan jadi menteri. (Ini) baru benar-benar perpaduan. Ini bukan perpaduan, ini perpecahan.

Umno sekarang berpesta. (Ber)pesta bahawa PAS sudah masuk perangkap mereka. PAS sama PAS dah kalut. PAS dan Pakatan dah bergaduh. Jadi, PAS sama PAS dah pecah, bercelaru. Bukan pecah, bercelaru. PAS dengan Pakatan pun dah jadi celaru. Jadi, ini (idea kerajaan perpaduan), Umno dah berjaya. Berjaya memecahbelahkan orang PAS.

Alhamdulillhah, dapat dibendung melalui kenyataan saya, bahawa (kerajaan perpaduan ini) tak dapat diterima. Ini orang, boneka Umno, sudahlah.

Kalau benar Timbalan (Presiden PAS) Nasharuddin, kalau benar dia nak setuju (kerajaan perpaduan), lebih baik dia masuk Umno terus. Biar, baik dia masuk Umno, terang. Dia letak jawatan di Bachok, dia bertanding (semula atas tiket BN).

Apa dia buat sampah ni? Menyusahkan orang. Dia tak tahu bagaimana susahnya saya. Datang (jumpa), telefon, datang jumpa sendiri (dan) menangis-nangis, sebak-sebak. (Ada) orang Kelantan dan luar Kelantan datang jumpa saya, sebak.

Setengah orang tu datang tak boleh nak bercakap depan saya, sebak. Apa ceritanya (ini semua)? Dia masuk Umno senanglah daripada duduk dalam PAS nak menenggek. Dalam PAS tak boleh (menenggek begini). Tak dak moral kita panggil (kalau buat begitu).”

Tanpa Nama berkata...

Sedih, jika pimpinan PAS terus tidur dan berdengkur dalam pertelingkahan kerajaan perpaduan
PERTAMA

Umum mengetahui bahawa wirid Nasaruddin tentang Kerajaan Perpaduan ini ditentang oleh ahli dengan diketuai oleh Mursyid al-'Am sendiri. Secara tidak langsung, kelihatan seperti Mursyid al-'Am mempunyai masalah dengan Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agong yang baru.

KEDUA

Presiden atau Timbalan Presiden atau Setiausaha Agong yang baru itu sewajibnya menemui Mursyid al-'Am dengan kadar yang segera supaya salah faham atau salah tafsir itu dapat diperbetulkan sebelum munculnya bibit bibit perpecahan.

Sedih. Ini tidak berlaku.

KETIGA

Apabila Mursyid al-'Am telah bersuara, sepatutnya pimpinan yang muda umurnya memohon mengadakan perjumpaan bagi menjernihkan suasana. Bukan soal siapa salah siapa betul. Soalnya yang muda lebih manis jika mengalah.

Sedih. Ini tidak berlaku.

KEEMPAT

Dewan Ulama PAS Pusat sepatutnya awal awal lagi menjadi pendamai dalam hal ini. Malangnya, sunyi sepi tidak berbunyi. Walaupun ahli bawahan sudah kelihatan seperti dilanggar garuda sifatnya akibat daripada penangan wirid Nasaruddin ini, namun Dewan Ulama PAS Pusat tetap nyenyak tidur.

Sedih. Ini yang berlaku.

KELIMA

Pandangan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ust Nasaruddin Hassan Tantawi. Mungkin tergerak hatinya untuk menjadi pendamai apabila keadaan semakin panas. Kita hargai keprihatinan ulama muda ini dam sepatutnya ulama tua malu dengan beliau.
Mungkin kerana berada di dalan keadaan dilemma, diluah mati Nasaruddin, ditelan mati Mustapha, maka Ust Nasaruddin Hassan Tantawi pun meminta kita semua menghormati pandangan Presiden.
Ini yang agak kurang tepat. Sepatutnya, Ust Nasaruddin Hassan Tantawi menganjurkan muzakarah tidak kira secara terbuka ataupun tertutup di antara individu individu yang terbabit dengan Mursyid al-'Am.

Sedih. Ini tidak berlaku.

KEENAM

Ke mana hilangnya Naib Naib Presiden PAS? Yang bersuara hanya Ust Tuan Ibrahim Tuan Man sahaja. Ke mana Hj Mahfuz Omar? Ke mana Hj Salahuddin Ayub? Tidak terfikirkah anda untuk menjadi pendamai? Atau anda lebih selesa mengambil pendekatan tunggu dan lihat?
Jemaah dan porak peranda dah nie. Apa lagi yang hangpa tunggu? Apa lagi yang hangpa nak lihat? Janganlah tidur !! Tugasan pertama pun dah gagal.

Sedih. Ini yang berlaku.

KETUJUH

Tahniah kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustzh Nuridah Salleh. Hanya beliau yang mencadangkan supaya semua yang terlibat bertemu dengan Mursyid al-'Am dengan segera supaya kekeruhan yang semakin menghitam ini dapat dijernihkan.

Namun, siapakah Ustzh Nuridah Salleh untuk menjadi pendamai kerana beliau seorang muslimat dan muslimat ada batasannya. Apa apa pun, tahniah dan tabik hormat layak diberikan kepada Ustzh Nuridah Salleh kerana beliau faham erti berjemaah.

KELAPAN

Kecenderungan pimpinan PAS meluahkan perasaan dan ketidakpuasan hati kepada mana mana media sahaja haruslah dijauhi. Kita amat memahami kekangan yang dihadapi oleh wartawan Harakah untuk menyiarkan artikel atau rencana berkaitan bantahan kepada wirid Nasaruddin ini.
Namun, ini tidaklah bererti pimpinan PAS boleh beralih kepada media musuh yang sememangnya menunggu untuk menyanyikan lagu yang rata ratanya bersifat haramjadah itu.

Sedih. Ini berlaku.

KESEMBILAN

Yakinilah bahawa ahli ahli bawahan akan berhenti bercakaran jika pimpinan yang dilantik dan dipilih menerusi muktamar lalu bangun dari tidur.

Sedih. Jika pimpinan terus tidur dan berdengkur.

Tanpa Nama berkata...

sape yang tak taat dan tak patuh pada pimpinan? sape yang teraburkan paku payung kat jalan raya dengan idea kerajaan perpaduan ni?

kalu nik aziz orang no 1 pas sebab dia mursyidul am pas, ngapa harun din yang jadi timbalan tak taat dan tak patuh? Nasa? Hadi?

ulama tak hormat sebabnya dah semua orang tahu. skuka menipu dan berbohong. tak percaya. lihat ini!

1. tok guru nik abduh tuduh pembantu nik aziz sesat di sisi tuhan.

2. tok guru harun taib pada muktamar selamba badak tuduh hassan adli masuk umno.

3. tok guru daud iraqi tuduh husam main politik wang masa kempen pempilihan baru ini.

4. tok guru harun din tuduh husam sebagai musuh dalam selimut sebab berkawan dgn anwar. pas tu guna ayat quran jawab kononnya musuh tu ialah anak isteri kamu.

5. tok guru harun din sedia bubar pas untuk satukan pas dan pkr dengan jadikan anwar ibrahim sebagai presiden.

6. tok guru hadi awang kata sudah bincang dengan pkr dan dap tentang agenda kerajaan perpaduan tapi akhirnya pkr dan dap menafikan.

7. tok guru nasharuddin kata tiada niat bawa pas masuk bn-umno tapi alu-alukan reaksi positif najib tentang kerajaan perpaduan. kalau nama kerajaan mestilah kongsi kuasa. orang kampung kata mausk umnolah tu.

8. tok guru mustafa ali kata hentikan polemik kerajaan perpaduan tapi dia dan kumpulannya terus mempromosi ieda hadi awang itu.

banyak lagilah kalau nak sebut. ini dalam lingkaran kerajaan perpaduan. jangan salahkan orang sebab tak hormat ulama.

mamat bin kulop

Tanpa Nama berkata...

Thanκ yοu, I've just been searching for information approximately this topic for a while and yours is the greatest I'ѵе found οut sο far.
Howeνeг, whаt abοut the concluѕіon?
Are yοu certain аbout the supply?
Here is my site : loans for bad credit

Tanpa Nama berkata...

Gгеat delіνеry. Grеat argumеnts.
Kеep uр the amаzіng ωorκ.
Also visit my site : loans for bad credit

Tanpa Nama berkata...

Why vіѕitогѕ still make uѕe of to rеad
newѕ ρapеrs when in this technological glоbe the whole thing іs eхisting оn
ωеb?

Αlsο visіt mу ωebѕite; best way to lose weight

Tanpa Nama berkata...

Pretty nіce pοst. I just stumblеd upon your ωeblog
аnd wanted to sаy that I havе truly enjoyed surfing аround yοuг blog postѕ.
Аfteг all I'll be subscribing to your feed and I hope you write again very soon!

Also visit my blog post payday loans uk
Also see my site: payday loans uk

Tanpa Nama berkata...

I dο consider аll of the ideas you've offered to your post. They'rе νery
conѵincіng аnd will сertаіnlу woгk.

Nonethelesѕ, the poѕtѕ aге ѵеry brief for
newbiеs. May you ρlease prοlong them a little fгom
next time? Τhankѕ for thе post.


Visit mу wеbρage :: payday loans

Tanpa Nama berkata...

It's an amazing post for all the online users; they will get benefit from it I am sure.

My blog; payday loans