KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Jun 19, 2009

Kerajaan Perpaduan: Naib Presiden Umno berdoa agar PAS tidak berpecah!

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau tidak mahu PAS berpecah dalam isu perbincangan kerajaan perpaduan antara kedua-dua parti itu.

“Saya berharap tidak berlaku perpecahan berhubung sokongan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa terhadap kerajaan perpaduan dengan Umno,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Umno di ibu negara hari ini.

Bagaimanapun, kata Hishammuddin, jika ada syarat dan perbincangan itu tidak dapat diadakan, maka ia tidak bermakna Umno dan BN tidak boleh meneruskannya mengikut caranya.

“Perbincangan mengenai perpaduan, menurut pendapat saya adalah baik dan diharap ia menjadi kenyataan. Jika perbincangan ini menjadi kenyataan, Alhamdulillah. Saya tidak mahu Umno berpecah. (Dan) mengapa (pula) saya mahu melihat PAS bergaduh sesama sendiri.

Hishammuddin menambah “cukup-cukuplah berpolitik kerana saya rasa orang sudah muak dengan politik setiap hari".

Katanya, apa sahaja isu mengenai kerajaan perpaduan, BN akan memastikan visi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi kenyataan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

This information is priceless. Where can I fіnd out more?


Ϻy web pаge: payday loans

Tanpa Nama berkata...

Hі! I've been reading your website for a long time now and finally got the bravery to go ahead and give you a shout out from Lubbock Texas! Just wanted to say keep up the good work!

Also visit my web-site ... payday loans