KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Jun 18, 2009

Pemuda Umno sambut baik minat PAS bekerjasama dengan parti itu - Khairy

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno menyambut baik pendirian PAS yang masih menunjukkan minat untuk berbincang dan bekerjasama dengan Umno bagi pembentukan kerajaan perpaduan.

Pada 12 Jun llau, Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu melihat kerjasama itu masih boleh diteruskan walau apa pun syarat yang diletakkan PAS.

"Saya harap sebarang isu yang negatif tidak menjadi syarat yang menghalang usaha Umno dan PAS itu sebaliknya ia boleh dibincangkan secara positif," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco Pemuda Umno yang pertama selepas pemilihan parti Mac lalu. Khairy mengulas mengenai idea gagasan kerajaan perpaduan yang dicetuskan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Tiada ulasan: