SHAH ALAM: Lebih 350 orang petugas media di negara ini, rata-rata berpuashati dengan kemudahan, persiapan dan layanan Urusetia Media Muktamar Tahunan PAS ke-55 yang diadakan di Stadium Malawati Shah Alam sepanjang Muktamar berlansung 5-7 Jun lalu. Inilah jumlah yang teramai setakat ini. Mereka datang dari 50 organisasi media.
Para petugas pelbagai media arus perdana dan media baru memberi pujian kepada pihak urusetia. Mereka menyifatkan walaupun julung kali diadakan di Selangor muktamar kali ini dilihat paling baik berbanding muktamar-muktamar sebelum ini.
Kata mereka baik dari segi layanan ataupun kemudahan, ia memberikan keselesaan untuk mereka menjalankan tugas dengan kemudahan meja, internet dan ruang yang selesa untuk mereka bertugas dan menyiapkan berita.
Salah seorang wartawan akhbar harian berkata, berbanding semasa beliau membuat liputan di Perak tahun lepas, muktamar di Selangor lebih baik.
"Bagi saya ini yang terbaik terutamanya di segi kelengkapan dan layanannya cukup bagus contohnya makan minum dijaga dan tempat makan, tandas serta bilik media yang begitu kondusif."
Meraka jua menyifatkan maklumat yang diberikan kepada media cukup cepat. Beliau yang menceburi dunia kewartawanan sejak tahun 2000 berkata jika ada sidang media pun ia diberitahu lebih awal kepada mereka.
Seorang lagi wartawan berkata, kebiasaannya majlis-majlis besar sebegitu mereka jarang dimaklumkan. "Kita kena cari sendiri di mana tempatnya tetapi kali ini kita diberitahu," ujarnya,
Seorang wartawan media elektronik mengucapkan tahniah kepada penganjur. "Nampaknya apa yang disediakan kepada media cukup baik dan saya harap pada tahun-tahun hadapan ia boleh dikekalkan begini," katanya.
Sementara itu, wartawan Malaysiakini, Muda Mohd Noor berpendapat secara keseluruhannya memuaskan termasuk makan dan minum. Namun katanya, apa yang perlu diperbaiki masalah tempat duduk yang belum mencukupi bagi menampung jumlah wartawan yang begitu ramai.
Pengarah Sekreteriat Pengurusan Media bagi Muktamar kali ini, Roslan Dato' Mohd Shahir ketika ditemui di bilik media Muktamar berkata, bilangan petugas media yang membuat liputan seramai 350.
Jumlah tersebut katanya, meliputi media dalam dan luar negeri di mana ia mewakili 50 organisasi media. Sambutan yang diberikan begitu luar biasa termasuk daripada akhbar perdana berbahasa Melayu Inggeris, Cina dan Tamil.
Manakala media pro kerajaan yang membuat liputan termasuk, Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM, TV3, TV9, NTV7, TV8, The News Strait Times dan Star. Bagi media luar negara pula antaranya ujar beliau ialah AFP, Reuters dan TV Singapura. Portal berita seperti Malaysiakini, mSTAR, Malaysian Insider termasuk Harakahdaily dan banyak lagi.
"Walaupun bilangan media yang datang cukup ramai di muktamar yang diadakan di Selangor ini kami cuba memberi layanan dan kerjasama yang terbaik kepada mereka" katanya sambil` berkata layanan yang mereka berikan mendapat pujian daripada para wartawan.

1 ulasan:
Thank уou a bunch for sharing this with all people yоu really recοgnize what you
are spеаking approximatеly! Bookmarked. Kindly additionally vіѕіt my
site =). Wе may haνe a link exchаnge arгangement bеtween us
my web blоg - payday loan
Catat Ulasan