KUALA TERENGGANU: Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu menyifatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin berpandangan jauh kerana tidak menutup pintu rundingan ke arah pembentukan kerajaan perpaduan antara UMNO-Pas.
Ketuanya, Saiful Bahri Baharuddin berkata, sikap Abdul Hadi itu menunjukkan beliau mengutamakan kestabilan politik negara serta pengukuhan orang Melayu di negara ini.
Menurutnya, Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang mempunyai pandangan sama dengan Abdul Hadi mempunyai semangat toleransi dalam mewujudkan kestabilan politik dengan menarik anggota parti itu ke arah pengukuhan ummah.
"Pemuda Umno Terengganu mengalu-alukan sebarang perbincangan di antara pucuk pimpinan kedua-dua parti," katanya dalam kenyataan yang dikirimkan melalui khidmat pesanan ringkas di sini hari ini.
Menurut Saiful Bahri, sudah sampai masanya pemimpin kedua-dua parti duduk semeja untuk mencipta kestabilan dan kemakmuran negara.
Katanya, mereka yang menolak usaha pembentukan kerjasama di antara UMNO-Pas mempunyai agenda politik peribadi yang tersirat dan sempit. Beliau berkata, tindakan mereka yang menolak usaha itu bertentangan dengan kehendak rakyat yang mahukan kemakmuran negara berkekalan.
"Rakyat juga mempunyai hasrat yang sama untuk melihat perpaduan dan kestabilan politik negara," ujarnya.
Menurutnya, pemimpin parti perlu menterjemahkan amanah yang diberikan ke arah kebaikan, bukannya terlalu banyak berpolitik sehingga memberi kesan kepada rakyat dan negara.
Ini kerana jelasnya, negara terpaksa berhadapan dengan banyak ancaman dari luar serta musuh Islam yang ingin melihat keruntuhan masyarakat di negara ini. Justeru tegasnya, adalah penting semua pemimpin mengambil pendirian bersama untuk mencipta perpaduan demi kebaikan rakyat dan negara.

4 ulasan:
KERAJAAN PERPADUAN
Kuasa politik Melayu/Islam semakin terhakis.
Hanya kuasa politik melayu/Islam sahaja yang boleh mempertahankan agama, bangsa dan negara.
Semua pemimpin Melayu/Islam harus sedar dan kembali kepangkal jalan.
Selamat kan kuasa politik Melayu/Islam sebelum terlambat.
Kalu UMNO mula setuju ngan PAS
- ada agenda tersirat
Pimpinan yg menyokong unity goverment berhati-hatilah.
Kenapa nak bersatu padu dengan UMNO. UMNO parti yang penuh najis dan nista. Pemimpin mereka yang mengamalkan rasuah, penindasan dan zalim ke atas rakyat. Jika PAS bersatu hati dengan UMNO, PAS juga akan dijangkiti penyakit UMNO. UMNO telah meletakan rakyat sebagai kuli mereka. Selamat tinggal UMNO dan bersedia untuk dikapankan kali ke 2 setlah tahun 1985. Lagipun UMNO hari ini adalah UMNO MAHATHIR bukan UMNO 1946....Heeee
Haa hhaha hjhaha... orang umno puji pemimpin pas berpandangan jauh. Ini pelik ni. umno puji. macam Amerika puji islam hadhari pak lah bagus dulu. pelik.. pelik. ada udang sebalik batu.
hati-hati. rais yatim puji. najib berlapang dada. shafie apdal sokong. mukhriz dan khairypun sokong juga.
pj pas perlis hasyim jasin pun sokong. pemuda apatah lagi 1001 peratus sokong. kedahpun. tganu apatah lagi, ngeletek nyokongnya.
Catat Ulasan