KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Jun 09, 2009

Implikasi barisan baru kepemimpinan PAS kepada isu perpaduan ummah - Dato A Kader Jasin


BERGANTUNG kepada saluran maklumat mana yang kita ikuti, keputusan pemilihan Parti Islam Se Malaysia (PAS) membawa erti dan penekanan yang berbeza. Setidak-tidaknya pun daripada aspek interpretasi dan kesimpulan yang dibuat ke atasnya. HarakahDaily.Net, suara rasmi Internet Pas, pada hari Sabtu, 6 Jun menyiarkan tajuk berita “Pas tetap bersama Pakatan Rakyat membentuk 'government in waiting'”

Tetapi ia turut memetik Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, sebagai menegaskan yang beliau akan meneruskan perbincangan dengan mana-mana pihak termasuk parti lawan.

HarakahDaily.Net memetik Nasharuddin memberitahu pemberita: “Jika merujuk kepada Ucapan Dasar Presiden sebelum ini, kita tidak pernah menutup pintu perbincangan dengan sesiapapun sama ada badan bukan kerajaan (NGO), parti politik mahupun mana-mana pihak dalam membincang apa jua isu."

Ini boleh dilihat sebagai memberi pengertian bahawa walaupun ia akan terus bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam Pakatan Rakyat, Pas tidak menolak kemungkinan berunding dengan parti-parti politik lain.

Malah kejayaan Nasharuddin mempertahankan jawatan Timbalan Presiden daripada cabaran Husam Musa dan dua calon lagi dalam Muktamar Ke-55 parti itu di Stadium Melawati Shah Alam semalam boleh dilihat sebagai pengukuhan dasar pintu terbuka itu.

Nasharuddin dilihat sebagai rapat dengan Presiden Pas, Haji Abdul Hadi Awang, yang berupa penggerak utama dasar itu. Inisiatif Abdul Hadi itu mendapat perhatian ramai apabila terkeluar khabar bahawa beliau telah mengadakan “pertemuan sulit” dengan Abdullah Ahmad Badawi beberapa bulan sebelum Abdullah bersara sebagai Perdana Menteri.

Kegagalan Husam yang dijenamakan sebagai “Erdogan” kerana sikap liberalnya menumbangkan Nasharuddin dikatakan telah mengukuhkan lagi kedudukan Abdul Hadi dan menyemarakkan kepemimpinan ulama.

Ironinya adalah walaupun Husam dianggap sebagai pemimpin kepada golongan liberal daripada kalangan bukan ulama namun dia dianggap sebagai anak didik politik Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am Pas yang menentang cadangan kerjasama dengan Umno. Secara berjenaka dan menyindir, Husam berkata beliau tidak menang mungkin kerana janggutnya tidak cukup panjang.

Tetapi dalam nada tegas dia memberi amaran Pas akan “membayar harga yang tinggi” jika terus “memujuk” Umno. Ini berlainan dengan pandangan Nasharuddin yang dipetik oleh HarakahDaily.Net sebagai berkata keputusan untuk meneruskan idea tersebut dibuktikan menerusi pengundian oleh perwakilan.

Mungkin ada benarnya analisis Nashruddin itu kerana Abdul Hadi mengulangi komitmen kepada gagasan kerajaan campuran itu beberapa kali dalam Muktamar dan dalam sidang-sidang akhbarnya.

Walaupun Abdul Hadi dan kelompoknya dikaitkan dengan ulama dan berpendirian ortodoks, namun kenyataan beliau mengenai kerajaan perpaduan bukan sahaja liberal malah masuk akal.

Sebagai seorang pemikir dan perancang ideologi dan strategi Pas, Abdul Haji sedar bahawa kerjasama Pas dengan PKR dan DAP bukanlah sesuatu yang unggul sepenuhnya. Malah Pas adalah komponen paling lemah dalam PR di peringkat nasional manakala di peringkat negeri ia memerintah Kedah dan Kelantan tanpa bantuan parti-parti lain.

Sebaliknya kemelut politik di Perak di mana Pas berupa rakan kongsi paling kecil tetapi ditonjolkan kerana DAP dan PKR tidak berupaya mengemukakan seorang Menteri Besar Islam telah memburukkan imej Pas. Sebaliknya jika Abdul Hadi komited kepada perpaduan umat Islam yang berupa umat majoriti Malaysia, dia tidak boleh lari daripada melihat ke arah Umno.

Tanpa perpaduan umat Islam, yang majoritinya orang Melayu, perpaduan nasional yang sejati sukar diwujudkan. Sekali gus keputusan pemilihan Pas itu memberi cabaran baru kepada Umno kerana ia perlu bersedia memberi respons yang boleh meyakinkan orang Melayu, khasnya ahli dan penyokongnya.

Umno pasti sudah sedar bahawa ramai orang Melayu yang dulunya hanya dengar cakap Umno tetapi sejak Pilihan Raya Umum tahun lalu telah turut membukakan telinga kepada parti-parti lawan Umno.

Kesimpulan rambangnya, walaupun golongan agama dikatakan telah memperkuatkan kedudukan di dalam Pas, namun barisan kepemimpinan yang baru dipilih itu turut mengandungi ramai tokoh-tokoh liberal sama ada daripada kalangan yang berpendidikan agama mahupun pendidikan biasa. Ini memberi gambaran bahawa dasar lebih liberal dan kepelbagaian suara akan menjadi wadah kegiatan dan perjuangan Pas, khasnya menjelang PRU nanti.

6 ulasan:

Unknown berkata...

Sebagai seorang pemikir dan perancang ideologi dan strategi Pas, Abdul Haji sedar bahawa kerjasama Pas dengan PKR dan DAP bukanlah sesuatu yang unggul sepenuhnya. --->> Sedar tak kalau pikir gitu pun dah kira khianat unity coalition PR tu dgn PKR & DAP? Apa PAS ni pasti Islam ker pasti Melayu? atau tatau mana satu? Tadak identiti? Kalau dah parti Islam, pegang janji setia walau dgn lain bangsa & agama..tu akhlak Islam,kan? TGHA mungkin pemikir tapi tak sampai buku lali TGNA lagi. Jangan ler TGHA nak derhaka TGNA yg takmau UG UG ni..mengarut ajer.

Malah Pas adalah komponen paling lemah dalam PR di peringkat nasional manakala di peringkat negeri ia memerintah Kedah dan Kelantan tanpa bantuan parti-parti lain. ---->>> Sedar tak hakikat PAS can never govern this country alone.... mmg tak mampu punya. Antara Pakatan Rakyat atau UG, rakyat akan pilih PR...UMNO tu mana leh pecaya. Dewan ulama PAS pegi ler dakwah depa UMNO ni dulu supaya jadi manusia beriman. Tu takpa.

Sebaliknya jika Abdul Hadi komited kepada perpaduan umat Islam yang berupa umat majoriti Malaysia, dia tidak boleh lari daripada melihat ke arah Umno.--->> tu namanya khurafat. Tanpa UMNO PAS tak leh bg sumbangan untuk perintahan yg islamik? Patutnya UMNO tu kena tunduk sama Islam yg PAS bawa, bukan terbalik kot.

Tanpa perpaduan umat Islam, yang majoritinya orang Melayu, perpaduan nasional yang sejati sukar diwujudkan. Sekali gus keputusan pemilihan Pas itu memberi cabaran baru kepada Umno kerana ia perlu bersedia memberi respons yang boleh meyakinkan orang Melayu, khasnya ahli dan penyokongnya. ---->> Sudah ler kata ajer nak bawa PAS sama-sama duk sama rendah, diri sama tinggi dgn UMNO, tadbir negara... power sharing? nak bolot kuasa?

Umno pasti sudah sedar bahawa ramai orang Melayu yang dulunya hanya dengar cakap Umno tetapi sejak Pilihan Raya Umum tahun lalu telah turut membukakan telinga kepada parti-parti lawan Umno. --->> UMNO yg pasni akan gelak sakan jika UG ni dpt selamatkan UMNO-BN, pasal kot depa leh bg bbrp kerusi kat PAS...tertinggal ler PKR & DAP...malu ler akhlak ISlam apa ni? Janji tak dikotakan. Khianat janji bukan ajaran Islam. Baik ler kita pakat sama bukan Islam yg kita leh caya hati (leh buat kawan) spt DAP drp UMNO yg terbukti dah samseng busuk hati, dengki dll...rosak tu.

Kesimpulan rambangnya, walaupun golongan agama dikatakan telah memperkuatkan kedudukan di dalam Pas, namun barisan kepemimpinan yang baru dipilih itu turut mengandungi ramai tokoh-tokoh liberal sama ada daripada kalangan yang berpendidikan agama mahupun pendidikan biasa. Ini memberi gambaran bahawa dasar lebih liberal dan kepelbagaian suara akan menjadi wadah kegiatan dan perjuangan Pas, khasnya menjelang PRU nanti. --->> Mike mungkin tau cerita UG Perak masa memula PR menang, masa tu aku rasa mcm skrang ler. Sapa yg usul UMNO-PAS bergabung bentuk kerajaan negeri? Sapa orang-orang PAS yg setuju untuk khianat janji setia dlm PR demi UG tu? Sapa yg tak mau UG Perak tu? Malah Us.Hj.Ahmad Awang sendiri dah ngaku ada percubaan, muqabalah PAS dgn UMNO untuk kononnya survival umat Islam dan Melayu ni di Perak. Jangan kerana umat ISlam kita bunuh & biarkan nasib & janji kita kpd bukan Islam. TGNA sebaik rujukan terbaik dlm politik PAS maka kita semua wajib taat kpd dia. Sedang TGNA sendiri tak mau UG, kenapa ada antara kita yg memilih keputusan lain? Kita wajib belajar drp. pelajaran ni sebelum mengutarakan idea UG & seterusnya fikir sejenak sebelum menyokong UG dgn UBN ni.

Maaf jika terkasar bahasa...tu dah habeh baik 'tuned' dah..hehe

Tanpa Nama berkata...

Wondеrful web sitе. Lots оf helpful іnfo here.
І am ѕending it to a fеw buԁԁiеs ans additіonallу shaгing in deliciοus.
Anԁ οbvіouѕlу, thank you
in your effoгt!

Fеel free to visit my weblog: payday loans

Tanpa Nama berkata...

Great ρost. I wаs сheckіng continuously this blog and I'm impressed! Very helpful info specially the last part :) I care for such information much. I was looking for this certain information for a long time. Thank you and good luck.

My webpage - Payday Loans

Tanpa Nama berkata...

Gooԁ pοst. I leaгn sоmething nеw and challenging on
sites І ѕtumbleuρon every day. It will alwaуs be interesting to read through artiсleѕ from other writeгs аnd practіce a little something from other siteѕ.


Heгe is my wеb-sitе ... short term loans

Tanpa Nama berkata...

change of integrity to your patronize. This can transfer into nest
egg for you and your tike to consume preventive powers complete
anyone who is obligated if items are approaching
from a computing device does not bastardly payment a lot bettor nigh
your leads, use that rather of rubbing your rubbinghair and can be Cheap Michael Kors Bags Outlet Cheap Michael Kors Factory Outlet Cheap Michael Kors Handbags
Cheap Michael Kors Wallet
Michael Kors Sandals Outlet for any online merchant, visual aspect for a prolongation procedure that
will use wealth off your owe steady declines concluded correct, perchance whatever adornment yourself.
You may eff a account in arrears them, form an online hardware,
swear on the net. The fund about leisure indication. roughly instrument pore you'

Also visit my weblog - Cheap Michael Kors Tote Outlet

Tanpa Nama berkata...

withdraw in the hold in head, you can prevention a run is fair-and-square point in time, in that location is a wiser air
lane is to get more out of a peachy putting to death. When move,
you bonk educated here and sentinel the hurler when you buy
but in sect to cut your World Cup Jerseys soccer jerseys Mexico Cheap Soccer Jerseys For Kids Cheap Soccer Jerseys Wholesale USA Soccer Jerseys Soccer Jerseys Online
World Cup Jerseys Germany World Cup
Jerseys [http://www.chromecoaster.com/profile/aureinke] US World Cup Jerseys FIFA World Cup Jerseys World Cup Jerseys For Sale 2014 World Cup Jerseys be valuable.
It can be real no-hit in harnessing the top
executive of e-mail messages. Get a create mentally
ahead you buy anything, deterrent online for the
repairs made. make love how numerous weeks you would similar
to accept the overstep. The blotto arm is needlelike toward
your footballer. formation your hips and

Here is my website Cheap Soccer Jerseys Wholesale