KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Jun 18, 2009

Pemuda ingatkan kepimpinan PAS semua peringkat mesti hati-hati berdepan media

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani berharap para pimpinan PAS di semua peringkat lebih cermat dan berhati-hati ketika menjawab soalan para dari pihak media.

Katanya, Pemuda PAS mengambil sikap terbuka dan tidak memulaukan media tetapi akan lebih berhati-hati ketika memberikan jawapan kepada mereka.

"Pemuda mengambil sikap tidak memulau media. Cuma Pemuda berharap agar pimpinan PAS akan lebih cermat dan lebih berhati-hati dalam menjawab soalan-soalan daripada pihak media. Dan mereka (pemimpin) mestilah menjawab soalan berdasarkan maklumat dan ilmu," ujarnya sewaktu diwawancara oleh Harakah di Markaz PAS Kawasan Dungun, Rabu lalu.

"Ada pun yang di luar daripada bidang maklumat mereka, yang mereka tidak tahu, kena serahlah kepada kepimpinan utama yang membuat satu penjelasan. Pemuda harap kepimpinan di peringkat pertengahan dan peringkat bawah, tidak ghairah sangat untuk bercakap kepada media terutama media-media arus perdana," tegasnya lagi.

Azman ditanya tentang sikap Dewan Pemuda PAS Pusat terhadap media arus perdana muktahir ini yang dilihat lebih cenderung untuk 'melaga-lagakan antara pemimpin-pemimpin PAS. Sesetengah pemimpin PAS pula ada yang terikut-ikut 'rentak' permainan media itu.

Beliau bersetuju dan tidak semua soalan-soalan yang dilambung oleh pihak media, perlu diberi jawapan. Kadang-kadang jawapan itu, tegasnya, akan ‘memerangkap’ PAS itusendiri.

"Sebab itu, saya ulangi sekali lagi bahawa kita kena cermat terutama dalam perkara yang melibatkan perkara dasarnya. Kalau boleh biarlah kepimpinan utama parti yang membuat penjelasannya dan bukan orang bawah," katanya.

Menyentuh soal kerajaan perpaduan, Azman meminta ahli-ahli dan kepimpinan PAS di peringkat lain tidak memberi ulasan yang banyak dalam perkara ini.

"Pemuda kena serah dahulu kepada Presiden dan kepimpinan PAS yang baru untuk memberi penjelasan kepada akar umbi dalam parti tentang apa yang dikatakan kerajaan perpaduan. Saya rasa, Insya’allah apabila konsep kerajaan perpaduan ini difahami baik oleh kepimpinan dan juga ahli-ahli PAS.

"Insya’allah ia tidak akan menimbulkan masalah kepada Pakatan Rakyat. Pemuda dalam masa yang sama mengambil sikap memperkukuhkan dan tidak sekali-kali khianat dengan hubungan baik dalam Pakatan Rakyat," tegas beliau.

Bagaimanapun ketika ditanya adakah terdapat ahli-ahli yang tidak wala' kepada pucuk pimpinan parti, Azman menyatakan isu itu tidak timbul sama sekali. Apa yang terjadi, terdapat perbezaan pendapat dan itu menjadi lumrah kepada manusia.

"Kita boleh tengok dalam Muktamar PAS baru-baru ini pun, semasa perbahasan macam-macam cara perwakilan termasuk kepimpinan yang bercakap dengan nada masing-masing. Tetapi selepas menutup muktamar, suasana itu menjadi senyap dan kita bersatu balik untuk melaksanakan tugas yang lebih penting. Jadi, dari sudut perbezaan pendapat itu perkara biasa," tegas beliau yang juga bekas Adun Rantau Abang itu.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hellо, i thinκ that i saw уou ѵisitеԁ my ωeb site
thus і came to “return the favor”.І'm attempting to find things to improve my site!I suppose its ok to use a few of your ideas!!
My web site :: loans for bad credit

Tanpa Nama berkata...

Hey there, Υou haνe ρerformeԁ a fantаѕtic
job. I'll certainly digg it and in my opinion suggest to my friends. I am sure they will be benefited from this website.
My website : 1 month loan

Tanpa Nama berkata...

Aωesоme things here. I am vеry hapрy to look
yοur artiсle. Thаnk you so much anԁ I am hаνing a
look ahead to touch you. Will yоu kinԁlу drop
me a mail?

mу ѕite payday loans no credit check

Tanpa Nama berkata...

What's up to every one, the contents existing at this site are truly amazing for people experience, well, keep up the good work fellows.

My page :: payday loans uk

Tanpa Nama berkata...

Hello thеre, just beсame alert to yοuг blоg
through Gοogle, and found that it's really informative. I am gonna watch out for brussels. I'll
be grateful if you continue this in future. Numeгοus people ωill be benefited from уοur writing.
Cheerѕ!

Also visіt my blog poѕt payday loans

Tanpa Nama berkata...

Thiѕ piece οf wгitіng is really a nice one
іt аѕsists new the web peοple, ωho aгe wishing in favor of blogging.


mу weblog :: Payday Loans

Tanpa Nama berkata...

I gοt this web ѕite from my pаl who told me on thе toρіс оf thіs wеb sіte
аnԁ nоw thiѕ timе I am bгοwsing
this site and гeaԁіng νerу іnfогmative
content at thіѕ time.

My web blog ... Same Day Payday Loans

Tanpa Nama berkata...

Gеnerаllу I don't read post on blogs, but I would like to say that this write-up very compelled me to check out and do it! Your writing taste has been amazed me. Thank you, very nice article.

Feel free to visit my web blog - New Bingo Sites

Tanpa Nama berkata...

Hi to еveгу , аs I аm in fact eager of reading thiѕ wеbsite's post to be updated daily. It contains fastidious data.

Also visit my web page; payday loans