KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Jun 19, 2009

Kerajaan Perpaduan: Ustaz Dr Redhuan Tee ajukan persoalan, dari manakah hendak bermula?


KUALA LUMPUR: DAP dan PKR nampaknya seperti "cacing kepanasan" apabila mendengar cadangan Pas untuk berbaik-baik dengan UMNO dalam sebuah kerajaan perpaduan.

Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, Pas pastinya mempunyai alasan tersendiri dan perlu dihormati. Apatah lagi perjuangannya menjurus pada tuntutan dan aspirasi agama. Islam tidak pernah menolak kebaikan. Atas alasan itulah, Pas menghulur tangan dan membuka ruang perbincangan.

UMNO tidak boleh dianggap musuh sebab parti itu juga parti orang Islam, walaupun mungkin perjuangannya sedikit berbeza.

Jika Pas boleh berbincang dengan bukan Islam, kenapa tidak dengan orang Islam? Apakah UMNO itu lebih buruk daripada orang bukan Islam? Rasanya sudah tentu tidak. 'Seburuk-buruk' UMNO, ahli-ahlinya tetap saudara seislam dengan Pas. Jadi kita wajib membantu dan menolong saudara seagama jika mereka dalam kesusahan, tanpa mengira siapa dan apa latar belakangnya.

Bagaimanapun, setelah polemik ini berlanjutan, penulis agak terkejut dengan pandangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin. Nik Abdul Aziz sama sekali menolak rundingan untuk kerajaan perpaduan. Hatta sehingga meminta Nasharudin Mat Isa melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden Pas dan Ahli Parlimen Bachok.

Selama ini, semua sedia maklum ada kelembutan dan betapa berhemah Nik Abdul Aziz. Lontaran ideanya sentiasa mendapat perhatian dan dihormati. Tetapi tidak kali ini. Isu kerajaan perpaduan ditolak mentah-mentah dan begitu menguji kesabaran 'ketokguruannya'. Kenapa dan mengapa?

Mungkin Nik Abdul Aziz sahaja yang tahu. Mungkin Tuan Guru itu telah banyak menunaikan solat sunat meminta petunjuk daripada Allah SWT. Kerajaan perpaduan bukan suatu yang mustahil kerana ia pernah berlaku di negara lain. Ia pernah ditubuhkan di Kanada, Israel, Kenya, Lebanon, Luxembourg, Britain dan Amerika Syarikat.

Sebagai contoh di Britain, kerajaan perpaduan ditubuhkan semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Kerajaan perpaduan di bawah pimpinan David Lloyd George pada Perang Dunia Pertama mampu bertahan sehingga 1922.

Begitu juga semasa Zaman Kemelesetan (Great Depression), sebuah kerajaan perpaduan ditubuhkan di Britain pada 1931 antara Parti Buruh, Konservatif dan Liberal. Ia bertahan sehingga 1945. Terdapat juga contoh-contoh terkini penubuhan kerajaan perpaduan. Misalnya di Afrika Selatan.

Kerajaan seperti ini diwujudkan antara 27 April 1994 hingga 3 Februari 1997 menerusi sebuah Perlembagaan sementara. Fasal 88 Perlembagaan itu mensyaratkan mana-mana parti politik yang mempunyai 20 atau lebih kerusi dalam Dewan Perhimpunan Nasional boleh menuntut satu atau lebih portfolio Kabinet dan boleh bergabung dalam kerajaan.

Maka kerajaan perpaduan boleh menjadi realiti dan tidak mustahil. Ia boleh dilakukan kerana manusia adalah makhluk yang rasional dan ada akal.

Persoalannya, dari manakah hendak bermula? Sudah tentu, ia perlu melalui proses pertama iaitu melalui rundingan, kerana inilah tuntutan Islam. Dalam surah Al-Imran ayat 159, Allah berfirman bermaksud: Bermesyuaratlah engkau dengan mereka dalam sesuatu urusan, maka apabila engkau telah mempunyai pendirian (yang tetap), bertawakallah kepada Allah SWT.

Oleh DR. MOHD. RIDHUAN TEE ABDULLAH
Pensyarah Kanan,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

3 ulasan:

TBO berkata...

salam

Kerajaan Perpaduan ni dimalkan dulu-dulu, kenapa dulu-dulu tak buat aje tak payah keluar amanat haji hadi dan tak perlu PAS keluar dari UMNO. Dr. Ridhuan ni nak suruh kita balik ke belakang balik ke, zaman moden ni paling tidak dalam sistem demokrasi dua parti adalah lebih baik sebagai check n balance.

Tanpa Nama berkata...

I have been exploring fοr a little bit fоr anу high
quality articles or weblog ρosts in this kind of area
. Explогing in Yahoο I ultimately stumbled upon thiѕ site.
Rеading this information Ѕo i am happy to exhibit that I have аn іncreԁibly just right uncanny fееling I came upon exactly
what I needed. I ѕo much unqueѕtionably will make sure tο do not
ovеrlook thiѕ site аnd provides it a look on a сοnѕtant basiѕ.


my page - Same Day Payday Loans

Tanpa Nama berkata...

Ρrettу ροrtion of content. I simply stumbled upon your blog and іn
аcсession сapital tο claim that
I аcquire in fаct enjoyed account your ωeblog pоsts.
Anyway Ι wіll be subscrіbing on your feedѕ οr even I ѕuccesѕ you get еntry to persistently
гapiԁly.

Also visit my wеb blοg ... New Bingo Sites