KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Jun 19, 2009

Ustaz Zolkhairnain Abidin sanggah 10 MP PAS yang sokong Tok Guru Nik Aziz!


KUALA LUMPUR: “Kami juga menyokong penuh ketegasan Mursyidul Am PAS Tuan Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menangani persoalan ini”. Demikian bunyi perenggan terakhir kenyataan media ahli-ahli parlimen PAS (10 daripada 24) bertarikh 18 Jun 09.

Saya tidak pasti yang mana lebih dahulu. Kenyataan akhbar TG Nik Aziz untuk panggil pemimpin tertinggi PAS untuk mengadakan mesyuarat ukhuwwah lebih dahulu atau kenyataan akhbar 10 MP itu dibuat lebih dahulu.

Kalau kenyataan akhbar ini dibuat kemudian daripada kenyataan TG Nik Aziz, bermakna 10 ahli parlimen ini menyokong mesyuarat ukhuwwah itu. Sokongan ini kena pada masanya. Bukan sahaja mereka malah semua MP mesti menyokongnya.

Namun begitu, frasa ‘menyokong penuh ketegasan Mursyidul Am’ yang terdapat dalam kenyataan akhbar ini nampak janggal. TG Nik Aziz akan panggil mesyuarat, dimana ‘ketegasan’ yang perlu disokong dalam panggilan mesyuarat itu? Panggil mesyuarat perlukan ketegasan?

Nampaknya frasa ‘menyokong penuh ketegasan ini’ seperti bukan merujuk kepada isu TG Nik Aziz akan panggil mesyuarat ukhuwwah. Ia merujuk kepada perkara lain. Apa perkara itu?

Jika sokongan itu merujuk kepada mesyuarat ukhuwwah itu, mengapa hanya 10 MP sahaja yang sokong? Mana MP yang bertaraf Naib Presiden?

Setakat yang diketahui, kenyataan yang menggambarkan ‘ketegasan’ TG Nik Aziz berkaitan UG ialah desakannya supaya Nasharuddin meletak jawatan. Itu juga adalah kenyataan terbaru.

Kalau merujuk kepada ‘ketegasan’ tadi, maknanya 10 ahli parlimen ini menyokong supaya Nasharuddin meletak jawatan sebagai Tim Presiden dan MP Bachok. Adakah itu maksud kenyataan media ini?

Kalau itu maksudnya, nampaknya MP Pas tidak punya semangat setiakawan yang tulin. Mereka akan dilihat menikam kawan dari belakang. Mereka hanya bersama bila mentari terang tetapi mengelat apabila mentari diliputi awan.

Tapi, harap-harapnya, sokongan mereka bukan terhadap ‘ketegasan’ ini tetapi terhadap cadangan mesyuarat ukhuwwah. Mereka berhak tidak bersetuju dengan Nasharuddin macam orang lain juga. Namun mereka tidak berhak mencipta jurang antara sesama anggota pasukan. MP PAS mesti membuktikan ketulinan setiakawan.

Namun 10 MP ini mencipta jurang antara mereka dengan Nasharuddin. Sokongan mereka itu tidak membawa manfaat besar sangat kepada kedudukan mereka sebagai pasukan MP PAS. Persepsi orang ialah, MP PAS rapuh semangat setiakawan.

Bagi saya, sokongan ini tidak menggambarkan kematangan bertindak MP kita.

USTAZ ZOLKHAIRNAIN ABIDIN
Exco Dewan Ulama PAS Pusat
Mantan Adun Santan, mantan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat

24 ulasan:

Telok Bakong berkata...

salam

kalau sokong TGHH baru matang kot MP ni pada pandangan Ostad ni

Mrkolumpo berkata...

BUKAN TAKAT SOKONG...JUNJUNG KALAU BOLEH..HAA BARU MATANG N BIJAK KAHKAHKAHKAH

yes berkata...

Nampaknya benar usul kerajaan unity ini telah memecah belahkan ahli Pas.
Taniah UMNO, anda telah berjaya . Orang Pas ada yang mahu bekerjasama dengan anda dan serang menyerang sesama sendiri. Teruskan memuji memuja mereka yang mahu menyebelahi anda. Mereka akan rasa megah dan yang lain akan menyerang mereka. Ini adalah scenario terkini

Tanpa Nama berkata...

Zol

Kalau orang tu dah jadi ADUN, lepas tu kalah dalam pertandingan peringkat PAS kawasan, sendiri mau ingat la!

Zol

Pi balik buat banci berapa orang yang suka kat hang dalam kawasan hang!

Tanpa Nama berkata...

sokong pandangan ust zol alhafiz.
budak2 10 org itu wajar dikenakan tindakan disiplin kerana mendahului parti.

ni bukan nak selesai cara Islam.
dah lebih teruk drp UMNO dah.
semua gatai mulut nak becakap dgn media.

Tanpa Nama berkata...

Banyak soalan la ostad ni, kalo tak faham 10 MP tu rujuk pada yang mana satu...baik duk diam diam...

Tanpa Nama berkata...

hahahha wei bro, kalau dah jd yb pastu kalah faham2 ler, org tak nak kat hang ler, apsal bro, ada cita2 nak jadi menteri cam stopa ali jugak ker, insaflah bro, tak yah guna nama ostard ler, guna jerk nama zol cam biasa, tak ler nampak riak alim...

Tanpa Nama berkata...

setau teman, org PAS yg suka kt UG same je ngan puak ameno. sbbnya.. pemikiriannye seghope .. deme bepikio sbg org MELAYU buknnye sbg seorg ISLAM. Islam xde assobiyah.

pade teman, bkn je Tmb.Presiden mesti letak jwtn, tp dgn SEMUA2 AHLI PAS YANG BERSETUJU DGN UG, SILA ISI BORANG AMENO! Kalu bingung nk dptkan borang, copy link ni .. http://www.angelfire.com/ia/pemudarpaa/borangumno.jpg

ckp tak serupa bikin, bile org mengkritik, deme suruh wala' pada pemimpin tp bile TGNA tegor, deme buat tengin & tuduh memacam. NGANCUK KOME!!

^_^ Oghang Lambor

mz berkata...

nie satu lagi cth pimpinan yg bg aku kureng bijak juga...

Kan dah tau idea tuh memecahbelahkan jemaah pas dan meratkkan PR dan menwas2kan sokongan Org bukan islam kepad pas.. kan dah jelas benda tuh..
sepatutnya hentikan benda tuh so- sokongan MP kepada TGNA utk hentikan idea yg telah memecah belahkan jemaah..
aduii nie EXCO dewan ulama nie bg komen... aku rakyat biasa pon boleh fikir ape yg baik utk jemaah.
masalah mcm nie.
sorry lah ustaz keras skit.. sebab nampak sgt Keras kepala sokong idea yg walaupun baik (dr segi idea ler) tp kalau dah memecah belahkan jemaah- baik tutup dulu....

aduiii--poning2 lain kali-rasanya ahli2 pas kena berhati2 pilih pimpinan nie- biro cerdik dan bijak berstrategy jugak.. jgn kerana nama uztaz sajae. sebaiknya ustaz yg bijak dan berstaregi politik dan dakwah- bukan bijak berdakwah saje sebab pas adalah jemaah dakwah dan politik..

Tanpa Nama berkata...

salam pembaca sekalian,

OStad ni tak tau hujung pangkal nak komen tak tentu arah.

10 MP sahaja kerana masa PC tu ada 10 sahaja. Yg lain tidak ada kerana ada urusan lain. Bukan senang nak kumpulkan semua. Jadi, yang mana ada sajalah...

Kalau kata B***H, marah pulak. Tak sopanlah, tak beradab lah...

Memang kurang cerdik ostad ni. Camna kita nak respek kat golongan ostad?

Alahai...

Ahmad Pazil Md Isa berkata...

terang2 ler 10 MP tu sokong Tok Guru Nik Aziz dlm soal menyokong Pakatan Rakyat, apa yg merepek2 sampai nak kaitkan dengan Timbalan Presiden letak jawatan pula?

Tanpa Nama berkata...

Bro, aku sokong dua2 - TGHH & TGHA. Dua2 tok guru aku. Sama2 satu payung apahal belah bagi.

penangkaya berkata...

jgn sedap mulut nak mengata kat org je. kita pun kena tengok silap dan b"""h kita jg. betul ke tindakan kita tu...?. jgn nak salahkan penyokong UG saja dlm hal ni. bagi aku nasya dan hadi berhak membawa gagasan idea mrk dlm pas. ini baru di peringkat cadangan. kuasa meluluskan atau tidak bukannya terletak pada hadi, nasya, nik aziz, husam, 10 mp parlimen yg bagaikan "mencuri ayam si buta" atau sesiapapun,tetapi bergantung kepada keputusan parti. kalau tak setuju hentamlah dlm mesyuarat nanti atau ikut saluran yg betul. jgn nak hentam dan jatuhkan hukum sendiri kpd org lain atau canangkan bantahan satu dunia seolah-olah parti tu milik perseorangan.hormatilah pandangan dan idea pemimpin atasan yg telah dilantik oleh majoriti perwakilan. berilah peluang mrk buat penjelasan dan fahamkan apakah itu konsep unity goverment. klu tak bagus tolak cadangan itu secara baik dlm mesyuarat. ini belum apa2 dah buat kecoh. klu nak hentam pun, tunggulah sampai hadi balik dan buat mesyuarat pd hari isnin.

berikut adlh ringkasan maklumat ketua pemuda pas tentang isu kerajaan perpaduan dlm malaysiakini semalam.

Pada 11 Jun yang lalu, PAS pusat telah mengadakan mesyuarat. Dan kita telah mengambil satu persefahaman atau keputusan untuk menghentikan polemik isu kerajaan perpaduan sehinggalah satu muzakarah politik diadakan di peringkat parti.

Maknanya, satu mekanisme yang diambil oleh parti untuk menyelesaikan masalah atau untuk mengambil tindakan lanjut ekoran idea yang dilontarkan Presiden (PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang). Muzakarah itu (nanti) akan dibincang secara lumat dari pelbagai aspek - dari segi hukumnya (kerajaan perpaduan), kesesuaian politik dan sebagainya.

Selepas itu, barulah presiden akan membuat pengisytiharan, apa langkah (PAS) seterusnya. Buat masa ini, (kerajaan perpaduan) hanyalah gagasan idea, pemikiran atau ijtihad politik Datuk Seri presiden dan ia terbuka kepada perbincangan.

Apabila ia telah menjadi keputusan parti di peringkat pusat (selepas muzakarah), maka seluruh kepimpinan (di semua peringkat) seharusnya mendukung keputusan yang sama. Dan saya yakin, kalau semua mendukung keputusan yang sama dan serupa, maka isu ini boleh diselesaikan.

Tinggal lagi, kita tidak bertanggungjawab dengan mainan media musuh yang mewakili Umno dan BN, sebagai contoh, yang pastinya mengambil seluruh ruang dan kesempatan memainkan isu ini.

jika sekiranya seluruh kepimpinan itu mendukung keputusan yang dicapai itu, insya Allah segalanya selesai.

kerajaan perpaduan ini adalah gagasan pemikiran yang terbuka kepada perbahasan. Saya tidak anggap (perbezaan) itu satu pergeseran, itulah wacana perbahasan yang kita maksudkan tadi.

(Kerjasama) ini bukan baru (kepada PAS), sudah banyak kali. Sebelum ini berlaku dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU), kemudian Barisan Alternatif. (Kerjasama) ini semua siri-siri ijtihad politik. Apabila berlaku ijtihad politik, sedikit sebanyak berlakulah pergolakan atau perbahasan terbuka.

Di situ, pihak yang tidak bertanggungjawab mensensasikan dan melaga-lagakan tokoh-tokoh tertentu, bergolak buat seketika. Tetapi apabila dibuat keputusan dalam muktamar, saya percaya ahli akan bertaut kembali.

Saya lihat apa pun yang berlaku, kuncinya salah faham, atau kegagalan kita menyampaikan maklumat dengan tepat dan (kegagalan) menyelesaikan isu secara harmoni. Jadi, kalau kita boleh pulihkan isu, insya Allah banyak masalah boleh selesai.

DIHAW DBA berkata...

bagi aku: TGHH atau TGNA asalnya tak salah. ketika muktamar 55. TGHH ada menyebut pasal kerajaan perpaduan - itu satu idea saja walau idea itu mgkin boleh mencetus perdebatan antara ahli PAS. Sbg Presiden, cetusan idea yg semmgnya telah diketahui yg boleh membawa kearah pertelingkahan patut seorg presiden elakkan - presiden mesti peka ttg ahli dan peserta muktamar. Semua kena balik to basic - pasal kerajaan perpaduan ni telah ditutup dan telah tidak dipersetujui oleh Mursyidul Am, persoalannya... siapakah yg memulakan semula idea ini????? Ust Nasha, sbg Timb Presiden - gunakan intelektual anda utk bercakap idea telah ditentang, cubalah jgn bermain dgn api

penangkaya berkata...

berikut adalah kenyataan tuan ibrahim tuan man mengenai kerajaan perpaduan. sumber http://muslimeen-united.blogspot.com/

KUALA LUMPUR: PAS tidak akan mengkhianati Pakatan Rakyat, bahkan PAS akan perkukuhkan gabungan kerjasama ini menjadi alternatif bagi rakyat seluruhnya. Sebagai ahli parti, idea dan gagasan yang dikemukakan oleh Presiden PAS mesti dilihat dengan bersangka baik disamping mendapatkan penjelasannya.

"Saya suka jelaskan bahawa Dato’ Seri Presiden akan membuat dan memperhalusi gagasan ini dalam masa terdekat dan satu wacana kepimpinan akan diadakan."

Menurut Naib Presiden PAS yang baru, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, dalam satu artikel yang diapungkan pada blognya, beliau berkata, apabila Presiden mengutarakan gagasan kerajaan perpaduan, ramai di kalangan ahli dan penyokong PAS membuat pelbagai tafsiran dan andaian.

Tegasnya, idea yang dilontar oleh pimpinan tentulah berpijak dari dasar syarak dan jauh daripada tindakan merugikan parti atau gabungan Pakatan Rakyat. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya.

Bagi mengurangkan sedikit polemik yang sengaja dibesar-besarkan oleh media arus perdana, Ustaz Tuan Ibrahim menjelaskan beberapa prinsip yang wujud dalam gagasan ini. Antara asas utama dalam kerajaan perpaduan ini ialah bertolak kepada firman Allah; "...dan bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong Bantu dalam perkara dosa dan permusuhan".

Katanya, konsep At-Ta'awun yang melahirkan muafakat disaran oleh Allah menjadi asas dalam pembinaan negara perpaduan. Membina negara mestilah berasaskan kepada al-bir (kebaikan) yang meliputi semua elemen kebaikan bagi rakyat.

Asas yang lain, hurainya, negara mestilah menjurus ke arah melahirkan pimpinan yang bertaqwa, agar rakyat yang diurus bukan hanya selamat melalui al-bir (kebaikan sistem negara) tetapi mestilah ujud elemen taqwa.

Tuan Ibrahim menegaskan lagi, PAS tidak akan berkompromi dalam pembentukan kerajaan ini yang ke arah derhaka kepada Allah. Katanya, Konsep al-ism yang sangat luas menjadi sempadan pembinaan kerajaan perpaduan dan sebagai pimpinan, ia mesti berusaha agar rakyat tidak terdedah kepada dosa dan maksiat.

Asas yang keempat jelas Pesuruhjaya PAS Pahang itu, ialah menolak al U'dwan, sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah. PAS tidak akan berkerjasama ke arah permusuhan dan akan menghentikan sebarang elemen perkauman sempit yang mendorong wujudnya jurang antara kaum di negara ini.

Kerajaan perpaduan tidak akan mengizinkan sebarang elemen ke arah permusuhan, samada di kalangan kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Pertembungan antara dalaman setiap kaum akan merugikan negara.

"Taawun sebagai satu gagasan, bukan hanya terikat dengan taawun fardiyyah; tetapi satu gagasan besar yang hebat dari Allah. Di samping asas tersebut, terdapat beberapa asas lain yang akan dijelaskan kemudian," tegas bekas Adun Jengka itu.

TBO berkata...

salam

Amanat Haji Hadi dah ditarik balik kerr

penangkaya berkata...

sokongan geng 10 adlh sokongan bawa rebah. Geng 10 ini adalah boleh diibaratkan sebagai penangguk di air keruh, pencuri tongkat si buta, gunting dalam lipatan, si kitul pengadu domba, tentera ingkar semasa perang zaman rasullullah, syiah pembuka pintu perang di iraq, penunjuk jalan portugis menyerang melaka dll yg seburuk dengannya.

Tanpa Nama berkata...

Ustaz,

Saya ingat ustaz dok diam-diam lagi baik. Sapa yang tak ada semangat setiakawan? Bukan jenis nasha dan stopa ali yang dok pi bncang dengan UMNO dalam gelap dan mnegenepikan keputusan muktamar. Itu sebenarnya yang tikam kawan dari belakang. Gunalah otak sikit .....

Tanpa Nama berkata...

Bukan isu sokong sapa2, isu yang paling penting kenapa perlu guna media dalam keadaan yang haru biru ini. Apa niat 10 orang nie? Lagipun kebanyakan mereka ajk PAS Pusat, gunalah medan kamu untuk menyatakan pendirian. Ramai juga yang sokong TGNA, tapi juga menghormati pandangan orang. Kurang ketegangan dalam parti bukan menambah.

Tanpa Nama berkata...

syabas to the 10. i consider you as the 'pressure group' so that they rethink and rethink and rethink and rethink and rethink... zol ni bukan tahu apa, maaf kata, nak tayang dia ni ajk, tu je. nampak gaya, dia adalah salah seorang dari kalangan yang berkempen "kepimpinan ulama tercabar"!

zol, u nak cakap boleh, but please get your facts right. dont just talk for the sake of talking, jangan rendahkan dewan yang zol duduki... jangan terikut2 dengan perangai 'mencemar' kedudukan ulama. jangan jadikan cikgu pas sebagi mursyid zol lak? tentu zol marahkan? kalau zol boleh buat orang marah, orang pun boleh buat zol marah.

jangan cakap just for the sake of it, get your facts right.

Tanpa Nama berkata...

10 MP tidak menikam dari belakang,hanya mempertahankan diri, tapi nasha yang menikam mereka dari belakang, menyetujui perkara yang tak di bincang dalam parti

Tanpa Nama berkata...

I'm gone to inform my little brother, that he should also pay a quick visit this webpage on regular basis to obtain updated from hottest information.

Feel free to visit my web blog :: payday loans

Tanpa Nama berkata...

WOW juѕt ωhat I was looking for. Ϲamе
heгe by searching for κeyword

Also vіsit my wеblog ... payday loans

Tanpa Nama berkata...

It's an amazing paragraph in support of all the internet users; they will take benefit from it I am sure.

My blog post; payday loans