KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Jun 22, 2009

Dr Fathi arkitek dakwah, gerakan Islam lebih setengah abad

DUNIA dakwah dan gerakan Islam dikejutkan dengan berita kematian Syeikh Dr Fathi Yakan, 76, pada 13 Jun lalu. Beliau cukup dikenali di seluruh dunia meninggalkan legasi dakwah hebat sehingga idea, gagasan dan pemikirannya melahirkan generasi unik Muslim yang mengagumkan.
Sepanjang hayatnya, Dr Fathi Yakan mewakafkan serta menginfakkan seluruh hidup serta pemikirannya beliau kepada aktiviti dakwah dan gerakan Islam tanpa pernah kenal erti jemu dan putus asa selama 50 tahun.

Beliau memberikan sumbangan bakti dan warisan penulisan intelektual yang tidak ternilai terutama kepada gerakan Islam di seluruh dunia. Karya agung beliau ialah Apa Ertinya Aku Menganut Islam di samping Bahtera Penyelamat Umat Dalam Kehidupan Pendakwah.

Bukunya yang melebihi 35 tajuk sehingga kini masih menjadi rujukan utama di kalangan aktivis gerakan Islam dan universiti di seluruh dunia.

Dalam buku Apa Ertinya Aku Menganut Islam, beliau menegaskan bahawa ramai yang menjadi Muslim kerana hobi atau dilahirkan oleh kedua orang ibu bapanya yang memang beragama Islam. Mereka ini pada hakikatnya tidak memahami makna menggabungkan diri dengan Islam.

Mereka juga tidak mengerti tuntutan penggabungan lantaran itulah mereka dilihat berada di satu pihak manakala Islam pula berada di pihak lain.

Katanya lagi, dalam beberapa waktu yang genting ini umat Islam sudah melalui pengalaman yang begitu pahit di mana banyak sistem (peraturan) hidup dan prinsip pegangan mereka gugur lenyap. Banyak gerakan dan ramai pula pemimpin turut gugur tercicir apabila berdepan cabaran masa kini kerana gerakan dan pimpinan berkenaan tidak mempunyai asas persediaan yang membolehkan mereka terus kekal dan berterusan.

Disiplin ilmu dan paradigma penulisan Dr Fathi Yakan diangkat sebagai wadah utama yang terus menerus mempelopori fikrah gerakan Islam di dunia Arab dan negara Islam lain di seluruh pelosok dunia.

Wawasan dan perspektif penulisan dakwah yang dihidangkan kepada pembaca serta pendakwah sarat dengan motivasi, strategi, teknik, kreativiti dan lain-lain taktik yang begitu kritikal serta praktikal sepanjang zaman.

Karya beliau melalui mekanisme berbentuk risalah dan tulisan membentuk acuan pemikiran, ideologi dakwah dan jentera gerakan Islam di seluruh dunia. Bahan penulisan, kritikan dan pengalaman beliau dalam dunia dakwah dijadikan panduan kepada generasi kebangkitan Islam merealisasikan misi dan visi ke arah menjadikan Islam sebagai cara hidup.

Arkitek dakwah dan gerakan Islam ini dilahirkan di Tarablas pada 1933 dan mendapat ijazah kedoktoran (PhD) dalam pengajian Islam dan bahasa Arab dari sebuah universiti terkemuka walaupun pada peringkat ijazah (BA) dan sarjana (MA) beliau belajar bidang kejuruteraan.

Sejarah mencatatkan Dr Fathi Yakan begitu komited dan serius dengan kerja Islam sejak tahun 1950-an lagi dan menubuhkan Jamaah Islam pada awal tahun 1960-an di Lubnan.

Beliau diamanahkan sebagai ketua umum dalam pergerakan berkenaan sehinggalah pada 1992 di mana beliau bertanding dan memenangi kerusi Parlimen di Lubnan sehingga 1996. Selepas bersara dari dunia politik, beliau diberi kepercayaan mengetuai Jabhah al-Amal al-Islami dan berperanan penting menghentikan peperangan Mukhayyam Narul Barid di utara Lubnan antara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pada 2007.

Itu adalah antara usaha dan perjuangan terakhir beliau menyatukan dan menghindari perselisihan di kalangan rakyat Lubnan, terutama antara kekuatan serta perselisihan golongan majoriti dan minoriti di sana yang turut mendapat perhatian dunia Islam di peringkat antarabangsa.

Ini membuktikan kewibawaan dan keterampilan beliau secara semula jadi bukanlah hanya ke medan dakwah, malah mencakupi segala aspek kehidupan.

Dalam konteks lebih luas, Dr Fathi Yakan bukan saja dianggap sebagai tokoh ulama dan pemikir Islam terkemuka, malah juga Ahli Parlimen yang disegani di Lubnan dan antara pemimpin gerakan Islam antarabangsa yang berpengaruh sebaris dengan reformis Islam Hassan al-Banna, Syed Qutb, Mustafa Mashyur, Hassan Ali an-Nadawi dan beberapa tokoh mujahid mutakhir yang lain.

Sesungguhnya pemergian beliau bukan sekadar kehilangan dan kerugian besar bagi warga Arab di Asia Barat, bahkan kepada seluruh umat Islam khususnya di kalangan aktivis dakwah dan gerakan Islam seluruh dunia yang mendapat tunjuk ajar daripada beliau sebagai ‘guru dakwah moden dan kontemporari’ secara langsung dan tidak langsung sejak sekian lama.

Oleh Mohamad Sofee Razak

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Thanκ you for shaгing your info. I trulу apρгeciate your
еfforts and I wіll bе waitіng for уοur further write ups thanκs onсe
again.

my web page payday

Tanpa Nama berkata...

Great weblog herе! Alsо yοur site a lot up very fаst!
What wеb hoѕt are you using? Can I am getting yοur associate linκ on youг
host? I wiѕh my site loаdеd uρ as fast as yours lol

Also visit my site; payday loans
My web page: payday loans

Tanpa Nama berkata...

Ιt's really a nice and helpful piece of information. I am happy that you simply shared this helpful information with us. Please keep us up to date like this. Thanks for sharing.

my web site Property for Sale

Tanpa Nama berkata...

Ι reallу like what уou guys tend to bе up
too. This kind of clever ωork аnd coverage! Keep up the aωesome ωorks guys
I've incorporated you guys to blogroll.

My web-site; instant payday loans
My site > instant payday loans

Tanpa Nama berkata...

Why viеωers still make use of tο rеаd
newѕ papeгѕ when in this technological world all is exіsting on web?



Feel free to surf to my homepage :: payday loans

Tanpa Nama berkata...

Lookѕ as thοugh the cat iѕ οut of the bag οn this.

.... ӏ will hаve a lооk
and see whаts comіng up....

Lοok аt my ωebѕite: long term pay day loans

Tanpa Nama berkata...

Cоngrаtulаtiоnѕ to уou for managing to
survive for this long.

my web sіte personal loans uk

Tanpa Nama berkata...

So much fοr trying this mуsеlf, I'll never be able to manage it. I'll just learn.


my webѕite - chak89.tv

Tanpa Nama berkata...

its so hot.

Also visit my wеb pagе http://www.ludwikishafen.de/

5689 berkata...

zzzzz2018.8.13
yeezy boost 350 v2
ralph lauren uk
nike presto femme
ralph lauren outlet
ugg boots
jordan shoes
ugg boots clearance
giuseppe zanotti sneakers
tods outlet
coach outlet online