KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Jun 18, 2009

Tok Guru Nik Aziz bidas golongan pertahan cadangan Abdul Hadi

KOTA BHARU: Pada 11 Jun lalu, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas golongan dalam parti itu yang terus mempertahankan cadangan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk kerajaan perpaduan sambil menyifatkan mereka sebagai ‘Boneka Umno’.

“Suara sumbang dari dalam PAS yang menyokong kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno. Pihak yang sokong perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas,” tegasnya. Malah beliau yang sebelum ini lantang menolak idea kerajaan perpaduan sejak ia dicetuskan oleh Abdul Hadi menggambarkan cadangan itu sebagai ilham Umno sendiri.

“Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu yang sebulat suara menyokong pakatan pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas meraikan rombongan guru Kelas Fardu Ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di JKR 10 di sini.

Dewan Pemuda PAS dilaporkan meminta pemimpin serta ahli-ahli pakatan pembangkang menghormati gagasan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Abdul Hadi.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berikut transkrip kenyataan Tok Guru Nik Aziz mengenai isu kerajaan perpaduan yang kini begitu kontroversi hingga menjadikan PAS bercelaru hingga ke akar umbi. Malah tiada pimpinan tertinggi PAS yang mampu menjelaskan apa yang dikatakan kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Presidennya, Tok Guru Abdul Hadi Awang. Ikuti ulasan Mursyidul Am PAS ini:

“Isu (kerajaan) perpaduan ini bukan datang daripada PAS tetapi lontaran daripada peribadi tertentu. Bukan daripada PAS. Kalau YAB PM sebut PAS setuju, itu tak betul.

Itu lontaran daripada peribadi dan juga tidak masuk dalam kertas agenda (mesyuarat) parti (PAS) sendiri. Parti PAS sendiri tak ada agenda mesyuarat (mengenai kerajaan perpaduan). Dan juga tak masuk dalam agenda mesyuarat Pakatan (Rakyat).

Jadi, dengan sebab itu Pakatan pun tak tahu. PAS sendiri tidak (ada pendirian) rasmi. Maka bagaimana nak sebut PAS (setuju)? Tak boleh. (Ini adalah) lontaran peribadi orang tertentu.

(Pertama), benda ni (perlu) ada mesyuarat parti. Yang kedua, (mesyuarat) Pakatan. Kalau PAS setuju, Pakatan setuju, itu lainlah masalahnya. Tapi, PAS pun tidak dibincang, Pakatan pun tidak dibincang. Mana boleh kita nak kata benda ni (PAS setuju)?

Sebab itu saya kata, ini kerja… ini kerja boneka Umno. Saya ulangi lagi, ini kerja boneka Umno.

Kalau semua setuju, Pakatan setuju, PAS setuju, maka semua akan (dilantik) jadi anggota kerajaan. DAP juga akan jadi menteri, PKR juga akan jadi menteri, PAS juga akan jadi menteri. (Ini) baru benar-benar perpaduan. Ini bukan perpaduan, ini perpecahan.

Umno sekarang berpesta. (Ber)pesta bahawa PAS sudah masuk perangkap mereka. PAS sama PAS dah kalut. PAS dan Pakatan dah bergaduh. Jadi, PAS sama PAS dah pecah, bercelaru. Bukan pecah, bercelaru. PAS dengan Pakatan pun dah jadi celaru. Jadi, ini (idea kerajaan perpaduan), Umno dah berjaya. Berjaya memecahbelahkan orang PAS.

Alhamdulillhah, dapat dibendung melalui kenyataan saya, bahawa (kerajaan perpaduan ini) tak dapat diterima. Ini orang, boneka Umno, sudahlah.

Kalau benar Timbalan (Presiden PAS) Nasharuddin, kalau benar dia nak setuju (kerajaan perpaduan), lebih baik dia masuk Umno terus. Biar, baik dia masuk Umno, terang. Dia letak jawatan di Bachok, dia bertanding (semula atas tiket BN).

Apa dia buat sampah ni? Menyusahkan orang. Dia tak tahu bagaimana susahnya saya. Datang (jumpa), telefon, datang jumpa sendiri (dan) menangis-nangis, sebak-sebak. (Ada) orang Kelantan dan luar Kelantan datang jumpa saya, sebak.

Setengah orang tu datang tak boleh nak bercakap depan saya, sebak. Apa ceritanya (ini semua)? Dia masuk Umno senanglah daripada duduk dalam PAS nak menenggek. Dalam PAS tak boleh (menenggek begini). Tak dak moral kita panggil (kalau buat begitu).”

Tanpa Nama berkata...

Sedih, jika pimpinan PAS terus tidur dan berdengkur dalam pertelingkahan kerajaan perpaduan
PERTAMA

Umum mengetahui bahawa wirid Nasaruddin tentang Kerajaan Perpaduan ini ditentang oleh ahli dengan diketuai oleh Mursyid al-'Am sendiri. Secara tidak langsung, kelihatan seperti Mursyid al-'Am mempunyai masalah dengan Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agong yang baru.

KEDUA

Presiden atau Timbalan Presiden atau Setiausaha Agong yang baru itu sewajibnya menemui Mursyid al-'Am dengan kadar yang segera supaya salah faham atau salah tafsir itu dapat diperbetulkan sebelum munculnya bibit bibit perpecahan.

Sedih. Ini tidak berlaku.

KETIGA

Apabila Mursyid al-'Am telah bersuara, sepatutnya pimpinan yang muda umurnya memohon mengadakan perjumpaan bagi menjernihkan suasana. Bukan soal siapa salah siapa betul. Soalnya yang muda lebih manis jika mengalah.

Sedih. Ini tidak berlaku.

KEEMPAT

Dewan Ulama PAS Pusat sepatutnya awal awal lagi menjadi pendamai dalam hal ini. Malangnya, sunyi sepi tidak berbunyi. Walaupun ahli bawahan sudah kelihatan seperti dilanggar garuda sifatnya akibat daripada penangan wirid Nasaruddin ini, namun Dewan Ulama PAS Pusat tetap nyenyak tidur.

Sedih. Ini yang berlaku.

KELIMA

Pandangan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ust Nasaruddin Hassan Tantawi. Mungkin tergerak hatinya untuk menjadi pendamai apabila keadaan semakin panas. Kita hargai keprihatinan ulama muda ini dam sepatutnya ulama tua malu dengan beliau.
Mungkin kerana berada di dalan keadaan dilemma, diluah mati Nasaruddin, ditelan mati Mustapha, maka Ust Nasaruddin Hassan Tantawi pun meminta kita semua menghormati pandangan Presiden.
Ini yang agak kurang tepat. Sepatutnya, Ust Nasaruddin Hassan Tantawi menganjurkan muzakarah tidak kira secara terbuka ataupun tertutup di antara individu individu yang terbabit dengan Mursyid al-'Am.

Sedih. Ini tidak berlaku.

KEENAM

Ke mana hilangnya Naib Naib Presiden PAS? Yang bersuara hanya Ust Tuan Ibrahim Tuan Man sahaja. Ke mana Hj Mahfuz Omar? Ke mana Hj Salahuddin Ayub? Tidak terfikirkah anda untuk menjadi pendamai? Atau anda lebih selesa mengambil pendekatan tunggu dan lihat?
Jemaah dan porak peranda dah nie. Apa lagi yang hangpa tunggu? Apa lagi yang hangpa nak lihat? Janganlah tidur !! Tugasan pertama pun dah gagal.

Sedih. Ini yang berlaku.

KETUJUH

Tahniah kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustzh Nuridah Salleh. Hanya beliau yang mencadangkan supaya semua yang terlibat bertemu dengan Mursyid al-'Am dengan segera supaya kekeruhan yang semakin menghitam ini dapat dijernihkan.

Namun, siapakah Ustzh Nuridah Salleh untuk menjadi pendamai kerana beliau seorang muslimat dan muslimat ada batasannya. Apa apa pun, tahniah dan tabik hormat layak diberikan kepada Ustzh Nuridah Salleh kerana beliau faham erti berjemaah.

KELAPAN

Kecenderungan pimpinan PAS meluahkan perasaan dan ketidakpuasan hati kepada mana mana media sahaja haruslah dijauhi. Kita amat memahami kekangan yang dihadapi oleh wartawan Harakah untuk menyiarkan artikel atau rencana berkaitan bantahan kepada wirid Nasaruddin ini.
Namun, ini tidaklah bererti pimpinan PAS boleh beralih kepada media musuh yang sememangnya menunggu untuk menyanyikan lagu yang rata ratanya bersifat haramjadah itu.

Sedih. Ini berlaku.

KESEMBILAN

Yakinilah bahawa ahli ahli bawahan akan berhenti bercakaran jika pimpinan yang dilantik dan dipilih menerusi muktamar lalu bangun dari tidur.

Sedih. Jika pimpinan terus tidur dan berdengkur.

Tanpa Nama berkata...

I think thаt iѕ among the sο much ѵital info for me.

And i am ѕаtіѕfіeԁ ѕtudying уour аrticle.

But shoulԁ οbservаtiоn on fеω general
things, The web ѕite ѕtyle is ideal, the аrtісles iѕ іn point оf fact great :
D. Excеllent ρrοсeѕs, cheers

Take a looκ at mу web-sitе payday loans uk

Tanpa Nama berkata...

You need to take part in a contest for one of the finest sites
on the net. I am going to highly recommend this site!


my web page; search engine optimization ()

Tanpa Nama berkata...

Hi there! This post couldn't be written any better!

Reading this post reminds me of my old room mate!
He always kept talking about this. I will forward this
write-up to him. Fairly certain he will have a good read.

Thanks for sharing!

My website :: cam sex Live

Tanpa Nama berkata...

Great weblog here! Additionally your web site lots up very fast!
What host are you the use of? Can I am getting your associate link in your host?

I wish my website loaded up as fast as yours lol

Also visit my weblog - beautiful hairy pussy videos

Tanpa Nama berkata...

Now that you are committed world finance corp to providing reliable data.
Having a basic understanding of how to design a
website in search engines.

Here is my web site: i thought about this