KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat dikejutkan dengan satu panggilan telefon daripada Zaaba Ibrahim, Exco Dewan Pemuda PAS Johor bersabit penemuan 14 keping kad pengenalan bersama beberapa dokumen berlambang Umno pada 8 Jun lalu.
Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata pihaknya dihubungi Zaaba dari Johor Bharu yang memaklumkan tentang penemuan kesemua dokumen tersebut di kawasan pembuangan sampah haram SCDC, Tampoi, Johor Bharu.
"Kita percaya ada sesuatu yang tidak kena dengan keselamatan negara apabila sejumlah kad pengenalan dijumpai dalam keadaan yang mencurigakan apatah lagi ianya bersama-sama barang dan dokumen berlambang Umno dan BN," katanya pada satu sidang media Pemuda PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut Khairul Faizi, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Skudai, Johor Bahru Utara bersama Za'aba selain menyerahkan barang-barang yang ditemui kepada pihak polis.
Zaaba menjumpai barang-barang tersebut di dalam laci almari yang dibuang ketika mencari kain buruk untuk kegunaannya.
Dalam siasatan yang dijalankan selama tiga jam itu, salah seorang pemilik kad pengenalan yang dihubungi oleh polis, memaklumkan beliau tidak pernah kehilangan dokumen pengenalan rasmi itu kecuali menyerahkan kad pengenalan lama ketika menggantikannya kepada kad pengenalan baru kepada Pejabat Pendaftaran Negara (JPN).
"Saya merasakan isu ini adalah isu besar. Bukan persoalan parti politik, PAS atau Umno atau sebagainya tetapi kita ingin membayangkan sekiranyanya kad pengenalan ini dikeluar dengan sewenang-wenangnya daripada Jabatan Pendaftaran, maka kebimbangan kita akan berlakulah isu keselamatan yang sangat besar kepada negara kita.
"Ini kerana kad pengenalan yang menjadi dokumen penting kemungkinan boleh dijual kepada sesiapapun termasuk kepada pendatang asing yang mungkin memberi kesan negatif kepada negara kita," jelasnya.
Khairul Faizi hairan dengan keadaan kad pengenalan yang masih elok boleh berada di tempat pembuangan sampah tanpa kesan-kesan pelupusan kad tersebut sekiranya ianya telah digantikan dengan kad pengenalan yang baru.
"Saya difahamkan kad pengenalan tersebut perlu dipotong atau ditunjukkan bukti bahawa ia dilupuskan," katanya yang baru sahaja dilantik sebagai Penolong Setiausaha 1, Dewan Pemuda PAS Pusat.
Menurut laporan polis tersebut, selain kad-kad pengenalan, turut ditemui sekeping lesen memandu yang tamat tempoh, sekeping kad pegawai mesyuarat pegawai Jabatan Perkhidmatan Haiwan, sekeping kad kursus jentera pilihanraya Umno dan lima keping kad perwakilan parti tersebut.
Ujarnya, jika tiada sebarang tindakan susulan daripada pihak polis, Pemuda PAS akan mengambil tindakan selanjutnya termasuk membawa perkara ini ke sidang Parlimen.
"Kami mendesak supaya pihak polis menjalankan siasatan segera dan jika tiada sebarang tindakan diambil kami akan membawa isu ini ke peringkat yang lebih tinggi termasuk ke sidang dewan rakyat," demikian ujarnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan