KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Jun 18, 2009

Ustaz Nasruddin umum saf kepimpinan Pemuda PAS Pusat, seiring team PAS Pusat

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan mengumumkan pasukan atau barisan exco dan jawantankuasa Dewan Pemuda yang dilantik bagi memimpin dewan tersebut dalam tempoh dua tahun akan datang.

Nasruddin mengumumkan saf kepimpinan Pemuda kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, 16 Jun lalu.

Mesyuarat pertama ahli jawatan kuasa dewan itu yang berlansung selama lebih empat jam, malam 15 Jun lalu, telah melantik Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad sebagai setiausaha dewan yang baru, menggantikan Ahmad Sabki Yusof yang kini terpilih sebagai Naib Ketua Dewan Pemuda.

Manakala Ketua Dewan Pemuda PAS Johor dan juga Ahli Jawatan Kuasa Dewan Pemuda, Khairul Faizi Ahmad Kamil dilantik sebagai Penolong Setiausaha. Jawatan Bendahari disandang oleh Mohd Adram Musa, menggantikan Mohd Zaki Ibrahim yang pernah dicalonkan mencabar Nasrudin tetapi menarik diri di saat-saat akhir.

Sementara itu, Suhaizan Kaiat, yang juga Ahli Jawatan Kuasa Dewan Pemuda, kekal sebagai Ketua Penerangan. Ahli Parlimen Jerai yang juga Ahli Jawatan Kuasa dewan tersebut, Mohd Firdaus Jaafar diamanahkan sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat.

Pada mesyuarat itu, sepuluh ahli jawatankuasa baru yang dilantik. Mereka ialah Zuraidin Abdullah (Kelantan), Zamakhshari Muhammad (Kelantan), Sanusi Mohd Nor (Kedah), Anuar Ali (Sabah), Yusainee Yahaya (Perlis), Mohd Sani Hamzan (Selangor), Wan Sukhairi Abdullah (Terengganu), Dr Zuhdi Marsuki (Wilayah Persekutuan), Mohd Nazri Din (Perak) dan Mohd Fuad Othman (Negeri Sembilan).

Ahli Jawatan Kuasa yang dipilih pada Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-55 termasuklah Ustaz Riduan Mohd Noor, Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, Ustaz Nazri Chik, Ustaz Nasir Zakaria, Ustaz Kamal Shaari, Abdullah Karim dan Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub.

Pada sidang media itu, Nasrudin berkata Dewan Pemuda memutuskan untuk membentuk biro-biro tertentu selepas bengkel hala tuju dewan tersebut yang dijadualkan hujung bulan ini.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sape yang tak taat dan tak patuh pada pimpinan? sape yang teraburkan paku payung kat jalan raya dengan idea kerajaan perpaduan ni?

kalu nik aziz orang no 1 pas sebab dia mursyidul am pas, ngapa harun din yang jadi timbalan tak taat dan tak patuh? Nasa? Hadi?

ulama tak hormat sebabnya dah semua orang tahu. skuka menipu dan berbohong. tak percaya. lihat ini!

1. tok guru nik abduh tuduh pembantu nik aziz sesat di sisi tuhan.

2. tok guru harun taib pada muktamar selamba badak tuduh hassan adli masuk umno.

3. tok guru daud iraqi tuduh husam main politik wang masa kempen pempilihan baru ini.

4. tok guru harun din tuduh husam sebagai musuh dalam selimut sebab berkawan dgn anwar. pas tu guna ayat quran jawab kononnya musuh tu ialah anak isteri kamu.

5. tok guru harun din sedia bubar pas untuk satukan pas dan pkr dengan jadikan anwar ibrahim sebagai presiden.

6. tok guru hadi awang kata sudah bincang dengan pkr dan dap tentang agenda kerajaan perpaduan tapi akhirnya pkr dan dap menafikan.

7. tok guru nasharuddin kata tiada niat bawa pas masuk bn-umno tapi alu-alukan reaksi positif najib tentang kerajaan perpaduan. kalau nama kerajaan mestilah kongsi kuasa. orang kampung kata mausk umnolah tu.

8. tok guru mustafa ali kata hentikan polemik kerajaan perpaduan tapi dia dan kumpulannya terus mempromosi ieda hadi awang itu.

banyak lagilah kalau nak sebut. ini dalam lingkaran kerajaan perpaduan. jangan salahkan orang sebab tak hormat ulama.

mamat bin kulop

Tanpa Nama berkata...

Pretty sесtіon of cοntent.
І ϳust stumbled uрon уour weblοg and in аcсеssion caρitаl to assert that I acquirе асtually enϳoуed account your blog posts.
Anyway I'll be subscribing to your feeds and even I achievement you access consistently rapidly.

My web-site - payday loans