KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Jun 18, 2009

Benar-benar minta, jangan hantar signal salah kepada penyokong

SHAH ALAM: Kelab Penyokong PAS dan Dewan Muslimat PAS meminta sungguh-sungguh agar pimpinan parti itu jangan berbaik-baik dengan Umno kerana ia menghantar signal yang salah kepada ahli dan penyokong parti Islam itu.

Permintaan itu dibuat ketika wakil-wakil mereka membuat ucapan penangguhan dalam Muktamar Tahunan PAS ke 55 minggu lalu.

Wakil Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Yusof yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat berkata, PAS jangan sekali-kali menghantar signal salah kepada ahli dan penyokong melalui kerjasama dengan Umno.

"Kita mesti mengukuhkan Pakatan Rakyat," kata Zailah yang juga anggota Parlimen Rantau Panjang.

Timbalan Pengerusi KPP, Vincent Lee dalam ucapan perbahasannya juga membuat permohonan yang sama dengan meminta PAS jangan bekerjasama dengan Umno termasuk melalui isu kerajaan perpaduan.

"Ahli Kelab Penyokong PAS bimbang, PAS akan tinggalkan mereka dan bersama dengan Umno sebagai kawan setia. Harap PAS bergerak atas landasan yang betul," keluh beliau.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sedih, jika pimpinan PAS terus tidur dan berdengkur dalam pertelingkahan kerajaan perpaduan
PERTAMA

Umum mengetahui bahawa wirid Nasaruddin tentang Kerajaan Perpaduan ini ditentang oleh ahli dengan diketuai oleh Mursyid al-'Am sendiri. Secara tidak langsung, kelihatan seperti Mursyid al-'Am mempunyai masalah dengan Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agong yang baru.

KEDUA

Presiden atau Timbalan Presiden atau Setiausaha Agong yang baru itu sewajibnya menemui Mursyid al-'Am dengan kadar yang segera supaya salah faham atau salah tafsir itu dapat diperbetulkan sebelum munculnya bibit bibit perpecahan.

Sedih. Ini tidak berlaku.

KETIGA

Apabila Mursyid al-'Am telah bersuara, sepatutnya pimpinan yang muda umurnya memohon mengadakan perjumpaan bagi menjernihkan suasana. Bukan soal siapa salah siapa betul. Soalnya yang muda lebih manis jika mengalah.

Sedih. Ini tidak berlaku.

KEEMPAT

Dewan Ulama PAS Pusat sepatutnya awal awal lagi menjadi pendamai dalam hal ini. Malangnya, sunyi sepi tidak berbunyi. Walaupun ahli bawahan sudah kelihatan seperti dilanggar garuda sifatnya akibat daripada penangan wirid Nasaruddin ini, namun Dewan Ulama PAS Pusat tetap nyenyak tidur.

Sedih. Ini yang berlaku.

KELIMA

Pandangan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ust Nasaruddin Hassan Tantawi. Mungkin tergerak hatinya untuk menjadi pendamai apabila keadaan semakin panas. Kita hargai keprihatinan ulama muda ini dam sepatutnya ulama tua malu dengan beliau.
Mungkin kerana berada di dalan keadaan dilemma, diluah mati Nasaruddin, ditelan mati Mustapha, maka Ust Nasaruddin Hassan Tantawi pun meminta kita semua menghormati pandangan Presiden.
Ini yang agak kurang tepat. Sepatutnya, Ust Nasaruddin Hassan Tantawi menganjurkan muzakarah tidak kira secara terbuka ataupun tertutup di antara individu individu yang terbabit dengan Mursyid al-'Am.

Sedih. Ini tidak berlaku.

KEENAM

Ke mana hilangnya Naib Naib Presiden PAS? Yang bersuara hanya Ust Tuan Ibrahim Tuan Man sahaja. Ke mana Hj Mahfuz Omar? Ke mana Hj Salahuddin Ayub? Tidak terfikirkah anda untuk menjadi pendamai? Atau anda lebih selesa mengambil pendekatan tunggu dan lihat?
Jemaah dan porak peranda dah nie. Apa lagi yang hangpa tunggu? Apa lagi yang hangpa nak lihat? Janganlah tidur !! Tugasan pertama pun dah gagal.

Sedih. Ini yang berlaku.

KETUJUH

Tahniah kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustzh Nuridah Salleh. Hanya beliau yang mencadangkan supaya semua yang terlibat bertemu dengan Mursyid al-'Am dengan segera supaya kekeruhan yang semakin menghitam ini dapat dijernihkan.

Namun, siapakah Ustzh Nuridah Salleh untuk menjadi pendamai kerana beliau seorang muslimat dan muslimat ada batasannya. Apa apa pun, tahniah dan tabik hormat layak diberikan kepada Ustzh Nuridah Salleh kerana beliau faham erti berjemaah.

KELAPAN

Kecenderungan pimpinan PAS meluahkan perasaan dan ketidakpuasan hati kepada mana mana media sahaja haruslah dijauhi. Kita amat memahami kekangan yang dihadapi oleh wartawan Harakah untuk menyiarkan artikel atau rencana berkaitan bantahan kepada wirid Nasaruddin ini.
Namun, ini tidaklah bererti pimpinan PAS boleh beralih kepada media musuh yang sememangnya menunggu untuk menyanyikan lagu yang rata ratanya bersifat haramjadah itu.

Sedih. Ini berlaku.

KESEMBILAN

Yakinilah bahawa ahli ahli bawahan akan berhenti bercakaran jika pimpinan yang dilantik dan dipilih menerusi muktamar lalu bangun dari tidur.

Sedih. Jika pimpinan terus tidur dan berdengkur.