KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Jun 19, 2009

Umno anggap bantahan Tok Guru Nik Aziz sebagai suara minoriti dalam PAS!


KUALA LUMPUR: Kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menolak kerajaan perpaduan merupakan satu pandangan minoriti, kata Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan.

"Umno tidak mahu bergaduh dengan (Datuk) Nik Aziz, tetapi untuk apa kita hendak layan suara minoriti. Saya yakin, secara majoriti, orang Melayu mahu kerajaan perpaduan kerana ia menguntungkan bangsa Melayu dan kaum lain," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Ahmad yang juga timbalan menteri di jabatan perdana menteri berkata, PAS bukan Nik Aziz seorang, tetapi ada presiden, timbalan dan pemimpin-pemimpin lain.

Ketika diminta mengulas kenyataan mursyidul am PAS itu supaya Nasharuddin Mat Isa meninggalkan parti itu dan melepaskan jawatan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan, Ahmad berkata, ia merupakan cabaran kepada timbalan presiden PAS itu.

"Hendak mencapai perkara yang besar, mesti ada cabaran. Ia hanya satu cabaran untuk mencapai satu perkara yang besar," katanya.

Isu kerajaan perpaduan PAS-Umno telah mencetuskan pergolakan dalam parti Islam itu apabila wujud bantahan terhadap idea yang diutarakan oleh presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang dan disokong Nasharuddin.

Semalam, 10 daripada 24 ahli Parlimen PAS mengisytiharkan beramai-ramai menolak idea kerajaan perpaduan dan sekaligus memberi mandat kepada Nik Aziz untuk menangani isu tersebut yang sedang menggelegak dalam parti itu.

Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan, mereka sebulat suara menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan seperti disarankan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang "tidak pernah merupakan agenda PAS."

Mereka juga menegaskan kembali pentingnya PAS berpegang teguh pada keputusan muktamar di Ipoh tahun lalu yang ingin menguatkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Mereka ialah ialah Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Abdul Hadi, yang juga ahli parlimen Marang, tidak hadir kerana berada di luar negara, manakala Nasharuddin (Bachok) pula menghilangkan diri sejak dibidas Nik Aziz petang semalam.

Manakala di Kota Bharu, Nik Aziz berkata beliau merancang mengadakan mesyuarat khas yang hanya dihadiri pemimpin tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa.

3 ulasan:

Abdullah Ngah berkata...

Apa pendapat anda dengan kata kata ketua penerangan UMNO Ahmad Maslan seperti dibawah ini

"Umno tidak mahu bergaduh dengan (Datuk) Nik Aziz, tetapi untuk apa kita hendak layan suara minoriti. Saya yakin, secara majoriti, orang Melayu mahu kerajaan perpaduan kerana ia menguntungkan bangsa Melayu dan kaum lain,"

Inilah yang meyebabkan Nik Aziz Nik Mat tidak setuju dengan pemimpin PAS yang dikatakan hendak berkajsama dengan UMNO.

Macam mana hendak bekerjasama jika sikap pemimpin UMNO yang tidak akan layan "minoriti".

PAS jika ditakdirkan Allah bekerjasama dengan UMNO semula sudah pasti pas adalah minoriti.

UMNO sudah nyatakan minoriti tidak akan dilayani.

Jadi apa apa yang hendak dibuat atau dicadangan oleh PAS untuk kebaikan bersama sudah pasti tidak akan mendapat layanan.

Usah hendak menegakkan syariat Islam yang diperintah oleh Allah SWT.

Arak telah dijelaskan oleh Allah SWT ibu segala maksiat. Apa kata orang Umno jika PAS cadangkan supaya arak diharamkan oleh kerajaan.

Sudah tentu UMNO tidak akan ikut usah hendak ikut dengar dan layan pun tidak.

Haram haram dari sisi Islam tetapi halal pada kerajaan yang merintah sekarang. Demikian juga judi.

Apa akan terjadi jika berlaku demikian. Kalau PAS tidak keluar sudah tentu akan ditendang semula keluar sepertimana yang pernah berlaku pada tahun 1978.

Inilah yang menyebabkan Nik Aziz bimbang dengan isu sekarang dan cuba mempertahankan habis habisan, kecauli UMNO kembali kepangkal jalan dari kesesatan.

Kembali kepada islam syumul iaitu satu puak yang ikut ajaran nabi Mohammad SAW yang pernah disebut dan PAS harus jadikan pegangan kalau mahu memdaulatkan negara Islam.

Kalau tidak jangan diharap akan mencapai kejayaan yang difikirkan. kerana ikhwan muslimin boleh dijadikan bukti yang kukuh.

Perjanjian rakyat palsetin dengan Yahudi yang mana sejak dahulu sehingga sekarang siapa yang menjadi mangsa.

Sudah satu juta rakyat palestin dibunuh ada sebab perjanjian yang dilarang oleh Allah.

Syed Qutub pernah berkata, selagi kamu tidak kembali kepada islam yang diajar oleh Nabi SAW selagi itulah kamu tidak akan mencapai kemenangan.

Tanpa Nama berkata...

Sah UMNO terdesak, semua pemimpin nya bersungguh sungguh nak bincang dengan Pas, juga rela nak bincang dengan DAP dan PKR, tapi tak bincang dengan MCA, MIC dan gerakan pun, tak minta komen rakan dalam BN apa pandangan mereka dengan kerajaan perpaduan.

UMNO gila talak nak meminag PAS ha! ha! ha! Tapi PAS dah bertunang dengan PKR dan DAP. Bolihkah meminang orang yang dah bertunang.
Mahyuddin kena tanya Najib

Ahmad Pazil Md Isa berkata...

UMNOlah punca perbalahan Melayu, lepas tu diaorglah yg tergedik2 suruh orang Melayu bersatu

Sesama UMNO pon berbalah, nak ajak Melayu lain pula bersatu dlm UMNO keparat

orang Melayu UMNO hanya boleh BERSATU kalau bukan atas nama UMNO, bawalah atas nama apa pon tetapi bukan atas nama UMNO keparat