KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Jun 22, 2009

Formula Ukhwah: Tok Guru Nik Aziz tarik desakan perletakan jawatan Nasharuddin, isu panas kerajaan perpaduan tamat serta-merta!

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Nik Mat petang tadi mengumumkan menarik balik kenyataannya yang mahu Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Tok Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang tadi di Pejabat Agung PAS di ibu negara.

Kenyataan penuh Tok Guru Nik Aziz bernada begini:

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di Pejabat Agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam b
eberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."


Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ustaz Nasharuddin, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas Naib Presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nuridah Mohd Salleh.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

so, siapa yg terlibat memfitnah ust nasha tu, bertaubatlah. minta maaf kpd beliau dan mohon ampun dgn Allah.

sham berkata...

Apa pulak, sepatutnya ustaz nasa la yg kena mintak maaf kepada semua penyokong PAS dan PR jika benar dia seorang pemimpin yang berjiwa besar. Ini kerana dia telah tersalah berbohong kepada semua...

fadzil berkata...

seronok aku tgk pemimpin2 pas nie sekejap jer leh menyelesaikan masalah,tue la bezanye perjuangan pas dan umno,itula beza org yg berjuang dgn dasar Islam,celake punye umno smpai aku pn terikut2 emosi gara2 fitnah umno nie,pape pn aku sokong kepimpinan pas baik tuan guru nik aziz,tuan guru haji hadi dan jgk ust nasa,kpd pejuang2 pas teruskan perjuang,kami golongan muda mahukn perubahan Islam supaya masa dpn kami dicorak dgn ajaran2 Islam yg sebenar,kami menyayangi mu wahai pejuang2 kebenaran...

Tanpa Nama berkata...

begitulah pemimpin yang ada wawasan.......contohi kepimpinannya, jangan jadi tin kosong.....

Tanpa Nama berkata...

Apapun kepada Stopa Ali and the geng ambil peringatan dan pengajaran diatas perkara ini.Jangan diulang perlakuan yang boleh menyusahkan jemaah.Tirulah TGNA ..beristikarah dan munajad dulu sebelum melakukan sesuatu.
Dan .. kepada Nasha yang masih berasa gah dan teruja dengan jawatan ... ingatlah kami di Kelantan ( Bachok khususnya )telah terluka dengan tingkahlaku mu !
Bertandang menumpang tuah ... tapi tak menghormati Tuan Rumah ! ! ! !
Masin mulut Tok Guru ..mungkin selepas ini di Bachok kan jadi SAMPAH !

Unknown berkata...

Itulah hebatnya Akidah Tauhid yang telah menyatukan hamba-hamba Allah di bawah keSATUan naunganNya. Sudah pasti redha Allah menjadi titik pertemuan terhadap segala polemik dan pertikian... Ia berupaya membentuk sikap dan ukhuwwah berjemaah yang mampu menguruskan konflik dengan cemerlang.
Hebatnya ukhuwwah Islam kerana ia datang daripada yang Maha HEbat (yg bersifat Rabbaniyah).

yes berkata...

Kita ambil lah semua ini sebagai satu pengajaran. Saya bersyukur kerana TGNA melenting ( istilah anak muda sekarang)setelah amat lama bersabar dan menasehati. Jika tidak, kemungkinan kecelaruan akan berterusan.

Kita semua telah di uji Allah, bagaimana sabar atau keloh kesahnya kita bila menghadapi sesuatu kemelot.

Punbegitu, Allah telah menyerlahkan kepada kita sedikit sebanyak siapa yang baling batu sembunyi tangan, siapa yang pengecut,siapa yang berdiri atas pagar dan siapa yang berjiwa besar.

Satu peristiwa walaupun telah di maafkan tetapi sukar dilupakan

Tanpa Nama berkata...

Sehebat-hebat pemimpin adalah yang paling tawadhuk. It's hard to forget, yet it's easy to forgive.
Bila nak tengok TDM bersalaman & berpelukan dgn Pak Lah, Ku Li, Musa Hitam & Anwar. Aduh, amannya.

PASif

Tanpa Nama berkata...

Pada saya, Ust Nasha pun kena buat kenyataan minta maaf atas slah faham, sebab kenyataan beliau sebelum ini keluar dalan berita3 TV.
Pejabat Agung kena keluar kenyataan bertulis & hantar ke semua kawasan untuk maklum kpd ahli bahawan. Statement TV & Surat Khabar itu utk orang atasan kami kat kpg bulan ada internet !

Tanpa Nama berkata...

aku setuju dgn yg lain,ustaz nasa,stopa ali kena minta maaf pada ahli ahli bawah ni.kami tension kerana anda berdua.pada saya it will not be the same again walaupun kita bershukur tgna letak full stop to all this nonsence.

Nur Salsabila Isa berkata...

bagi saya sebagai insan kerdil berpandangan supaya tidak perlu lagi kita menuding jari pada mana-mana pihak (pimpinan)..sebaliknya berasa bersyukur atas persefahaman yang telah wujud..sama-sama berdoa supaya usaha untuk menegakkan Islam ini akan terus segar dalam kalangan pimpinan mahupun ahli dengan pertolongan dan petunjuk Allah swt..

azmietaha berkata...

Subhanallah. Islam itu indah. Hidup berjamaah tu cantik. Mana mungkin manusia yang BESAR sanggup mengaku kesilapannya dan mana mungkin yang TERHINA itu senang-senang menerima maaf antara satu sama-lain. Semua ini adalah atas nikmat EHSAN... yang tiada pada pengagung sekular.
ISLAM MEMACU PERPADUAN UMMAH!

Abu Razeen 2 berkata...

kesanggupan TGNA mengakui kesilapannya terhadap U. Nasha samasekali tidak kurangkan kredibiliti beliau.

Fitnah macai2 umno taghut jahiliyyah kepada U. Nasha selama ini gagal kurangkan kredibiliti beliau khususnya pd muktamar dan pandangan pemilihan baru2 ini.

bagi ahli2 Pas yg terpengaruh oleh macai2 umno.......masuklah usrah umum semula. siapalah enta semua dibandingkan dgn TGHH dan TGNA dlm thiqah kpd U. Nasha.

Tanpa Nama berkata...

Tolak gelaran Dato' ................
Dalam sibuk2 orang nak muqobalah dan kerajaan perpaduan......ramai orang/ahli PAS marah......sebab tak setuju dengan nak bergabung atau nak berbaik2 dengan umno...

Saya mendapat berita...... Hj Mohamad Sabu telah menolak tawaran untuk mendapat Dato' untuk ulangtahun TYT Penang yang akan datang nie......

Ini bukan kali pertama rupa2nya....

Ini kali kedua beliau menolak tawaran penganugerahan Dato' dari TYT Penang.....

Walau sebenarnya cuma Penang sahaja yang ingatkan kat dia...... negeri lain yang PAS perintah jangan harap...

Walaupun sebenarnya ....itulah prinsip beliau kerana...Dato' tiada membawa apa2 makna di dunia ni.....beliau berkata begitu, setelah merujuk kepada para ustaz dan ulama ....kerana hidup di dunia ini yang penting ialah mencari "Mardho Tillah....." bukan nama atau pangkat, disamping keikhlasan untuk berjuang.....

Bak kata Mat Toi juga......." semua dunia tu......."

Prinsip pemimpin PAS lain......ha ha .....saya tahu

Tanpa Nama berkata...

Kepada Salsabila... mun kalu gitu, tak payah buat mahkamah syariah lah. pakat kata semua orang lakukan kesliapan.

Tak perlulah ada dalam Islam hukum hakam mun kalu begitu mudah.

Kena ikutlah ajaran agama. Bermaafan tu baik. Tapi kalau melibatkan ummah, kena hukum. Tapi kalau curi duit RM2 milik Salsabila terpulanglah, nak maaf ke tidak.

Bila melibatkan publik, ummah, negara, kerajaan, orang-ramai, maka ia mesti diadili. Dihukum.

Rogayah Hitam
Bukit Arang Batu

Tanpa Nama berkata...

ABU RAZEEN 2 ni pun satu. Tak faham-faham. Mun kalu Nasa difitnah, takkan dia buat kenyataan sokong nak kjaan perpaduan.

Mun kalu idea tu Hadi tu sekadar lontar, takkan bermati-matian Nasa dan kunco-kunconya pertahan.

Nasruddin pertahan. Cikgu Pa suruh tutup mulut. Harun Taib perteguh. Harun Din perkuat. Tuan Ibrahim pederas.

Apa punya binggung Abu oii. Salam dan tarik balik Nik Aziz tu untuk tamatkan isu kjaan perpaduan yang Hadi dan Nasa idam-idamkan.

Isunya, Nasa, Hadi, Pa Ali, Harun Din, Harun Taib, Nasruddin, Nuridah kena mohon maaf kepada ahli. Kerana hampa dokong kuat idea tu menyebabkan ahli bergaduh kat bawah.

ada yang bertumbuk. ada yg pulau harakah. ada yg tak bertegur sesama sendiri. sebab sokong dan tak sokong UG hampa itu.

Jadi, kamu semua kena mohon maaf kepada ahli macam Nik Aziz tarik balik gesaan pada Nasha.

Hj Bakhir Ali

Tanpa Nama berkata...

Dalam cerita UG, kita pandang adalah fitnah umno/bn....tetapi selain itu juga bagaimana berpunca dari dalam...kita tak kaji...TGHA menjadi mangsa.....sebenarnya idea ini bukan dari TGHA.....2 orang yg berperanan bersungguh2 iaitu Ustaz Nasha dan Mustapha Ali....kejap cakap A, kejap cakap B....kejap cakap C....akhirnya yang menjadi mangsa TGHA dan TGNAA

Kalau kita cakap itu strategi pemimpin...lain kali kita bincang....tapi sekarang kita tak sedar 2 orang nie.....adakah di "plan"kan utk menggodam PAS dari dalam? mungkin tak benar...tapi kita check.....Dan saya menyokong kedua TGHA dan TGNAA ...kerana mereka berdua dapat menyelamatkan keadaan...

Kenapa Ustaz Nasha di plan utk melawan keluar Ustaz Hassan Shukri....bukankah Ustaz Hassan Shukri juga Ulama? kenapa perlu berlawan sesama ulama..kalau masa tu Ustaz Hassan masih mampu dan waras...jadi digunakan hal Kohilal utk menjatuhkan dia...kenapa pula Ustaz Harun Taib berlawan utk ganti Timbalan Presiden sessi 2007, kenapa ulama perlu berlawan dengan ulama lagi....dan kenapa kali ini pula Husam dan Mohamad Sabu bertanding untuk berlawan dengan Ustaz Nasha?

Sejak bila TV3, Utusan Malaysia berminat dan membela serta memberi ruang kepada Ustaz Nasha nie.....kita kata kita tak percaya dan boikot kedua media tu?

Tapi duri dalam daging sebenar...kita kena siasat...bukan untuk memecah belahkan parti atau ahli2 kita....sebab kita bercakap kerana kita sayangkan parti kita....adakah betul ada atau tidak?....kenapa Ustaz Nasha sekarang hilang....dah berapa hari tak datang parlimen? Dia ke mana? hanya muncul dalam sessi jumpa TGNAA masa tarik balik dakwaan hari tu.....lepas tu hilang, mesyuarat AJK Pas Pusat pun tak hadir.....kenapa takut? kalau berani kerana benar...muncullah....segala apa yg berlaku tak perlu takut sebab dia benar....berhujah lah dengan kenyataan kebenaran....kalau TGNAA salah (sebab ada orang kata TGNAA dah nyanyok macam penghujung hayat Imam Bukhari).....

Dan kenapa pula setiausaha akhbar TGHA dipecat? mana pergi Roslan SMS....apa kaitan mereka berdua.....? Kenapa Roslan SMS dikeluarkan dari YDP Kelana Jaya oleh ahli2 di kawasan itu?

Dalam kemenangan PR2008 dan PRK akhir2 ini kita dimenangkan oleh ALLAH dengan cara ALLAH mengubahkan hati2 Cina dan India kepada menyatakan sokongan kepada kita...(tak kiralah kalau ini strategik politik mereka) tetapi boleh ke jadi kalau bukan kuasa ALLAH untuk mengubah hati2 mereka? dan sekarang nie hati mereka mula kendur kepada kita, kita tak dapat nafikan....pergilah buat study dan tanya kepada Cina dan India satu Malaysia....mereka udah mula "cuak" dengan PAS...."hati mereka terluka dan kepercayaan mula kurang" atas cerita UG ini....

Adakah ini kita katakan kesilapan strategik kepimpinan (Ustaz Nasha atau Mustapha Ali) yang ahli tak faham apa maksud sebenar UG ini.....atau ianya di "plan" kan oleh orang luar yang lebih pandai ber "strategik" untuk memporak-perandakan PAS?

Strategik apa yg digunakan? kerja amal jamaei apa yg dia ikut.....?Tarbiyah marhalah takrif dan takwin mana yg dia guna....kerana dia .....PAS telah porak peranda sekejap.....?

Kalau betul kesilapan Ustaz Nasha....dia kena dan wajib untuk letak jawatan.....demi memulihkan imej PAS dan meredakan kekalutan serta pandangan serong kepada PAS....dia boleh jadi ahli biasa....pulihkan imej dirinya dulu baru nanti dia naik semula....

Wallahu A'lam

Semuga kita menjadi orang yg berfikrah dan beramal......

Kemaafan dipohonkan pada semua..yang tersentuh dan terguris....

Salam Perjuangan Demi Memartabatkan Islam

Allahu Akbar, Allhu Akbar, Allahu Akbar

Tanpa Nama berkata...

Paгagrаph wгiting iѕ also a fun, if
yοu knoω afterwаrd yοu can write oг else it is compliсаted to ωrite.



Μy homepage payday loans