KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Jun 18, 2009

Kerajaan Perpaduan: BN sedia bersemuka dengan PAS - Muhyiddin

LANGKAWI: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sedia bersemuka dengan barisan kepimpinan PAS bagi membincangkan tentang cadangan pembentukan kerajaan perpaduan yang dilihat masih kabur serta tidak jelas, lapor Bernama.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sehingga kini isu mengenai cadangan berkenaan hanya dibincangkan melalui media dan tidak pernah ada pertemuan secara bersemuka untuk membincangkannya dengan lebih serius.

Beliau berkata, PAS juga dilihat seperti tidak bersungguh-sungguh tentang cadangan mereka itu kerana sehingga sekarang masih gagal menjelaskan dengan terperinci mengenai konsep berkenaan.

"Adakah dia (PAS) bersungguh-sungguh, saya pun tak pasti sebab di kalangan pemimpin mereka sendiri pun ada yang tidak setuju dengan cadangan ini. Dengan timbulnya perbezaan pandangan di antara pemimpin PAS, saya tidak rasa cadangan itu akan berjaya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan TSM Golf Challenge di Tanjung Rhu.

Muhyiddin berkata cadangan pembentukan kerajaan perpaduan harus dipandang serius kerana ia bukanlah perkara kecil, sebaliknya perkara besar yang perlu diberi perhatian semua pihak.

Katanya, kerajaan tidak akan memberi sebarang maklum balas yang keterlaluan mengenainya kerana cadangan berkenaan datang daripada PAS dan ia tidak pernah disuarakan oleh BN. Beliau turut memberi amaran supaya mana-mana pihak tidak memutarbelitkan isu berkenaan seolah-olah cadangan itu datang daripada pihak BN.

Katanya walaupun BN tidak pernah mencadangkan konsep itu, namun ia akan diterima sekiranya pelaksanaannya membawa kebaikan untuk kepentingan bersama. Secara kasar BN melihat cadangan berkenaan mempunyai prinsip yang baik, namun tidak pasti maksud dalamannya yang sebenar, tambah beliau.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I all the tіme emаileԁ thіs blog post
page tο аll my сontаcts,
aѕ if like to read it aftег that my contacts will toο.



My web-site; New Bingo Sites