KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Jun 18, 2009

Tuduhan "Boneka Umno" dan benarkah kepimpinan Tok Guru Nik Aziz mulai ditolak?


KOTA BHARU: Nampaknya isu kerajaan perpaduan tidak mudah berakhir kalau sekadar cetusan idealisme tanpa ada rangka atau blueprint. Inilah isu sebenar. Perjelasan sekadar PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN), nampaknya masih samar. Ikuti komentar Ketua Biro Harakah Kelantan, Lanjusoh berkenaan isu kontroversi dan kian kronik ini.

Sedangkan dalam masa yang sama polemik kerajaan perpaduan terus ditimbulkan. Semua pihak mahu tahu inti yang terkandung dalam gagasan kerajaan perpaduan. Selagi disebut tiada kerjasama dengan Umno, sedangkan dalam masa yang sama istilah kerajaan perpaduan terus digunakan, ia tambah mencelarukan. Sedangkan istilah itu muncul ekoran timbul isu muqabalah dengan Umno.

Rentetan peristiwa itu sudah melekat kukuh dalam minda ahli dan penyokong PAS. Tidakkah muqabalah yang ditimbulkan tahun lepas dituju atas batang tubuh Umno. Soal PAS berhak mengadakan muqabalah dengan sesiapa tidak timbul. Ini kerana ketika itu fokus perbincangan mengenai hubungan PAS dengan Umno.

Ia berlaku ketika Umno dan BN kehilangan kuasa mutlak di Dewan Rakyat dengan kebangkitan Pakatan Rakyat. Maka apabila timbul isu muqabalah dan kerajaan perpaduan, orang ramai mudah membuat telahan di sebalik mauduk tersebut ialah Umno.

Di sinilah keriuhan tercetus sehingga rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mulai curiga. Alasan yang paling afdal diuar-uarkan ketika itu mengapa Dato’ Seri Anwar Ibrahim boleh mempromosi ada wakil rakyat BN di Malaysia Timur hendak melompat parti, sedangkan tiada pun perbincangan awal dibuat dengan PAS.

Inilah alasan yang digunakan bagi membolehkan PAS juga bertindak dengan cara tersendiri. Namun di sini, terdapat perbezaan di antara dua pendekatan.

Anwar cuba berunding bagi meruntuhkan Umno. Langkahnya memancingkan wakil rakyat mereka berhijrah keluar. Sebaliknya ramai melihat PAS juga berunding, tetapi ramai berhujah tindakan itu boleh menguatkan Umno.

Jelas di sini, terdapat dua tindakan yang berbeza. Biar pun Islam tidak menghalang berdakwah kepada sesiapa, namun apabila disebut Umno, tiba-tiba ramai menjadi allergic. Persoalannya di sini, wajarkah kita menghulur tali bagi menyelamatkan bahtera Umno yang sedang karam. Sedangkan bahtera itu mengandungi unsur plumbun yang membahayakan.

PAS dilihat ramai cuba menyelamatkan bahtera dan bukannya penumpang dalam kapal. Sebaliknya usaha dilakukan Anwar dikatakan cuba menyelamatkan penumpang di atas kapal.

Dan isu kerajaan perpaduan serta muqabalah dilihat sedang menuju ke arah menyelamatkan bahtera Umno. Dan setelah ia ditarik balik, semua pihak menarik nafas lega, biar pun melibatkan soal maruah pencetus idea.

Namun tidak lama kemudian idea itu muncul kembali. Kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, sekali sorong dan sekali tarik.

Seminar konsep kerajaan perpaduan

Adalah lebih baik bagi Presiden, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan dengan lebih terperinci apa itu kerajaan perpaduan. Dalam situasi sekarang Setiausaha Agung PAS yang baru, Dato’ Mustafa Ali wajar mengadakan seminar tertutup membincangkan konsep kerajaan perpaduan.

Tanpa ada perbahasan secara detail idea yang menarik itu tidak akan ke mana-mana. Tampilkan contoh kerajaan perpaduan yang berjaya dilaksanakan di negara lain sebelum ini.

Mengulas rayuan Mustafa supaya polemik itu dihentikan, Tuan Guru Nik Aziz berpandangan kerana apa kita tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan. “Kerana apa kita tidak dibenarkan membuka mulut. Islam tidak ada benda yang disekat. Kalau demokrasi tidak disekat mengapa benda ini digegerkan selepas berlaku di muktamar baru-baru ini. Sedangkan sebelum itu tidak ada. Kerana timbul perkara ini. Sebab itu timbul kecelaruan. Celaru itu siapa yang buat. Pihak kami atau siapa. Saya hanya cuba mempertahankan apa yang telah diputuskan pada muktamar di Ipoh tahun lepas.”

Jadi celaru

Menteri Besar Kelantan itu menambah “celaru ini datang daripada pihak yang sengaja mahu mengungkitkan kembali isu kerajaan perpaduan. Mereka buat celaru kemudian tidak mahu orang lain membuat sebarang kenyataan mengenai isu tersebut. Ini tidak betul.”

Ketika diaju pertanyaan tidakkah ia memperlihatkan konflik di antara Mursyidul Am dan Presiden? Kata Tuan Guru Nik Aziz konflik berlaku kerana tiada masa tidak pernah berlaku sebarang konflik. Zaman Dato’ Asri sampai zaman Dato’ Mohamad Nasir di Kelantan ada kecelaruan. Tetapi alhamdulillah Tuhan lepaskan daripada sebarang masalah yang timbul. Dato’ Asri semua orang tahu seorang pemimpin yang unggul dan dihormati kawan dan lawan tetapi beliau buat celaru, maka jadilah kecelaruan.

Apa yang agak pelik, tambah Tuan Guru Nik Abdul Aziz, presiden sudah menarik balik isu kerajaan perpaduan, namun pada muktamar lalu mengemukakan kembali. “Itulah kedudukannya. Telah tarik balik dan sekarang pula hendak sorong pula. Dahulu telah tolak dan sekarang hendak sorong balik. Umpama sorong dan kemudian tarik. Ini bukan seorang pemimpin namanya, dalam al Quran disebut (muzamzabi) orang longgar pemikiran.”

Sementara itu ketika menjawab soalan mengapa ramai pemimpin PAS dari Kelantan tidak mendapat tempat pada muktamar PAS baru-baru ini, Tuan Guru Nik Aziz berkata, bukan perwakilan PAS secara keseluruhan yang tolak pemimpin dari Kelantan tetapi ada pihak lain yang mahu keadaan seperti itu berlaku. Kumpulan tentunya dakwanya melaksanakan agenda tersebut. Sebab itulah padanya polemik kerajaan perpaduan betul-betul sebagai boneka Umno. Boleh dikatakan sah atau 100 peratus boneka Umno. Tak berselindung katanya perwakilan dicenderong menolak pemimpin dari Kelantan kerana bagi mengelakkan idea kerajaan perpaduan tidak dilawan. Sedangkan perkara yang salah mesti ada orang yang akan melawan. Demokrasi pun sebut mesti ada pembangkang dan dalam Islam pun disebut Watawabisobri.

Katanya lagi ada usaha tertentu yang berkempen menolak semua calon dari Kelantan. Tegas beliau tentulah perkara seperti itu berlaku. Kalau secara kebetulan ia tidak berlaku. Sedangkan ramai pemimpin dari Kelantan yang menawarkan diri bertanding. Tak kan pula hampir kesemua yang menawarkan diri bertanding tidak diterima perwakilan kalau tidak usaha tidak sihat di sebalik pertandingan tersebut. Saya nampak ada rancangan di sebalik agenda terbabit.

Selesai isu kerajaan perpaduan

Bagaimana cara hendak menyelesaikan isu kerajaan perpaduan, kata Mursyidul PAS itu perkara yang perlu dilakukan ialah menyedarkan semua ahli dalam gerakan Islam, bahawa benda itu karut. Dan perlu diberitahu siapa sebenarnya bersalah dan boleh dianggap menjadi boneka kepada Umno. Apabila orang ramai faham dengan automatik mereka tidak akan menerima kepimpinan macam itu. Dan tindakan bagaimana hendak dibuat itu masalah yang kedua dan ketiga.

Adakah Tok Guru bersedia berjumpa dengan Presiden bagi menyelesaikan polemik tersebut. Katanya, jumpa itu boleh tetapi kena atas nama Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan bukan atas nama presiden. Ini kerana atas nama presiden ia milik sebuah pertubuhan yang bernama PAS. Ini kerana keputusan yang jelas pada muktamar di Ipoh tahun lepas iaitu menyokong Pakatan Rakyat. Dan tidak pernah kita tarik balik keputusan dicapai pada muktamar tersebut. Inilah yang sepatutnya presiden sebut kerana apa pada ketika kita sokong perpaduan dan pada ketika lain tidak pula. Siapa yang ajar sedemikian itu. Sebab itulah Setiausaha Agung DAP meminta PAS memberi penjelasan mengenai isu kerajaan perpaduan. Tindakan yang dibuat pemimpin DAP itu betul. PAS kena beri penjelasan mengapa sebelum ini presiden sebut DAP dan KeADILan sudah menerima konsep kerajaan perpaduan, sedangkan tiada pertemuan antara pemimpin Pakatan Rakyat membincangkan isu berkenaan. Sebab itulah isu ini dianggap karut, atau rubbish (sampah).

Isu kerajaan perpaduan yang ditimbulkan kata Tuan Guru Nik Aziz menyebabkan timbul rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat. Kata beliau usahkan mereka saya sendiri pun tidak faham. “Saya juga seorang pemimpin PAS tidak faham konsep tersebut. Sebab itulah saya anggap ia bukan suara PAS tetapi suara benda lain.”

Secara peribadi Tok Guru memberitahu tidak pernah jumpa dengan Presiden PAS membincangkan secara detail isu kerajaan perpaduan.

Namun katanya beliau telah menasihatkannya secara terbuka sehingga menyebabkan konsep tersebut ditarik balik. Tetapi menghairankan mengapa sekarang mahu bawa semula konsep berkenaan.

Nafi kepimpinan ditolak

Ketika ditanya kepemimpinan Tuan Guru Nik Aziz ditolak di Kelantan berikutan ramai pemimpin dari Serambi Mekah gagal mendapat tempat pada muktamar lalu lalu beliau berkata, “saya tidak mahu bercakap dalam soal peribadi seseorang. Tetapi beliau (Dato’ Husam Musa) seorang anggota Exco kerajaan Kelantan dan timbalan saya dalam Badan Perhubungan PAS. Sepanjang beliau berada bersama saya portfolio yang beliau urus itu saya berpuas hati. Kewangan dan kebajikan nampak menonjol. Jadi saya terkilanlah apabila seorang yang ada idea besar tidak mendapat tempat di hati perwakilan. Seperti Allah Taala akan tunjukkan nanti, dan perkara yang terkilan akan diselesaikan.”

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sedih, jika pimpinan PAS terus tidur dan berdengkur dalam pertelingkahan kerajaan perpaduan
PERTAMA

Umum mengetahui bahawa wirid Nasaruddin tentang Kerajaan Perpaduan ini ditentang oleh ahli dengan diketuai oleh Mursyid al-'Am sendiri. Secara tidak langsung, kelihatan seperti Mursyid al-'Am mempunyai masalah dengan Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agong yang baru.

KEDUA

Presiden atau Timbalan Presiden atau Setiausaha Agong yang baru itu sewajibnya menemui Mursyid al-'Am dengan kadar yang segera supaya salah faham atau salah tafsir itu dapat diperbetulkan sebelum munculnya bibit bibit perpecahan.

Sedih. Ini tidak berlaku.

KETIGA

Apabila Mursyid al-'Am telah bersuara, sepatutnya pimpinan yang muda umurnya memohon mengadakan perjumpaan bagi menjernihkan suasana. Bukan soal siapa salah siapa betul. Soalnya yang muda lebih manis jika mengalah.

Sedih. Ini tidak berlaku.

KEEMPAT

Dewan Ulama PAS Pusat sepatutnya awal awal lagi menjadi pendamai dalam hal ini. Malangnya, sunyi sepi tidak berbunyi. Walaupun ahli bawahan sudah kelihatan seperti dilanggar garuda sifatnya akibat daripada penangan wirid Nasaruddin ini, namun Dewan Ulama PAS Pusat tetap nyenyak tidur.

Sedih. Ini yang berlaku.

KELIMA

Pandangan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ust Nasaruddin Hassan Tantawi. Mungkin tergerak hatinya untuk menjadi pendamai apabila keadaan semakin panas. Kita hargai keprihatinan ulama muda ini dam sepatutnya ulama tua malu dengan beliau.
Mungkin kerana berada di dalan keadaan dilemma, diluah mati Nasaruddin, ditelan mati Mustapha, maka Ust Nasaruddin Hassan Tantawi pun meminta kita semua menghormati pandangan Presiden.
Ini yang agak kurang tepat. Sepatutnya, Ust Nasaruddin Hassan Tantawi menganjurkan muzakarah tidak kira secara terbuka ataupun tertutup di antara individu individu yang terbabit dengan Mursyid al-'Am.

Sedih. Ini tidak berlaku.

KEENAM

Ke mana hilangnya Naib Naib Presiden PAS? Yang bersuara hanya Ust Tuan Ibrahim Tuan Man sahaja. Ke mana Hj Mahfuz Omar? Ke mana Hj Salahuddin Ayub? Tidak terfikirkah anda untuk menjadi pendamai? Atau anda lebih selesa mengambil pendekatan tunggu dan lihat?
Jemaah dan porak peranda dah nie. Apa lagi yang hangpa tunggu? Apa lagi yang hangpa nak lihat? Janganlah tidur !! Tugasan pertama pun dah gagal.

Sedih. Ini yang berlaku.

KETUJUH

Tahniah kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustzh Nuridah Salleh. Hanya beliau yang mencadangkan supaya semua yang terlibat bertemu dengan Mursyid al-'Am dengan segera supaya kekeruhan yang semakin menghitam ini dapat dijernihkan.

Namun, siapakah Ustzh Nuridah Salleh untuk menjadi pendamai kerana beliau seorang muslimat dan muslimat ada batasannya. Apa apa pun, tahniah dan tabik hormat layak diberikan kepada Ustzh Nuridah Salleh kerana beliau faham erti berjemaah.

KELAPAN

Kecenderungan pimpinan PAS meluahkan perasaan dan ketidakpuasan hati kepada mana mana media sahaja haruslah dijauhi. Kita amat memahami kekangan yang dihadapi oleh wartawan Harakah untuk menyiarkan artikel atau rencana berkaitan bantahan kepada wirid Nasaruddin ini.
Namun, ini tidaklah bererti pimpinan PAS boleh beralih kepada media musuh yang sememangnya menunggu untuk menyanyikan lagu yang rata ratanya bersifat haramjadah itu.

Sedih. Ini berlaku.

KESEMBILAN

Yakinilah bahawa ahli ahli bawahan akan berhenti bercakaran jika pimpinan yang dilantik dan dipilih menerusi muktamar lalu bangun dari tidur.

Sedih. Jika pimpinan terus tidur dan berdengkur.