KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Jun 11, 2009

Presiden PAS umum pasukan baru "Kerajaan Perpaduan"?

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi mengumumkan perlantikan Dato' Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung yang baru menggantikan Dato' Kamaruddin Jaffar.

Pengumuman dibuat pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS sejurus selesai Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang bermula jam 10 pagi tadi.

Pada sidang itu, Ustaz Hadi mengumumkan Ustaz Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat dan mengekalkan Dr. Mohd Hatta Ramli sebagai Bendahari Agung.

Timbalan Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya menggantikan Musfata yang dilantik Setiausaha Agung.

Bekas-bekas Naib Presiden, Dato Husam Musa dan Mohamad Sabu yang tewas sewaktu bertanding kerusi Timbalan Presiden dilantik sebagai Ahli Jawatan Kuasa tambahan. Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dari Negeri Sembilan adalah satu-satunya muka baru yang dilantik. Dr Mariah Mahmod dan Anuar Tahir turut dilantik semula.

Tiada ulasan: