KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Jun 09, 2009

Berunding bukan bermakna kerjasama dengan Umno - Timbalan Presiden PAS


SHAH ALAM: PAS tidak pernah menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak sama ada parti politik atau badan bukan kerajaan (NGO), kata Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa.

"Apa yang disebut oleh presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), kita tidak pernah menutup pintu rundingan dengan parti politik dan NGO.

Katanya, apabila rundingan tersebut membabitkan, ia tidak bermakna PAS akan mengadakan kerjasama dengan Umno. Sebaliknya, kata beliau, rundingan itu adalah untuk kepentingan negara.
"Tidak timbul langsung soal kerjasama dengan Umno tetapi rundingan itu adalah untuk kepentingan negara," katanya dalam sidang media di muktamar PAS di Stadium Malawati, Shah Alam hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan seorang lagi calon timbalan presiden, Datuk Husam Musa supaya PAS menghentikan sebarang perbincangan dengan Umno. Bagaimanapun, kata Nasharuddin, dalam PAS bukan seorang sahaja yang membuat keputusan terutama yang membabitkan dasar parti.

"Muktamar PAS adalah kuasa tertinggi untuk membuat keputusan berkenaan," katanya.

Ketika ditanya mengenai trend kepimpinan tinggi dalam PAS, Nasharuddin berkata, parti itu terus dipimpin secara bergabung oleh ulama dan profesional. Katanya, perwakilan sudah tahu hendak memilih pemimpin mana yang boleh menerajui PAS.

"Saya lihat mereka tidak terikat dengan kempen oleh media dalam tempoh sebulan lalu," katanya.

Nasharuddin berkata, pemilihan parti kali ini tidak akan memecahbelahkan parti kerana ini bukan pertama kali berlaku pertandingan pucuk pimpinan utama dalam PAS. Beliau juga menegaskan PAS akan tetap menjuarai mengenai isu-isu agama Islam dan bangsa Melayu kerana ini merupakan perjuangan utama parti itu.

5 ulasan:

hj jamaludin berkata...

Bismilah Hir rahman Nir Rahim
Apa yang disebut oleh presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), kita tidak pernah menutup pintu rundingan dengan parti politik dan NGO. Bak kata emak saya cakap "Seorang boleh bercakap macam macam untuk menyimpan impian isi hatinya. atau lebik mudah cakap mulut lain ta[i kata isi hati cakap lain.
Kata timbalan presiden Pas yang mewakili Presiden Pas TG Haji Hadi , "Pas tidak pernah tutup rundingan dengan parti politik dan NGO " Ini adalah kata kata yang sulit untuk memperbodohkan anli2 Pas . Di antara PKR , DAP , PAS siapa yang ura ura untuk menjalinkan Kerajaan Perpaduan . Pas dengan senyap2 pergi terhekeh hekeh dekat UMNO BN untuk tubuh Kerajaan Perpaduan . Pas tidak pernah runding dengan NGO untuk Kerajaan Perpaduan kerana NGO bukan lah mentakbir Kerajaan Malaysia . Pas tidak pernah cerita kat PKR untuk tubuh Kerajaan Perpaduan kerana Pas tahu PKR bukan mentajbir Kerajaan Malaysia . Pas tidak akan duduk cerita kat DAP untuk tubuh Kerajaan Perpaduan kerana DAP bukan lah mentakbir Kerajaan Malaysia . Jadi parti Pas jumpa senyap senyap kat UMNO BN untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan kerana UMNO BN lah yang sekarang ini yang mentakbir kerajaan Malaysia .Kenapa TB presiden Dan Presiden PAS nak memperbodohkan ahli2 PAS , YB Salahudin tolong jangan nak campur dengan geng2 TG Haji Hadi N geng2 Ustaz Nasarudin . So jangan terpalit sebelum kami cop YB salahudin sebagai pengianat parti PAS untuk menyetuju dengan geng2 Ustaz Nasarudin yang inginkan kerajaan perpaduan dengan UMNO BN

Mohamad Shafri Shamsudin berkata...

Apa kamu semua merepek ni. Bila pula TGH Abdul Hadi dan Ust Nasha nak bawa PAS bergabung dengan UMNO. Janganlah kita menjadi duri dalam daging. TIDAK TIMBUL LANGSUNG PAS AKAN SERTAI UMNO. UG adalah idea TGH Abdul Hadi yang dilontarkan kepada ahli PAS. Yang telibat dalam Kerajaan PERPADUAN INI ADALAH UMNO, PKR, DAP, PAS dan MP bebas. Itu pun jika mereka bersetuju. Idea yang dilontarkan ini adalah untuk rakyat. Semua ahli MP apabila didalam dewan akan bertindak menjadi wakil kepada rakyat dan bukan lagi parti yang mereka wakili. Segala perbincangan adalah untuk kesejahteraan rakyat . Boleh membangkang tanpa terikat dengan parti. JADI BILA PULAK PAS AKAN SERTAI UMNO. JANGAN DENGAR FITNAH DARI PUAK YANG TIDAK PUAS HATI DAN SENGAJA MEMUTAR BELITKAN TENTANG KERAJAAN PERPADUAN. Kita berjuang kerana ALLAH. Kalau berjuang kerana emosi kita akan sesat. Untuk menyampaikan dakwah kita mestilah membuka pintu rundingan dengan semua parti. Tanamkan sifat kasih sayang bukan membenci dan bermusuh antara satu sama lain. kalau kita tutup pintu macamana orang nak masuk dan bagaimana kita nak ajak mereka masuk rumah kita. Kita sepatutnya mengajak semua ahli parti yang lain masuk PAS dan memahami dasar perjuangan PAS. KEPADA YANG KALAH TERIMA LAH KEKALAHAN DENGAN HATI YANG TERBUKA. BERSATULAH KITA. BUKAN ASYIK NAK BERTEKAK SESAMA SENDIRI. BANYAK KERJA LAIN YANG BELUM BERES DILUAR SANA. TGH Abdul HAdi dan ust Nasha tidak ada kuasa membolehkan PAS sertai Umno. Itu kita kena faham. Setiap keputusan diawasi oleh Majlis Syura. Jadi sesiapa yang mengatakan ust Nasha akan bawa PAS kedalam Umno adalah satu fitnah yang jahat.

Hanz_Azdi berkata...

ni bukan soal merepek, merapu lagi dah ni memang bodoh & gila punya cerita ..UG ... katakan UG ni tajuk cerita Uncensored Guilty (whatever title) mmg sah ni idea ketua kumpulan dinamakan TGHA yang nak sgt 'perpaduan, kerjasama, sekongkol' dll nama dgn kumpulan samseng yg dah lemah kita namakan UBN. Sorang lagi watak ialah Nasha, entah nak kaver apa lg? Dah sendiri ngaku pi jumpa org-2 Umno secara senyap-senyap & dirahsia pula butir-2 perbincangan itu, tu yg suspen tu & meragukan semua. Dah tu menipu lak semua pemimpin atasan PAS & PR dah tau & setuju idea UG ni..sedangkan ketua penasihat dlm kumpulan tu TGNA awal lg dah tak setuju sampai sekarang dia masih tak mau kita tunduk, kerjasama, pakat, berbincang dgn samseng UBN tu. Dikhuatirkan ramai penyokong TGNA akan marah & rakyat yg sokong PR selama hari ni akan takut & lari.

Sapa yg bersalah dlm cerita ni?
Sapa yg derhaka di sini?

TGHA, us. Nasha. & kengkawan depa ler... bukan TGNA, penyokongnya & aku...hehe

maun berkata...

Tak payah sebut dan cenderung ngan UMNgok ni. Perkemaskan je agenda Pakatan untuk PRU13..Itu saja..UMNgok lantak pi dia la..

Tanpa Nama berkata...

Berdakwah kepada UMNO dengan cara kalahkan mereka dalam pilihanraya. Bukannya berunding dalam gelap.
Paham tak?