KUALA LUMPUR: Perkarangan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut penuh dengan anggota polis ekoran berita angin yang disebarkan melalui SMS kononnya satu demonstrasi akan diadakan untuk membantah kerajaan perpaduan.
Demostrasi itu dikatakan akan diadakan sebaik sahaja selesai solat Jumaat, 19 Jun lalu, namun tidak ada sebarang kelibat demonstrasi itu. Berdasarkan SMS itu, demontrasi tersebut akan dihadiri ahli dan penyokong PAS yang anti idea kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Polis yang berpakaian seragam dan preman memenuhi kedai-kedai dan perkarangan kedai di depan pejabat PAS itu. Turut serta adalah beberapa wartawan dan jurugambar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan