KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Jun 19, 2009

Mursyidul Am PAS akan panggil Presiden PAS dan Timbalannya, ganti Dato' Takiyuddin sebagai Setiausaha PAS Kelantan!


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merancang mengadakan mesyuarat khas yang hanya dihadiri pemimpin tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa.

"Saya sendiri akan menjemput Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden (Nasharudin) dan beberapa pemimpin PAS lain yang akan saya tentukan kemudian.

"Pertemuan ini saya namakan mesyuarat ukhuwah (persaudaraan) yang akan menyelesaikan isu kerajaan perpaduan ini.

"Buat masa ini masa, tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa tetapi akan diadakan secepat yang boleh," Nik Aziz dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan hari ini.

Menurut Bernama lagi, Tok Guru Nik Aziz belum dihubungi Nasharudin berhubung gesaannya agar Timbalan Presiden itu meletakkan jawatan, termasuk sebagai Ahli Parlimen Bachok.

Nik Aziz juga dipetik berkata, Pakatan Rakyat ketika ini didakwa beliau sebagai sebenarnya kerajaan perpaduan.

"Kenapa perlu nak cari yang lain (kerajaan perpaduan)? Kelebihan gabungan Pakatan Rakyat telah menghilangkan 'Islamophobia' oleh bangsa lain seperti Cina dan sebagainya dan inilah dianya kerajaan perpaduan," katanya.

Pada mesyuarat semalam, semua penyandang jawatan parti dalam PAS negeri dikekalkan kecuali jawatan Setiausaha yang kini disandang Zaki Ibrahim, menggantikan Datuk Takiyuddin Hassan.

Bekas Bendahari Pemuda PAS itu juga Timbalan Speaker Dun Kelantan yang menarik diri saat akhir daripada bertanding jawatan ketua Dewan Pemuda PAS.

Tiada ulasan: