KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Februari 01, 2011

RON97 naik 10 sen lagi: Tahniah tunai kepada pengundi BN di Dun Tenang



Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam tadi menurut satu sumber industri. Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya), lapor Malaysiakini. Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97. Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung 30 Januari lalu.

Tahniah kepada pengundi BN Dun Tenang yang berjaya mengangkat keangkuhan Umno-BN untuk terus menaikkan harga minyak. Diharapkan kemenangan calonnya tidak menjadi "malapetaka" kepada pengundi di Tenang sepanjang kareiernya di kawasan itu, setelah terdapat bukti jelas minatnya terhadap "tanah" sewaktu menjadi ADO. 

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini. Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan. Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter. Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu. Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam,

saya rasa saudara orang yang tidak begitu berpengetahuan tinggi. menulis ikut perasaan bukan ikut fakta. tahukah anda harga minyak dunia sudah melebihi 100 dolar? di UAE sendiri, salah sebuah negara pengeluar minyak utama dunia juga harga petrol mereka hampir RM4 seliter. Saya percaya saudara dan majoriti pengguna menggunakan RON95. jadi kenapa cuba nak buat bising pasal RON97. saya yang pakai RON97 pun tak bising. Kalau nak jimat lagi naik unta aja lah!

Tanpa Nama berkata...

Yang komen kat atas ni lagilah tak berpengetahuan tinggi. Ada amsa banyak kali juga harga minyak turun. Tetapi kenapa tak diturunkan di malaysia? bila naik sahaja ke dinaikkan? :D