KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Februari 17, 2008

PEMBOHONGAN Anak Badawi, Buka Tirai AGENDA TIPU BN Dalam PRU-12!

Watak penipu anak Badawi kian menjadi-jadi... Mahathir dan Najib ditipunya habis dalam "Perjanjian Lisan" menjadi PM sepenggal!

By TARMIZI MOHD JAM


IMEJ PEMBOHONG yang dipaparkan oleh anak Badawi selaku Perdana Menteri ke 5, makin terserlah. Dari ungkapan perkataan TIDAK TAHU hinggalah bahasa mengelak NO KOMEN, anak Badawi makin biadap dengan rakyat yang mengundinya.

Menjelang pembubaran Parlimen 13 Februari lalupun, sekali lagi anak Badawi sanggup berbohong kepada rakyat.

Pada 12 Februari, bila media bertanya adakah benar esok parlimen akan dibubarkan, anak Badawi menafikan.

Itulah yang dilakukan anak Badawi sehari sebelum pembubaran Parlimen samalam.

Namun, tepat jam 12.30 tengahari, melalui siaran secara langsung ke seluruh negara, anak Badawi mengumumkan Parlimen dibubarkan hari ini, 13hb Februari 2008.

Semua media menyiarkan berita Perdana Menteri menafikan Parlimen akan dibubarkan pada 13hb. Februari. Pembohongan demi pembohongan dilakukan anak Badawi setiap hari.

Anak Badawi memhamburkan alasan kononnya dia tidak dapat mengesahkan pertanyaan warwatan tentang pembubaran Parlimen kerana ia belum disahkan oleh Yang Dipertuan Agung.

Namun, ramai wartawan berpendapat, beliau tidak perlu berbohong tetapi hanya dengan berkata, 'tunggulah' misalnya.

Episod pembohongan ini sebenarnya signal dan tasawur jadual penipuan licik yang terkandung sepanjang pilihan raya kali ini. Kalau sudah "bapak borek, anaknya tentulah rintik".

Untuk ingatan kepada petugas BN dan pemimpinnya, PAS sudah mengeluarkan amaran keras, "Jika kami terjumpa dengannya, kami akan membuat laporan polis. Jika polis tidak bertindak dalam masa dua hari, kami akan bertindak mengikut Perlembagaan Malaysia termasuk menggunakan pendekatan 'citizen arrest'," kata Naib Presiden PAS, Mohd Sabu!

Tiada ulasan: