KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Februari 17, 2008

Kereta Presiden MIC DIKEPUNG 15 MINIT Oleh 100 Lelaki India Dipercayai HINDRAF!

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dikepung 15 minit kira-kira 100 lelaki dipercayai daripada pertubuhan tidak berdaftar ketika beliau hendak beredar dari majlis sambutan Tahun Baru Cina yang dihadirinya!

By TARMIZI MOHD JAM

SAMY VELLU terus diberi penghormatan sejak akhir-akhir ini. Dia dikecam, dikeji dan dicerca. Tidak kurang juga dipuji dan dipuja.

Ramai yang memintanya undur dan undur. Berhenti dari jadi Presiden MIC. Turun dari jadi Menteri. Orang India sudah lama muak dan mual dengan tokoh MIC yang bermulut celupar ini.

Berita Harian 17 Februari 2008 melaporkan, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dikepung 15 minit kira-kira 100 lelaki dipercayai daripada pertubuhan tidak berdaftar ketika beliau hendak beredar dari majlis sambutan Tahun Baru Cina yang dihadirinya di sini, malam tadi.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Menteri Kerjaraya itu tidak diapa-apakan kerana pihak berkuasa berjaya mengawal keadaan.

Kumpulan yang berkumpul di luar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa 3 di Prai lebih sejam sebelum itu, tidak menghiraukan arahan polis meminta mereka bersurai, sebaliknya terus mendesak dan meminta polis membenarkan mereka menemui Samy Vellu.

Kumpulan itu turut mengetuk kenderaan dinaiki menteri berkenaan kerana tidak puas hati apabila beliau enggan keluar daripada kenderaannya.

Polis membenarkan dua wakil kumpulan itu menemui Samy Vellu yang tidak keluar dari kenderaannya, sebaliknya hanya menurunkan tingkap kereta.

Difahamkan, wakil kumpulan itu meminta beliau menjadi orang tengah membantu membebaskan sekumpulan kanak-kanak yang mereka dakwa ditahan pada satu perhimpunan haram di Kuala Lumpur pagi semalam.

Polis berjaya mengawal keadaan beberapa minit kemudian dengan mengarahkan kumpulan berkenaan bersurai manakala kenderaan Samy Vellu terus meninggalkan tempat itu.

Polis sedang menyiasat kejadian itu dan tiada tangkapan dibuat setakat ini
. -- (Berita Bernama
di sini)

Tiada ulasan: