KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Februari 17, 2008

Samy Vellu TIDAK UNDUR, Mahu 8 TAHUN Lagi BERKUASA Cengkam MIC!

Samy Vellu tidak akan tunduk dengan rungutan dan cemuhan orang India. Beliau tetap akan bertanding untuk tempoh lapan tahun lagi. Tidak akan undur!

By TARMIZI MOHD JAM

PRESIDEN Umno, anak Badawi antara pemimpin baru yang mengetuai parti itu yang ditinggalkan oleh Tun Mahathir.

Gerakan juga memberi laluan kepada Dr. Koh Tsu Kon, Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai Presiden yang baru.

Pengunduran Lim Liong Sik selaku Presiden MCA yang sarat kontroversial, memperkasakan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan, Ong Ka Ting sebagai Presiden MCA yang baru.

Tetapi, bagi MIC, Presidennya Samy Vellu mahu bertahan dan bertanding untuk tempoh lapan tahun lagi. Dia enggan undur. Masih kuat untuk mencengkam parti orang India itu.

Berita Harian 17 Februari 2008 melaporkan, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, yang menjadi Ahli Parlimen Sungai Siput sejak 24 tahun lalu, membayangkan akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat untuk tempoh lapan tahun lagi.

Beliau yang menerajui MIC sejak 1981 dan genap berusia 72 tahun pada hari pengundian 8 Mac ini, berkata akan terus memimpin parti itu sehingga ada pemimpin lain mengalahkannya dengan sokongan padu ahli parti.

Menteri Kerjaraya itu berkata, beliau akan terus berkhidmat kepada rakyat selagi termampu untuk melaksanakan tugas membela nasib masyarakat India.

"Mungkin tujuh atau lapan tahun lagi saya akan bertahan bagi memastikan ada pengganti yang mampu membela masyarakat India," katanya kepada pemberita selepas berjumpa dengan penduduk India di Taman Inderawasih, di sini, semalam.

Samy Vellu berkata, beliau sedia mengundurkan diri daripada menerajui parti jika ada pengganti yang mampu mendapat sokongan padu daripada ahli MIC.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini belum ada pemimpin MIC yang boleh menerajui MIC.

Samy Vellu mula bertanding kerusi Parlimen Sungai Siput pada 1974 dan berjaya mengalahkan calon DAP, P Patoo dengan majoriti 644 undi. Selepas itu, beliau tidak pernah kalah dalam pilihan raya umum di Sungai Siput.

1 ulasan:

Idham berkata...

kalau samy berundur sekutu dan kroni-kroni nak makn ape? makn pasir? My blog: Cabai Burung