PARTI Keadilan Rakyat (PKR) menerima keputusan untuk melantik Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari PAS, Sdr. Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.
Demikian pendirian KeADILan yang diumumkan oleh Timbalan Presiden KeADILan, Dr. Syed Husin Ali.
“Walaupun pada peringkat awal kami dengan tegas menekankan keperluan memilih seorang yang dapat diterima dengan baik oleh majoriti, kami kini menerima keputusan tersebut demi mempertahan semangat kerjasama antara KeADILan, PAS serta DAP dan juga untuk menjamin kestabilan serta perpaduan negeri Perak khususnya, dan negara Malaysia umumnya” kata beliau.
Namun, Dr. Syed berkata bahawa KeADILan tidak bersetuju dengan persetujuan yang telah dibuat oleh PAS dengan DAP tentang komposisi Exco Negeri Perak di mana lapan kerusi Exco diperuntukkan untuk DAP dan dua selainnya untuk parti lain.
“Kami dengan ikhlas menegaskan bahawa komposisi Exco ini sepatutnya mencerminkan komposisi bilangan penduduk dan mewakili kepentingan semua kaum dengan saksama. Semua parti hendaklah peka kepada harapan serta sentimen rakyat” kata Dr. Syed.
“Kami meminta komposisi ini dibincang semula dan sekiranya tidak diubah dengan memuaskan bagi semua pihak, KeADILan tidak akan menyertai pentadbiran negeri Perak.”
Walaubagaimanapun, Dr. Syed tegaskan bahawa KeADILan tidak akan meninggalkan kerajaan campuran mana-mana negeri.
“Kami akan terus mendukung kerajaan campuran untuk negeri Perak sebagaimana yang telah kami setujui lebih awal” jelas Dr. Syed.

2 ulasan:
Majoriti rakyat marhaen undi BA sbg undi protes bukan utk membolehkan DAP menguasai kerajaan di negeri-negeri yg majoriti Melayu yg selama ini dikuasai Melayu.
Apatah lagi dengan keterlanjuran yg sudah terserlah Lim Kiat Siang dan CECnya. Jadi undi kami bukan unruk mlihat EXCO DAP menguasai Perak atau Kerajaan Bersultan di Perak dikuasai CEC DAP.
DAP has proven to be a hard bargainer for short-term gain; an "untrustworthy" ally bent on the pursuit of power at all cost.
Mohon Tuanku, pemimpin, parti, kumpulan, individu Melayu/ Islam timbang balik apa yang dah terlanjur dan adakan maufakat demi masa depan ugama Islam dan kedudukan Melayu di Perak khususnya dan di tempat-tempat lain amnya.
Penang: peralihan parti China ke parti China; Kedah parti Melayu ke parti majoriti Melayu/ Islam, Kelantan sama...Perak???
Ada jugak dipersoalkan kenapa PAS submit nama MB sekarang sedangkan parti itu menang kerusi paling kecil. Kenapa tidak dipersoalkan kenapa DAP tetap submit nama calon MB sedangkan bukan Melayu/ Islam walaupun DAP 18 kerusi, sedangkan BN lagi tinggi?
Adapun bergantung kpd budibicara Tuanku itu jika tiada calon Melayu/ Islam yang layak. Yg anihnya bila Tuanku yg kononnya dia respek sangat buat keputusan, melenting pulak dia. Rupa2nya melenting olok-olok/ politik; Timbalan DAP dapat, EXCO pulak dari dengar tujuh awalnya, naik satu lagi jadi lapan pulak.
Pergi istana pun bukan sbb respek, tapi nak dapatkan watikah perlantikan...
Tentang calon PKR utk jawatan MB, difahamkan cuma bekas posmen. Adakah kita expect Tuanku atau rakyat Perak bersetuju dgn calon ini, walaupun dipersetujui oleh PKR dan DAP?
Catat Ulasan