KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mac 13, 2008

M KAYVEAS "For Sale" Dengan Harga USD100 Juta? Ada HARGAKAH?

By ANALISA AGENDADAILY

ANTARA yang paling terpukul sekali dalam pilihanraya umum kali ini tentulah Datuk M Kayveas. Parti pimpinannya PPP hilang segalanya.

Beliau yang merupakan calon tunggal kerusi parlimen tewas di Taiping di tangan calon DAP, Nga Kor Ming dengan perbezaaan undi 11,298.

Seorang lagi calon tunggal PPP di Dewan Undangan Negeri Pasir Berdemar di Teluk Intan,Perak, Le Heng juga tewas.

Ditemui Agendadaily ketika sedang berbual dengan beberapa orang pemimpin parti itu selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di PWTC petang Isnin lalu, Kayveas berkata beliau menerima kekalahan itu dengan hati terbuka.

Katanya memang sedih kalau mengenangkan PPP sudah tidak ada suara di Dewan Rakyat maupun Dewan Undangan Negeri. “Apa nak buat…kena terima sajalah,”katanya.

Kayveas yang sebelum pilihanraya beberapa kali mencetuskan kontroversi bila meminta kerusi tambahan bagi PPP untuk bertanding, berkata, “itu saja yang kami dapat.”

Beliau tidak menyembunyikan perasaan kecewanya kerana hanya dapat dua kerusi saja kali ini.

“Sebenarnya tidak ada apa yang tinggal bagi kami dalam BN,” katanya.

Dijolok pula bagaimana jika pihak pembangkang cuba memancing PPP menyertai mereka.

Spontan dengan nada yang sinis beliau menjawab, “saya sedia dibeli…harganya ialah USD100 juta,”katanya.

Dengan nada jenaka lagi beliau berkata dengan wang sebanyak itu yang ditukar ke ringgit Malaysia jadi hampir RM400 juta beliau boleh membahagikannya di kalangan para ahli PPP.

Namun kemudiannya dengan nada lebih serius Kayveas berkata beliau masih menaruh keyakinan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ditanya bagaimana dengan jawatannya sebagai Timbalan Menteri DiJabatan Perdana Menteri yang juga hilang bila tewas, beliau berkata soal itu diserah kepada budibicara Perdana Menteri.

Serentak dengan itu Kayveas berkata beliau berharap Abdullah akan memberi pertimbangan kepada PPP sama dalam pentabiran kerajaan.

Tiada ulasan: