KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 05, 2009

Empat Adun melompat mengadap Tuanku Sultan bersama Najib pagi tadi


MALAYSIAKINI MELAPORKAN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki Istana Kinta pada jam 9.50 pagi tadi untuk mengadap dan mendapat perkenan Sultan Azlan Shah untuk Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan baru di Perak.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Hamidi Hamid. Ahmad Zahid merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak.

Najib meninggalkan istana pada jam 10.35 pagi, dan sambil tersenyum, melambaikan tangan kepada wartawan tanpa berhenti di pintu masuk istana. Bagaimanapun, beliau kembali semula ke Istana Kinta dengan empat wakil rakyat yang keluar Pakatan Rakyat semalam - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, Adun Jelapang, Hee Yit Foong dan Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim untuk mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada jam 10.55 pagi ini.

Semalam, Najib mengumumkan bahawa Barisan Nasional (BN) Perak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat Adun berkenaan menyokong BN secara terbuka.
Berikutan perkembangan tersebut, BN kini mempunyai 28 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Pakatan juga 28 dengan tiga calon bebas yang telah menyatakan sokongan kepada BN.

Timbalan perdana menteri berkata, dua bekas Adun PKR - Jamaluddin (Behrang) dan Osman (Changkat Jering) telah bersetuju menyokong pembentukan kerajaan BN itu. 'Situasi tidak menentu'Kata Najib, begitu juga dengan Adun Jelapang, Hee yang keluar DAP semalam. Ketiga-tiganya kini sebagai wakil rakyat bebas.

Manakala Adun Bota, Nasarudin - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno dan memberi sokongan kepada kerajaan BN negeri.

Selepas mengadap Sultan Perak, Najib akan mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno negeri. Agenda utama mesyuarat tersebut dijangka adalah mengenai pemilihan calon untuk jawatan menteri besar yang baru.

Sebelum ini, Najib telah membatalkan satu majlisnya di Putrajaya pagi ini untuk berlepas ke Perak untuk mengadap Sultan Azlan Shah.

Tiada ulasan: